TELAGA RUMAH TOK

62 11 0
                                    

Cerita sepupu aku..

Nak dekat raya haji ni tiba-tiba aku teringat kisah seram yang terjadi dulu. Lagi dua hari nak sambut raya haji kami balik ke kampung belah ayah aku. Sejujurnya kami adik beradik tak berapa rapat sangat dengan keluarga belah ayah ni. Mungkin sebab jarang balik mungkin. Tapi kalau makcik pakcik aku pergi ke K.L memang diorang akan singgah ke rumah kami. Jadinya kami ni rapat dengan mak cik pakcik berbanding sepupu kami. Sebab makcik pakcik kalau pergi K.L diorang tak bawa anak-anak. Semua atas urusan kerja. Nak di jadikan cerita raya haji tu kami balik ramai-ramai. Entah apa plan ayah aku dengan adik-adik dia pun aku tak tahu. Sampai yang duduk di sabah pun ikut balik sama.

Rumah tok aku ni ada sebuah telaga tau. Masih digunakan tok aku walaupun dalam rumah dah dibuat tandas di bahagian dapur. Kalau tok aku balik dari berkebun dia akan mandi di telaga ni. Jadi bila dah ramai-ramai ni jumpa pula dengan sepupu yang dua tahun sekali baru nampak batang hidung memang agak kekok sikit. Aku ni jenis ramah,bila jumpa yang pendiam mati akal aku sorang diri. Yang lelaki senang je masuk. Siap pusing kampung ramai-ramai lagi dengan paksu aku. Yang perempuan ada yang buat hal sendiri,ada yang malu-malu lagi. Dalam ramai-ramai tu aku rapat dengan Sarah. Sepupu dari sabah. Dia punya ramah tu la..sampai sakit perut aku gelak. Lawak la Sarah ni. Ada-ada je cerita lucu dia. Adakah patut dia bawak balik anak babi sebab dia ingat tu kancil. Tak pasal-pasal kena samak satu rumah.

Bila dah ramai-ramai kami pun di bahagikan dengan tugas masing-masing. Patutlah semua balik. Ayah aku dengan pakcik makcik nak buat kenduri untuk tok kami pergi Mekah. Terkejut tok dapat hadiah dari anak-anak dia. Menangis sampai datang semput. Siapa yang tak suka kalau dapat pergi Mekah kan. Aku dan beberapa orang sepupu termasuklah Sarah di beri tugas untuk potong daging hari tu. Kami tumbangkan dua ekor kambing dekat halaman rumah tok. Meriah dengan orang kampung sekali join gotong-royong. Jadi sesi potong daging tu kami duduk di khemah tepi telaga. Sebab senang nak bersihkan barang barang nanti. Potong daging pakej sekali cuci periuk apa semua weh. Penat gila. Malam tu tidur sampai krem kaki-kaki. Dah la sejuk rumah tok aku ni. Tengah sedap tidur tiba-tiba Sarah gerak.

"Weh,kau ada nampak talifon aku tak?" Tanya dia. Aku geleng kepala.

"Ish,aku letak mana eh tadi?" Tanya dia lagi. Aku pun dalam mamai-mamai tu cuba ingat balik kat mana Si Sarah ni letak talifon dia.

"Haa....dekat tiang bawah rumah. Weh,jom teman aku ambil." Kata Sarah. Aku buka mata pandang sekeliling.

"Ala..kau pergi la..tu budak laki banyak yang tak tidur lagi tu. Ramai lagi kat bawah tu. Nak takut apa.." kata aku.

"Ala jom la..aku malu lah.." kata Sarah sambil goyangkan tangan aku.

"Aduhhh kau ni....esok dahlah nak kena bangun awal ada kenduri. Aku tunggu kau kat tangga je la."kata aku. Sarah angguk setuju.

Nak dekat sepuluh minit aku terlentok kat tiang tangga tu belum juga Sarah ni datang. Lamanya lahaiii...bawah rumah je pun..jadi aku pun turun ke bawah cari Sarah. Aku tanya dekat abang aku Si Naufal tu. Mana tahu dia nampak Sarah. Semua geleng kepala. Aik,mana pulak Sarah ni.

