Cerita Si Faris..
Hari tu hujan dari subuh sampailah ke malam. Tak tahulah cuaca kenapa hari tu. Hujan,angin kuat,kilat lagi. Takut nak keluar dorm. Jadi aku habiskan masa dalam dorm dengan yang lain. Banyak yang terperuk dalam dorm masing-masing sebab aktiviti study group dibatalkan atas faktor hujan kilat ni. Dewan jauh kot. Nun di depan sana. Asrama di belakang sekolah. Sempatlah kau basah lencun dulu baru nak sampai pun. Jadi mula dari pukul lapan setengah aku dah start buka buku Lawak Kampus aku yang baru beli lepas outing kelmarin. Aku beli edisi terhad yang tebal tu. Baru seronok nak baca. Aku kongsi baca dengan Najmi atas katil aku. Sesekali Najmi dan aku akan menyumpah bila datang part yang lawak bodo dia yang tak boleh blah tu.
Dok tak dok tiba guruh kuat lepas tu kilat lagi terus blackout asrama. Boleh pulak aku terdengar suara ala-ala sajat dari bilik sebelah. Bapok mana lah tu. Esok aku siasat. Aku dengan Najmi membeku atas katil. Zain yang duduk atas tadi melompat turun dan duduk di celah-celah aku dengan Najmi. Maka terkebil -kebillah tiga teruna jambu ni.
"Uii...lamanya..Abang Syon tak pergi tengok ke?"tanya aku dekat Najmi. Abang Syon tu pak guard asrama kami.
"Entahlah. Tengah baiki kot. Selalu tak lama mana pun." Jawab Najmi. Kami bertiga pun melengung la dalam gelap tu. Dari tingkap cahaya kilat memancar terang. Angin jangan kata la..sampai terangkat tinggi kain tirai kami tu. Sejuk weh..nak jejak kaki ke lantai pun tak nak. Punyalah sejuk.
Tok tok tok!
Kami bertiga kali serentak ke tingkap. Nampak bayang-bayang berdiri tepi tingkap. Bila kilat memancar nampak muka Akmal tengah ketuk tingkap.
"Weh kau buat apa kat luar tu?" Tegur aku. Tapi cepat-cepat si Zain dengan Najmi goyangkan bahu aku. Zain siap tepuk bahu aku kuat kuat lagi.
"Woi bodo la kau...tu bukan Akmal la..Akmal tu tengah tidur atas tu..bongok..." Marah Zain. Barulah aku tersedar. Adduhhhhhh...dia boleh pulak bergantung lama kat tepi tingkap kami tu. Yang kami tiga ketul ni dah tak tahu nak baca surah apa dah weh. Tabbat ka..Alha ka..Qulhu ka..semua dah baca hembuih habih dah. Dia dokkk tepi tu la. Dok tengok kat kami ni. Last-last kilat mai kena betul betul dekat tempat dia berdiri tu. Fuhhh...berdesing telinga kami weh. Seumur hidup tengok kilat memancar depan mata macam tu. Lepas tu ada bau hangus hangus dalam bilik kami. Akmal yang tengah tidur terbangun dengar bunyi guruh kuat sangat.
Esoknya waktu rehat kami bertiga sengaja pergi ke tepi kantin sebab dari kantin nampak view tepi tingkap dorm kami tu. Perghhhh....ada kesan hitam macam hangus kat situ weh...gila lah. Saka dah kena petir weh..harap lepas ni tak ganggu kami dah. Tapi kesian dekat Akmal lepas kejadian tu. Dia selalu pening kepala. Mimpi yang pelik pelik. Badan pun makin kurus. Kami ingat dia sakit. Sampai satu malam tu dia mengigau siap bersilat lagi tengah bilik. Aku dengan Faris terpaksa berlari ke bilik Warden malam tu untuk minta tolong. Dia bersilat sambil menyumpah saka nenek dia tu. Siap nangis-nangis lagi weh dia kata dia tak mau terima saka tu. Waktu Ustaz Zubir datang tu dia macam dah penat sangat dah. Masih nak melawan lagi tapi dia asyik jatuh. Ustaz Zubir tepuk-tepuk bahu dia beberapa kali sambil baca ayat ruqyah baru dia tersedar. Sedar je terus rebah dengan nafas tercungap-cungap macam baru habis berlari. Peluh jangan kata la. Badan dia pun panas semacam ja waktu aku pangku dia. Elok keadaan macam dah ok sikit dia minta izin nak call abah dia. Esoknya dia balik rumah. Tiga bulan weh dia balik. Sunyi kami empat ketul ni. Nak call asyik tak berangkat je. Bila tanya Ustaz jawapannya asyik sama ja.
"Dia masih dalam tempoh rawatan." Lepas tiga bulan dia masuk sekolah balik tuddia badan dia...macam orang main gym weh. Balik dulu badan keding macam Sofi Jikan ja. Masuk sekolah balik perghh badan macam Aaron Aziz tu. Kami pun tak percaya ja tengok dia. Nampak lain macam. Tapi perangai takut lipas tu tetap ada la..hahahhahahaha...
Saka nenek dia dah kena buang dah. Tiga bulan dia balik rupanya dia pergi habiskan pengajian silat dia dan teruskan rawatan dengan seorang Ustaz ni Tu adalah punca saka tu suka kat dia juga sebenarnya. Dia kuat kata saka tu. Tapi sebab dia belajar silat tak habis jadi dia lemah nak melawan. Sebab saka nenek dia ni jenis hulubalang katanya. Jadi dia pilih yang kuat pada pandangan dia la..hemhh..nasib baik dah selesai semua.
YOU ARE READING
CHERITA
ParanormalDalam ni dikumpulkan segala cerita-cerita mistik yang terjadi dalam hidup aku,kawan-kawan aku and ada juga yang rekaan.