Cerita sepupu aku...
Ada dusun ni best kan? Tambah-tambah lagi kalau dusun atok kau ada banyak buah dan siap ada rumah kebun yang selesa untuk kau duduk seminggu. Dusun atok aku ni dekat sebuah bukit. Dan rumah kebun dia betul-betul atas bukit di kelilingi oleh pokok buah cempedak,nangka,rambutan kuning dan merah lepas tu ada la dua pokok kedondong habuan menyicah sambil tunggu buah. Dekat tepi-tepi rumah atok aku tanam pokok ulam,cabai,dengan pokok kunyit. Pokok durian atok aku tanam dekat bahagian tengah bukit bersama beberapa jenis pokok lain dan tepi bukit ada sungai yang mengalir. Memang sejuk gila waktu pagi weh..atok aku dulu suka habiskan masa di kebun dengan nenek aku..sebab waktu nenek mula sakit tu dia dah tak boleh dengar bunyi bising bising. Jadi atok aku besarkan sikit rumah kebun ni,tambah dua bilik,baiki tandas dan tambah bagi besar bilik mandi sikit. Ayah aku buatkan beranda yang luas supaya bila petang-petang nenek aku boleh duduk di luar. Rumah atok kat kampung memang betul-betul tepi jalan besar. Kadang-kadang budak kampung merempit bising kemain. Nenek aku pulak tak boleh dengar bising dia jadi pening yang sampai nak pitam tu. Doktor kata ada masalah gegendang telinga. Dalam dua tahun atok aku duduk di kebun sampai lah telinga nenek aku dah tak boleh berfungsi lagi. Jadi pekak terus. Guna alat tu pun tak berkesan. Sejak nenek jadi pekak atok jadi susah hati. Kadang-kadang nenek cakar daun sampai tak sedar apa yang jadi kat belakang dia. Jadi atok ajak nenek duduk rumah lama balik. Maka tebiarlah rumah kebun atok aku...sekali sekali atok akan datang jenguk dan sapu apa yang patut.
Cuti Sem ke dua aku ajak sepupu balik. Kali ni ada dua orang kawan aku yang ikut. Mustakim dengan Raihan. Budak Pahang dua ketul ni. Nak balik Pahang tak cukup duit,jadi aku bawak balik kampung aku. Bukan main seronok lagi dapat mandi sungai. Mustakim ni dia penakut sikit. Jenis cepat menggelabah. Yang si Raihan ni berani yakmat pulak. Dia duduk luar rumah sorang diri layan angin malam selamba ja weh..
Jadi ceritanya kami duduk rumah kebun seminggu...dalam seminggu tu macam-macam la kami buat tapi atok aku datang jenguk jugak. Hantarkan lauk kadang-kadang. Rumah kebun ni ada peti ais tau. Haa...canggih tak canggih. Jadi malam tu Raihan ajak kami BBQ di luar rumah. Kat beranda je. Kami pun ON sebab ada ayam yang atok baru hantar petang tadi. BBQ cara orang bujang je la..letak garam dengan lada je..lepas tu panggang dekat beranda tu. Tengah best-best memanggang kami nampak ada dua obor api sedang bergerak di bukit sebelah. Kami fikir mungkin ada tuan kebun sebelah yang melawat kebun agaknya. Husnuzon ye kawan-kawan...kami pun teruskan dengan makan dan layan movie di beranda tu. Sedar tak sedar dah pukul 1 pagi weh. Patutlah si Mustakim masuk tidur dah. Tinggal aku,Raihan dan dua sepupu aku si Faizal dan Mirul. Kami pun kemas apa yang patut dan masuk dalam rumah. Kunci pintu tingkap apa semua terus baring kat ruang tamu. Tapi tak tidur lagi weh..dok borak sakan lagi. Dah tu tiba-tiba sepupu aku suruh senyap sambil letak jari kat bibir. Sayup-sayup kami dengar suara berzikir dari luar. Bunyi macam ramai. Berzikir La ilaha illallah,Muhammadarrasu lullah..
Kami masing-masing terdiam. Khusyuk sungguh diorang berzikir. Bersambung-sambung bunyi nya. Habis saja zikir tu sambung pulak Subhanallah,Alhamdulillah,Allahu Akhbar. Kemudian sambung bersyair Ilahi las tulill firdaus..sambung lagi zikir demi zikir dan qasidah memuji Allah dan Nabi Muhammad."Ada majlis apa bawah tu weh?"tanya Mirul.
"Setakat ni semuanya masih ikut cara yang betul. Jadi kita tak payah masuk campurlah."jawab aku. Yang lain angguk setuju. Bukan apa..risau jugak mana tahu orang dok buat majlis yang menyimpang ke apa ka..dah patut di tegur tu. Esoknya atok aku sampai awal pagi . Pukul tujuh dah terpacak depan pintu.
"Kamu semua dah solat subuh belum?"tanya atok sambil letakkan sebungkus plastik berisi nasi lemak .
"Dah tok..semua dah.." jawab aku. Yang lain masih membuta tidur lepas jemaah subuh pagi tadi.
"Tok...malam tadi meriah je bukit sebelah. Ada majlis ilmu ke?"tanya aku. Atok aku buat muka pelik.
"Majlis ilmu apa bendanya dengan semak macam tu." Kata atok sambil tergelak kecil. Aku terkejut. Oleh kerana rasa tak puas hati aku pergi tengok ke luar rumah. Bukit sebelah dok hutan elok lagi weh..aduhhhhh....habis tu majlis apa la malam tadi??kata atok,mereka tu memang sudah lama di situ. Tak kacau orang pun. Jadi tak payah takutlah. Hemm baiklah tok.
YOU ARE READING
CHERITA
ParanormalDalam ni dikumpulkan segala cerita-cerita mistik yang terjadi dalam hidup aku,kawan-kawan aku and ada juga yang rekaan.