RUMAH BERHANTU (PART 2)

53 12 0
                                    

Pernah satu masa tu rumah kami hampir terbakar sebab gangguan ni. Bukan tak ada usaha nak pulihkan keadaan tapi setiap kali Ustaz datang semua mengalah. Tak boleh buat. Berpuluh-puluh Ustaz dah kami panggil semua tak mampu tolong. Kisah terbakar ni masa tahun ke tiga kami di sini. Masa tu along aku baru habis program berkelah dengan sekolah. Jadi semua alatan dia longgokkan di luar rumah dekat atas meja kayu luar tu. Mak aku tak bagi bawa masuk sebab mak aku nak basuh semuanya dulu. Dan along aku ni dia ada satu box dapur kecil tau. Tak tahu apa nama benda tu. Tapi yang gas dia botol kecil tu ha..

Along aku letak sekali dekat atas meja tu. Dan meja ni tak terdedah dengan panas sebab bawah pokok rendang. Petang tu kami tengah rehat-rehat makan cucur di dapur terkejut tengok asap muncul dari pintu depan. Kelam kabut kami lari ikut pintu dapur dan bila sampai ke depan terkejut tengok box dapur along aku hangus berserta dengan beg selimut dia,baju sukan dan kasut sekolah. Dan yang paling mengejutkan tu semuanya hangus betul-betul depan pintu rumah. Gila lah. Pening kepala fikir macam mana benda tu boleh beralih ke situ. Dah padam apa semua malam tu rumah kami di bergema dengan bunyi ketawa yang ramai. Ada suara orang lelaki,perempuan,budak kecil dan bunyi bayi ketawa sekali. Semua pakat tidur di bilik mak ayah aku. Kami baca Yasin ramai-ramai malam tu.

Esoknya bila bangun kami tengok keadaan ruang tamu tunggang-langgang. Sofa senget sana sini,meja terbalik,buku-buku berselerak atas lantai. Dengan lampu terbuka. Mengucap mak ayah aku tengok.

Disebabkan keadaan rumah ni kami seboleh-bolehnya tak mahu menerima tetamu. Serik dengan kejadian tetamu terkunci di tandas,tetamu di kelirukan oleh benda tu yang menyamar jadi kami. Belum lagi kes tetamu nampak benda pelik-pelik lepas keluar dari pagar rumah. Kata seorang ustaz,rumah kami ni penghuninya terlampau banyak. Tapi ada lima ekor ni yang paling nakal dan ganas. Suka mengacau. Yang lima ekor ni lah yang selalu buat masaalah.

Pernah sekali tu aku balik sekolah dalam hujan lebat. Turun dari kereta nak masuk rumah pintu tak boleh buka. Hairan mak aku. Di buka dengan kunci pun tak dapat juga. Dalam hujan lebat tu aku dengan mak masuk dalam kereta semula. Dan dari dalam kereta tu aku dengan mak nampak ada seorang perempuan rambut perang baju blouse putih,seorang budak lelaki baju coklat seluar pendek dan seorang lelaki berseragam hitam berdiri di bawah pokok sambil perhatikan kami. Sesekali mereka bertiga ketawa. Mak aku malas nak layan jadi mak aku tidur je. Aku pula buat kerja sekolah. Dalam sepuluh minit macam tu cermin kereta di ketuk ayah.

"Kenapa tak masuk?"tanya ayah sambil hulur payung.

"Pintu kunci."jawab mak.

"Eh,mana ada saya kunci."jawapan ayah buatkan aku dengan mak faham itu adalah kerja tiga ekor tadi. Kuang asam!

Sampailah satu masa atok aku datang menziarahi kami. Atok aku ni guru silat tau. Masa mula atok jejak kaki memang aku tengok muka atok berubah. Mata atok jadi tajam memerhati rumah kami. Esoknya atok ajak kami pergi jalan-jalan. Masa di kedai makan atok tanya ayah.

"Kenapa tak selidik dulu sebelum masuk rumah tu?" 

"Dah tak ada pilihan lain,ayah. Yang ini yang paling dekat dengan kemudahan. Dekat sekolah,tempat kerja,market."jawab ayah aku.

"Tapi rumah tu banyak aura negatifnya. Ayah masuk rumah kau sesak nafas ayah tau. Semak tengok."kata atok. Ayah aku hanya mampu tersenyum.

Malam esoknya terjadi sesuatu yang bagi aku satu kepuasan yang selama ni aku cari. Malam tu atok aku habis solat. Habis mengimamkan kami tiba-tiba atok tempik terus buka langkah. Atok aku libas sana sini,tendang,tumbuk dan atok aku kejar benda tu sampai keluar rumah. Aku tak nampak benda tu. Hanya atok sorang je. Tapi dari apa yang aku lihat benda tu kalah terok. Atok aku siap warning lagi.

"Kalau aku dapat tahu kau ganggu anak cucu aku lagi,nahas kau! Nyah kau dari sini!!! Bawa semua puak-puak kau tu!!" Jerkah atok. Lepas atok cakap macam tu ada dalam enam ekor anjing tiba-tiba datang depan pagar menyalak garang dan melolong tak berhenti. Atok aku pergi depan pagar baca apa entah terus hentak pagar dengan tapak tangan dia. Lintang pukang anjing lari.

"Lepas ni kalau berani kacau lagi tahulah nasib kau. Yang mana rasa hebat sangat tadi boleh muncul sekarang! Aku sedia menentang ni!" Atok aku buka langkah lagi depan rumah. Tapi tak lama langkah di tutup semula.

"Pergi! Berambus!!" Jerkah atok. Pokok rendang depan rumah bergoncang kuat. Atok ambil batu lepas tu baling dekat pokok sambil melaung Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!Allahu Akhbar!. Sampai pokok tu berhenti bergoncang.

"Sudah. Jom kita masuk. Berani sangat diorang nak ganggu aku. Dia tak tahu aku siapa.." kata atok sambil tutup pintu.

Esoknya masa sarapan mak bagitahu yang pokok depan rumah tumbang. Sekali dengan akar-akar tercabut keluar. Atok gelak je. Hebatkan atok aku..ha..baru benda tu tahu rasa..

CHERITAWhere stories live. Discover now