Cerita kawan pakcik aku...
Kerja dalam hutan memang mencabar bagi aku. Selepas kejadian kawan hilang dulu kejadian pelik sering berlaku seolah-olah mengikuti ke mana saja aku pergi. Aku ingat lagi satu kejadian ni. Waktu tu musim hujan melanda negara kita. Hujung tahun waktu tu. Kawan aku baru balik dari sebuah tempat di Perak. Dia cerita hutan dara kali ni bahaya. Orang asli sekitar pun takut-takut nak masuk.
"Kenapa Mad? Keras sangat ke?"
"Ye..orang asli sana bagitahu hutan tu ada Si pemanggil." Bagitahu Mad.
"Si pemanggil ?" Aku pelik. Baru pertama kali dengar ni.
"Si pemanggil ni dia akan panggil kita untuk tuan dia. Benda ni makan darah tau. Bahaya si pemanggil ni dia boleh buat kita tak sedar dan bila kita sedar semuanya dah terlambat." Cerita Mad.
"Uish,biar betul Mad..habis tu korang pergi hari tu jumpa tak?" Tanya aku. Mad angguk sambil senyum senget.
"Tapi nasib Abang Ya ada. Dia hairan tengok aku dengan Razi masuk jalan lain. Tak tahu dia buat macam mana tiba-tiba aku tersedar aku dah terlentang atas tanah dengan Razi. Cepat-cepat Abang Ya suruh jalan sambil tutup telinga." Cerita Mad. Teringat yang tugasan aku minggu ni menggantikan tempat Razi terus berdiri bulu roma aku. Seram sejuk je rasa badan aku.
"Kau dengar macam mana suara pemanggil tu?" Tanya aku dekat Mad.
"Entahlah. Aku tengah jalan belakang Abang Ya waktu tu..jalan punya jalan tiba-tiba rasa macam pening-pening. Lepas tu tersedar tengok-tengok dah terlentang. Aku tak dengar pun suara orang panggil aku ke apa ka.."Mad gosok dahi sambil cuba mengingati apa yang terjadi.
"Tak pa. Nanti aku tanya Razi pulak."
Balik kerja aku terus pergi ziarah Razi. Demam teruk dia lepas balik dari Perak. Sana sini bertampal koyok. Sakit badan dia kata tapi tak tahu sakit kat mana.
"Macam mana tu?" Aku pelik.
"Kadang-kadang sakit kat belakang tapi bila di urut tak sakit pulak. Rasa macam khayal je. Pening kepala ni tak berkurang langsung sejak hari tu." Razi menekan dahinya yang sudah bertampak koyok di kiri kanan kening.
"Terok juga kau eh. Mad tak teruk macam ni." Kata aku.
"Entahlah..Mad kuat dari aku kot. Sebab yang kena mula tu aku la..aku dengar macam suara Abang Ya suruh belok ke kanan. Aku pun ikut la..lepas tu dengar Abang Ya jerit suruh jalan cepat lagi. Entah macam mana entah tiba-tiba dah terlentang atas tanah dah." Cerita Razi.
"Ooh..macam tu..kau tak ada mimpi apa-apa lepas balik?" Tanya aku lagi.
"Aku mimpi rusa bertanduk berapa malam ni dah. Rusa bertanduk tu angguk-angguk kepala macam panggil-panggil aku je." Beritahu Razi. Bila dengar macam tu aku terus rasa pelik. Balik dari rumah Razi aku terus ke rumah Abang Ya dan cerita apa yang terjadi. Abang Ya pun tak tahu apa maksud mimpi Razi ni.
Akhirnya hari untuk aku pergi meneroka telah tiba. Aku ingat lagi hari itu hari jumaat,cuaca pun mendung dan sejuk je rasanya. Masuk dalam hutan aku rasa aman sangat seolah-olah apa yang di ceritakan oleh Mad dan Razi tak pernah aku dengar dan tahu. Aku pergi bersama kumpulan Abang Ya dan seorang lagi kawan Abang Ya bernama Haji Makrof. Kami perlu melakukan pemetaan di sisi hutan dan di minta untuk mengklasifikasikan hutan ini jenis yang bagaimana dalam laporan nanti. Jika banyak tumbuhan herba makan hutan ini akan dipetakan dibawah hak terjaga negeri dan jabatan kami.
