GANESH

98 10 2
                                    

Cerita kawan aku..

Masa musim covid menggila dulu aku baru dapat kerja sebagai pak guard di sebuah mall ni. Mall empat tingkat. Setiap hari ada tiga orang yang berjaga siang atau malam. Dan bila masuk musim covid jumlah di kurangkan kepada dua orang. Musim covid ni makin banyak pula pencuri yang cuba nak pecah masuk. Kita jaga pintu depan diorang projek pintu belakang. Sebab tak tahan kami minta dekat bos untuk tambah orang jadi empat orang. Dua pintu depan dua pintu belakang. Pintu belakang ni menghadap parking yang boleh muat lima puluh buah kereta tau. Kalau waktu malam memang nampak menakutkan sebab hanya ada tiang lampu yang menyala.

Ceritanya bermula dengan mulut celupar Ganesh. Dia ni india,tapi tak percaya kat tuhan dia sendiri. Siap gelakkan tuhan dia sebab tangan banyak. Kami kadang-kadang geleng kepala dengan Ganesh ni. Melawak tak kena tempat. Mulut pulak suka cakap lepas. Satu hari tu Ganesh dengan Miji di arah untuk jaga bahagian belakang. Turun je dari van Ganesh kata "siaplah siapa yang cuba merompak malam ni. Aku bagi cukup-cukup. Kalau hantu nak kacau pun aku bagi juga.  Tapi kalau cantik aku bawak balik rumah lerr.." kata dia sambil gelak-gelak.

"Mulut kau tu,Ganesh..jangan lebih-lebih sangat..nanti terkena makan tak habis kau."marah Miji.

"Alah,kalau hantu cantik takkan nak takut juga. Lainlah kalau muka buruk."jawab Ganesh. Nampak muka dia macam bangga pula cakap macam tu. Aku,Syauqi dengan Miji geleng kepala je. Dia ni belum kena lagi sebab tu dia berani. Dah terkena nanti silap-silap berhenti kerja agaknya.

Jadi malam tu memang nasib dia la sungguh la. Dapat sungguh hantu cantik. Dalam pukul lapan tu Miji wasap aku.

"Ganesh ni nak makan penumbuk kot. Dari tadi dok sebut kakak cantik ni."

Aku suruh Miji sabar. Sebab Ganesh memang mulut macam tu. Dia lagi kita tak suka lagi dia suka kacau. Miji kata ok. Tapi kalau jadi apa-apa memang dia lari tinggalkan Ganesh. Aik,aku dah pelik. Kenapa pula? Macam ada something wrong je ni.

Tak lama lepas tu Miji wasap lagi. Dia hantar gambar. Terbeliak aku dengan Syauqi. Gambar tu gambar tempat parking dan ada baju putih rambut kembang berdiri dekat tiang lampu sedang pandang ke arah Miji dan Ganesh.

"Ganesh tak nampak. Ni kalau pandai mendekat memang aku tinggal si Ganesh ni." Wasap Miji lagi. Aku dengan Syauqi masing-masing angkat bahu dan teruskan layan movie Tamil.

"Ed!" Laung Miji dari walkie talkie.

"Woi tolong aku woi! Ganesh ni gila betullah!" Jerit Miji. Aku dengan Syauqi berlari ke belakang. Bila sampai belakang kami tak jumpa pun Miji dengan Ganesh. Kami cuba panggil guna walkie talkie dan call Miji. Tapi tak berangkat.

"Pergi mana pula dua orang ni?"

"Ed! Sini aku tempat parking sini. Hujung sekali. Hujung sekali!" Suara Miji keluar dari walkie talkie. Aku dengan Syauqi serentak toleh ke arah tempt parking yang luas tu dan dari jauh nampak Miji tengah peluk Ganesh atas jalan. Ganesh pula meronta-ronta nak masuk dalam semak tepi tu.

Berlari kami pergi ke hujung parking sambil call bos kami. Bos kata dia otw ke mall. Lega sikit hati ni. Sampai dekat Miji kami terkejut tengok Ganesh. Mata separuh buka,mulut membebel benda apa entah. Macam orang mabuk pun ada. Masa nak bawa Ganesh ke depan memang siksa gila..dia jadi berat,lepas tu dia mula gelak-gelak,menyanyi,kadang-kadang jadi diri dia sendiri balik. Syauqi geram sangat dia bagi penampar sebiji dekat Ganesh. Terbeliak Ganesh tengok muka dia.

"Apa? Kau tak puas hati??" Jegil Syauqi balik. Bos kami sampai pun kami masih belum sampai ke depan dengan Ganesh. Punya lama nak heret dia ni. Bos pun ikut sama angkat dia. Malam tu kami semua balik awal. Bos suruh orang lain yang gantikan kami berempat.

Ganesh pula bos bawa pergi jumpa Abang Leh. Abang Leh ni sama kerja dengan kami. Tapi dia pandai bab makhluk halus. Sampai rumah Abang Leh si Ganesh ni jadi perempuan pula. Suara macam perempuan,tersenyum-senyum,jalan melenggok. Tergelak kami bertiga. Miji apa lagi...angkat talifon rakam la..

Berpeluh-peluh Abang Leh cuba buang benda tu. Susah sebab Ganesh sendiri yang panggil dia kata. Ganesh yang nak kat dia. Bila tanya kat Miji,betul sebab Ganesh tak habis-habis bersiul lepas tu panggil-panggil masa kat belakang mall. Sebab tu benda tu ingat Ganesh ni suka kat dia. Mati-mati benda tu tak mahu lepaskan Ganesh. Last-last Abang Leh minta tukar. Benda tu minta ayam hitam enam ekor,hidup tiga ekor,mati tiga ekor. Bawa semua ke tempat parking tadi. Letak dekat dalam semak tu. Gila la nak cari mana ayam hitam tengah-tengah malam ni. Abang Leh kata cari esok,lepas tu settle semua esok juga. Jadi esoknya termasuk la bos sekali kami pusing merata ceruk kampung cari ayam hitam. Nasib baik jumpa weh..ada cina ni dia bela ayam hitam. Banyak pula tu. Katanya untuk perempuan makan masa lepas beranak. Kami beli enam ekor mintak sembelih siap-siap tiga ekor.

Dapat semua kami pergi rumah Abang Leh balik. Memang tak tidur kami dari malam tadi. Si Ganesh ni kalau orang tak nampak dia tiba-tiba nak lari keluar. Bila kita perhati dia automatik jadi perempuan balik.

Abang Leh ikut kami pagi tu. Ganesh pun kami heret sekali ke tepi semak tu. Elok je kami letak semua ayam tu dekat semak terus Ganesh jadi normal balik dah. Dengan muka blurnya dia tengok kami sorang-sorang. Miji luku kaw kaw la..

"Menyusahkan orang!!" Marah Miji.

Bila kami tunjuk balik semua rakaman dan gambar-gambar yang Miji ambil terdiam terus Ganesh.

"Lain kali celuparlah lagi. Kali ni kami tolong. Jadi lagi sekali kami campak kau dalam semak tu.! Otak kat kepala lutut kau!" Marah Miji lagi. Terdiam Ganesh dengan mata terkebil-kebil. Lepas dari kejadian tu berubah terus dia. Dah tak celupar dah. Cakap pun elok dah. Tak mencarut macam selalu. Serik dah kawan.

CHERITAWhere stories live. Discover now