Aku ajak la abang aku temankan aku cari Sarah kat bawah rumah. Sarah pengsan weh dekat tiang bawah rumah dengan tangan pegang talifon dia. Terkejut aku dengan abang aku. Tepuk-tepuk tak juga bangun. Terpaksa abang aku dukung bawa naik atas. Riuh rumah malam tu sebab Sarah. Bila dia sedar dia diam je. Mak dia tanya pun dia diam je. Abang aku dah pelik dah. Korang nak tahu? Waktu abang aku cuba dukung Sarah badan dia rasa berat gila weh sedangkan Sarah ni kurus orangnya. Memang beratlah sampai abang aku tak boleh nak bangun. Abang aku pun baca ayat kursi lepas tu hembus kat muka Sarah ni. Barulah boleh angkat dukung. Bulu roma aku tak payah cakaplah...berdiri tegak terus sebab hujung mata aku ni dah dapat tangkap dah ada benda tengah merangkak dekat tepi telaga tu.

Esoknya Sarah duduk dalam bilik je sebab dia demam lepas kejadian malam tadi. Sejuk tapak tangan dengan tapak kaki dia weh. Macam di rendam dalam air ais je sejuknya tu. Selesai aku makan aku isikan untuk dia sekali dan bawa baik baik ke bilik. Dia makan dalam dua sudu je lepas tu tak nak dah. Terus berbaring dengan muka pucat dia.

"Kau kenapa weh? Cuba cerita dekat aku."kata aku dekat Sarah. Lama dia diam sebelum dia mula bercerita.

Waktu nak ambil talifon malam tu dia terlupa tiang mana satu yang dia selitkan. Jadi dia menggagau antara dua tiang ni. Nasib baik talifon dia berkelip bila ada mesej masuk. Jadi dia tahulah talifon dia di tiang mana satu. Bila dia ambil dia pun belek sekejap tengok mesej yang datang sambil berjalan keluar dari bawah rumah. Lepas tu tiba-tiba dia dengar bunyi air di telaga. Dia pun pusing tengok. Tapi tak ada orang pun. Baru nak melangkah bunyi air di siram kedengaran lagi. Tapi bunyi tu di belakang dia. Di tiang tempat talifon dia terselit tadi. Dia pun tak tahu kenapa dia pergi toleh ke belakang. Bila toleh je dia nampak sesuatu melompat ke badan dia dan terus terlentang ke tanah. Benda tu bertinggung atas dada Sarah sambil perhati muka Sarah. Berat tak tahu nak cakap la. Rasa nak patah tulang rusuk dia kena pijak benda tu . Nak bergerak tak dapat. Benda tu makin dekat dengan muka Sarah. Dia membebel apa entah depan muka Sarah. Bau busuk gila. Sarah cuba jerit tapi tak dapat dan akhirnya pengsan terus.

Habis cerita Sarah angkat baju dia tunjuk bekas kena pijak tu. Ya Allah...ada bekas tapak kaki tapi pelik ada tiga jari je. Betul-betul dekat tulang rusuk benda tu pijak. Tengok saiz dalam sejengkal panjangnya. Sarah kata dia tak boleh tarik nafas dalam-dalam sebab sakit sangat. Kesian gila kat Sarah weh.

Waktu nak balik Sabah tu dia masih lagi lemah. Diam je dia sambil tahan sakit dada. Aku pesan dekat dia balik nanti cuba mandi air daun bidara. Dia angguk je. Alhamdulillah sekarang Sarah dah sihat dah. Sebulan dia mandi guna air daun bidara. Nasib baik rumah dia ada pokok bidara tu. Waktu mula mandi Sarah cakap badan dia rasa ringan sangat. Tapi kesan merah masih tak hilang. Jadi dia ambil keputusan untuk mandi guna daun bidara sampai kesan merah tu hilang. Sebulan barulah hilang kesan tu. Alhamdulillah..


CHERITAWhere stories live. Discover now