Sampai di check point pertama kami berhenti solat zohor dan makan bekal yang di bawa. Aku cuma bawa beberapa biji keledek rebus dan setin sardin cuma. Selebihnya air dua botol. Abang Ya dan Haji Makrof makan bekal dari isteri masing-masing. Selesai semua kami teruskan perjalanan lagi menuju ke check point ke dua dan terus ke check point ke tiga. Di check point ke tiga kami solat asar dan mula melakukan kerja-kerja kami dengan pantas. Beberapa sample pokok herba di temui kami bawa sebagai bahan untuk di lihat pihak atasan. Selesai semua kami berpatah balik semula. Untuk pengetahuan korang,selepas check point pertama tadi kami perlu melalui sungai untuk ke check point ke dua dan ke tiga. Dan bila kami berpatah balik untuk keluar kami terkejut tengok sungai dah naik airnya. Memang mustahil untuk kami menyeberang. Air deras dari atas bawa kayu ranting segala. Jadi kami selepas berbincang,Haji Makrof suruh pacak khemah dan hidupkan unggun api. Nak keluar jam dah puku enam. Tengok keadaan air ni belum tentu surut malam ni. Margrib tu kami berjemaah lagi bersama dan siapkan tempat untuk berteduh memandangkan bunyi guruh sudah kedengaran. Nasib baiklah Abang Ya ni jenis yang siap sedia orangnya. Khemah saja muat tiga orang. Patutlah beg dia besar. Macam-macam alat ada dalam beg. Lepas Isya keadaan air masih lagi sama. Belum ada tanda-tanda untuk reda dan surut. Hujan rintis mula turun dan di susuli titisan besar dan lebat. Mulanya kami nak pasang khemah tepi sungai. Tapi rasa macam tak selamat pulak. Jadi kami pasang jauh sikit. Bimbang hujan malam ni buatkan air makin nait pula. Malam tu masing-masing tak boleh tidur. Haji Makrof berzikir,Abang Ya asah pisau,aku terkebil-kebil belek kuku. Mata mengantuk tapi tak boleh pejam. Hairan aku. Bila hujan dah reda barulah mata nak terpejam. Elok nak pejam khemah kami kena goncang kuat. Macam ada dua tiga orang goncang kiri kanan khemah. Abang Ya apa lagi,melompat keluar bawa pisau dia sekali. Lama dia bercekak pinggang kat luar.
"Masuklah,Ya. Benda macam tu memang suka kacau orang."kata Haji Makrof.
"Nak kena ni...anak buah aku Si Razi tu tak kebah lagi demam dia ni. Dua minggu dah demam teruk." Kata Abang Ya. Aku hanya diam memerhati luar khemah yang gelap.
Prap!prap!prap!
Bunyi seakan-akan orang berjalan kedengaran di luar khemah. Kami hanya diam menanti apa lagi yang ingin di lakukannya. Zip di buka sedikit untuk melihat apa yang sedang menghampiri. Rusa!
Terus aku teringat pada cerita Razi tentang mimpi dia tu. Lama rusa tu berdiri depan khemah kami sambil angguk-anggukkan kepala dia.
"Kenapa tu?" Tanya aku pada Abang Ya.
"Tu la si pemanggil. Jangan terpedaya dengan bentuk rusa dia tu. Rupa sebenar huduh nak mampos." Kata Haji Makrof. Aku terkejut. Dan kata-kata Haji Makrof memang benar. Rusa itu lama kelamaan bertukar bentuk dan akhirnya kelihatan seperti seekor monyet yang bermata merah berbulu lebat dan panjang. Seram gila weh..dah la kilat berkelip dekat atas nampak jelas muka benda tu dengan gigi tajam-tajam dia. Benda tu macam marah je tengok kami bertiga. Melolong-lolong di luar khemah. Menyeramkan.
