LAUNG

76 10 1
                                    

Cerita kawan pakcik aku..

Kisah ni berlaku tahun lapan puluhan dulu. Waktu aku baru masuk kerja sebagai kerani di jabatan hutan. Waktu ni aku diwajibkan untuk menghadiri kursus selama sebulan di sebuah daerah di sebuah negeri ni. Aku diberitahu yang kursus kali ni kami akan masuk ke hutan dara. Jadi segala persiapan dilakukan sewajarnya. Sebulan sebelum kursus aku dah mula menjaga badan dan selalu bersenam. Aku tak mahu menjadi beban bila masuk kursus nanti.

Hari yang ditetapkan aku berkumpul bersama pekerja-pekerja yang baru di sebuah khemah di depan pejabat. Ada beberapa pegawai mengawasi keadaan kami. Selesai taklimat kami pun gerak menggunakan trak polis. Dalam dua puluh lima orang kami waktu tu. Memang hutan yang belum pernah di cerobohi hutan ni. Sampai sana keadaan masih berkabus dan sejuk. Kami di beritahu untuk tidak berada hingga hari petang. Sebab kawasan msih baru dan tak ada orang yang lalu lalang kawasan ni bila malam hari. Ketua kami akur dan mula memberi arahan. Aku ditempatkan didalam kumpulan B. Kami kumpulan kedua yang akan melakukan pemetaan sementara. Kumpulan aku diketuai oleh Abang Ya. Seorang yang banyak pengalaman dalam hutan. Setengah jam perjalanan sudah ada yang kelelahan,Abang Ya memang marah dengan pekerja yang cepat penat kerana kami telah diberitahu sebulan sebelum ekspidisi. Dan di suruh untuk persiapkan diri. Jadi bila ada yang pancit awal memang Abang Ya marah sungguh. Ada yang menangis di herdik oleh Abang Ya.

Sampai di tempat pemetaan pertama kami rehatkan diri dan mulakan sukatan untuk membulat kawasan. Selesai semua kami teruskn lagi perjalanan. Sepanjang jalan aku tengok ada tanda-tanda yang ditinggalkan oleh kumpulan A. Jadi kami hanya mengikuti dengan berhati-hati. Tak lama kemudian kami tiba di kawasan pemetaan nombor dua. Di situ kumpulan A dan C tengah duduk berehat. Kami ada lagi tiga puluh minit untuk sampai ke kawasan pemetaan nombor tiga dan selesaikan kerja kami sebelum pulang. Tapi keadaan tak mengizinkan. Waktu kami sampai ke kawasan pemetaan ke tiga salah sorang kawan kami jatuh tergelincir dan terseliuh teruk. Pertama kali dalam hidup aku tengok tempurung lutut senget. Menyeramkan. Jadi Abang Ya terpaksa bina sesuatu untuk bawa dia keluar dari hutan ni. Kami cari dahan pokok yang kuat dan mula buat pengusung. Nasib baiklah semuanya lelaki. Jadi kami dapat bergilir-gilir bawa kawan yang terseliuh. Waktu sampai ke pemetaan ke dua,kaki kawan aku macam makin teruk pulak. Membengkak dengan cepat di kawasan buku lali dia. Terpaksa buka kasut sebab dia mengadu kasut makin sendat. Abang Ya msih lagi bertenang. Kami teruskan ke pemetaan pertama iaitu tiga puluh minit dari pemetaan ke dua.

Waktu ni Abang Ya tiba-tiba suruh kami berhenti.

"Kamu semua tak perasan ke kita dah lalu jalan ni banyak kali?" Tanya Abang Ya. Waktu ni baru kami celik mata sikit. Yelah,masing-masing penat dan tercungap-cungap memang kami tak perasan langsung.

Abang Ya cari beberapa batang ranting rapuh dan mula patahkan satu persatu ke setiap arah. Berpaling ke utara dia patahkan satu ranting,ke darat dia patahkan lagi dan macam tu la sampai ranting last sekali.

"Eh? Dah kenapa ni?"Abang Ya hairan sambil perhati ranting last yang patah di kepak.

"Kenapa,Bang Ya?" Tanya aku. Abang Ya agak terkejut di soal aku.

"Sekejap. Kamu tolong tengok-tengokkan mereka. Abang nak pergi cari sesuatu sekejap. Kalau ada sesiapa yang datang ajak pergi jangan ikut tau. Tunggu sampai aku datang balik."kata Abang Ya. Aku pun angguk dan tengok Abang Ya berjalan masuk ke dalam semak semula. Dalam setengah jam masih juga belum muncul Abang Ya ni. Aku dah susah hati dah. Dengan nyamuk makin banyak,kaki kawan aku makin teruk membiru. Kawan aku pun dah mula mengigil sejuk dah. Langit pula dah berguruh. Allah...

"Irfan!"

Aku cepat-cepat toleh ke arah bunyi suara tadi. Bunyi seperti Abang Ya panggil aku.

"Irfan! Oi!" Berpusing-pusing kepala aku cari weh arah mana suara datang tapi rasa macam dari segenap arah. Kawan-kawan aku pun semua terpinga-pinga. Tiba-tiba dari dalam semak nampak kelibat Abang Ya sedang berdiri memandang kami. Kawan-kawan aku semua ucap rasa syukur tapi tidak aku. Sebab apa yang aku nampak tu lain. Muka Abang Ya tu sedikit berbeza. Nampak lebih bengis dengan mata terbeliak sedangkan Abang Ya bukan macam tu. Walaupun garang mukanya tidak sebengis tu.

Kawan-kawan aku yang duduk semua bangun dan mula bersiap-siap nak berjalan ke arah Abang Ya.

"Semua jangan ikut dia! Tu bukan Abang Ya tu.!" Aku cuba larang.

Kawan kawan pakat tercengang. Ada yang marahkan aku tapi aku tetap dengan keputusan aku tu.

"Irfan! He he he..." Abang Ya tadi melaung tanpa buka mulut weh...ha...sekarang baru kawan-kawan tadi percaya. Semua pakat mengundur balik. Si Kamal yang tinggikan suara kat aku tadi menikus terus kat belakang. Aku tetap berdiri di depan sambil berzikir. Cuba untuk bertenang sehabis habisnya.

Abang Ya yang menyamar tadi berpusing ke belakang dan terus melangkah dalam hutan dan terus hilang. Lega gila aku weh...selamat kami enam orang ni. Tak lama lepas tu baru Abang Ya datang dengan Tuan Fadzil. Rupanya tempat yang kami berdiri tu hanya sepuluh minit dari jalan utama weh..dekat gila dah tu. Cuma dikaburi oleh sesuatu je.

Keluar dari hutan semua ucap syukur. Tapi lepas seminggu ada dua tiga orang kawan yang berhenti kerja. Hemmh...tak tahan dengan cabaran yang di lalui katanya. Dah berpuluh tahun aku kerja ni banyak yang aku dapat. Nanti ada masa aku cerita lagi..

CHERITAWhere stories live. Discover now