"Pergi! Kami tak kacau kau!" Jerkah Abang Ya dengan kuat. Abang Ya ni bekas askar tau. Suara dia memang kuat gila kalau dia jerkah orang. Benda yang tengah melolong tadi diam je pandang Abang Ya.
"Esok bila keadaan dah reda kami keluar. Kami tak kacau apa pun tempat ni. Kami cuma buat kerja kami." Kata Abang Ya. Benda tu menderam kemudian mengundur dan menghilang.
"Kita tunggu dia bawak tuan dia pulak." Kata Haji Makrof. Ternganga aku mendengarnya.
"Aduh,Haji. Habislah kita..kan tuannya makan darah." Kata aku.
"Sebab tu saya bawa yang ni..ramas-ramas sapu dekat badan masing-masing." Seplastik daun bidara dibuka dan di berikan pada kami. Aku ramas kuat-kuat sapu seluruh badan termasuk muka dengan rambut sekali haa...biar kau terbakar kalau kau makan aku.
.Dalam setengah jam kami di datangi semula benda tu dan kali ni dia bawa tuan dia. Nak kata manusia tapi bukan,sebab jalan macam melayang. Melangkah siap berbunyi derap kaki tapi kaki macam tak jejak tanah. Lepas tu bila di suluh cahaya lampu tembus badan pulak tu. Macam nenek kebayan bongkok tiga,dekat tangan ada bawak macam kayu tongkat. Lama dia berdiri depan khemah. Abang Ya bersila depan pintu khemah sambil berzikir. Haji Makrof juga sama. Aku duduk di belakang baca apa yang patut."Siapa kamu semua?" Soal benda tu.
"Kami pekerja land survey." Jawab Abang Ya. Selamba.
"Kenapa kamu semua ke sini? Apa mahu kamu semua? Menceroboh!"marah benda tu.
"Kami tak ceroboh. Dah memang kerja kami. Lagipun ni tanah kerajaan kami. Kami berhak jaga." Jawab Abang Ya.
"Penipu! Tanah ini sudah ku diami selama beratus tahun. Sebelum kemunculan kamu lagi aku sudah ada di sini! Kamu semua penipu dan perosak hutan aku!" Jerit benda tu.
"Kami buat apa yang perlu untuk hidup kami. Dan kami tak tahu pun hutan ni ada penjaga. Jika hutan ni banyak khazanahnya maka kami takkan mengganggu lagi."kata Abang Ya lagi. Benda diam seketika.
"Dan jika kaum sejenis kamu mengganggu tahulah apa akibatnya nanti!" Benda tu terus menghilang. Esoknya keadaan sungai sudah reda cuma lumpur penuh dan laluan licin untuk kami lalui. Sedang berkira-kira macam mana nak menyeberang tiba-tiba sebatang pokok besar tumbang dan melintang tengah sungai. Kami bertiga terkejut tengok nenek kebayan malam tadi datang lagi.
"Ini adalah jalan untuk kamu keluar. Dan ingat! Jika ada yang masuk mereka akan terima padahnya!" Kata benda tu.
"Tapi macam mana kalau mereka masuk untuk buat baik? Nak cari herba ka.." tanya Abang Ya.
"Itu atas budi bicara aku nanti! Sekarang kamu semua pergi!" Suaranya tegas. Aku perhati memang dia tak jejak tanah weh. Kaki ada tapi tak jejak tanah. Bunyi ada tapi tak pijak pun tanah. Muka dia pucat je. Itu pun aku tak nampak semua. Nampak bahgian hidung sampai dagu je. Lepas balik dari hutan dara tu kami berbincang dengan bos besar. Dan mereka setuju untuk menjadikan hutan ni hutan simpanan dengan alasan herba-herba yang banyak dan akan di jadikan tempat kajian pertanian.
YOU ARE READING
CHERITA
ParanormalDalam ni dikumpulkan segala cerita-cerita mistik yang terjadi dalam hidup aku,kawan-kawan aku and ada juga yang rekaan.