"Aku hanya diam menggengam menahan segala kerinduan memanggil nama mu di setiap malam ingin engkau datang dan hadir di mimpiku rindu"
-nadiasofea🕊️-
°°°°°°°°°°°
Kelopak matanya mula mencelik perlahan-lahan. Apabila langit cerah, mungkin dia berasa lebih gembira. Lantaran nampak langit biru dan awan putih seperti kapas. Sang mentari pula begitu semangat menyinari bumi, seakan-akan memberikan senyuman kepadanya. Rambut hitamnya menggerbang ditiup angin. Kaki yang tanpa berkasut menyentuh rumput-rumput hijau lagi menyala itu.
Dahinya mula berkerut seribu apabila melihat kawasan sekelilingnya hanya rumput dan bayangan seorang pun tiada disitu. Dia memanggil nama suaminya dan kawan karibnya berulang-ulang. Laungan itu membuatkan sekelilingnya bergema dengan suaranya. Langkahnya berpusing-pusing mencari jalan.
Sekilas, telinganya menusuk satu suara merdu. Lantas, dia menoleh ke belakang untuk mencari suara itu. Matanya meneliti sepohon pokok sakura yang beberapa meter jauh darinya. Langkas langkahnya mengatur ke arah pohon itu. Semakin dekat semakin dia melihat susuk tubuh seorang lelaki dan seorang perempuan.
Matanya mendapati perempuan yang berumur 50-an sedang duduk berdamping dengan seorang lelaki. Lelaki itu pula umurnya lebih kurang 20-an menyanyi sambil jarinya gerisik bermain gitar."Eh Fea. Come, sit here sayang." pelawa perempuan itu apabila menyedari langkah Sofea semakin dekat dengan mereka. Lelaki itu hanya memerhati langkah-langkah gadis itu.
"Mak cik tahu nama saya?" hairan Sofea apabila muka perempuan itu seakan mirip dengannya. Dia duduk bersimpuh disebelah perempuan itu.
"Hahhaha panggil je mama." jawab perempuan itu dengan riang.
"Mama?". Perempuan itu hanya mengganguk kecil sambil tersenyum manis memandang wajah Sofea.
"Umm....mm-mama?" gagap Sofea apabila mahu memanggil perempuan itu dengan panggilan mama. Nasib bukan mummy, kalau tidak habis mummy lagi satu tu cemburu. Tak pasal-pasal kena bermadu dua.
"Ye sayang." sahut perempuan itu.
"Macam mana mama tahu nama saya. Dan lagi satu kita dekat mana ni? Kenapa korang berdua je dekat sini. Mana yang lain?" bertalu-talu soalan Sofea kepada mereka.
"Kita dekat syurga, kau ada masalah ke?" sampuk lelaki itu dengan selamba.
"Hah?! Ssy..syuga? Saya dah mati ke? Saya mati sebab apa? Setahu saya, saya dekat rumah suami saya. Macam mana boleh ada dekat sini pula?." Lagi sekali soalan Sofea bertalu-talu.
"Ish, Fran...fran. Tak habis-habis nak usik adik." tutur perempuan itu sambil memukul paha lelaki itu
"Fea tak mati lagi lah. Fea sekarang dalam hati Fea sendiri" sambungnya lagi.
"Hah? Hati Fea?"
"Ya, sayang. Lapangkan hati Fea?" balas perempuan itu sambil mengusap kepala gadis itu.
"Haah. Kenapa hati Fea tenang sangat eh?. Seakan-akan tempat ni tak wujud dalam dunia" ujar Sofea sambil menilik pokok sakura itu.
"Hahaha. Macam itulah Fea kena tenang dengan segala ujian yang Allah bagi dekat Fea. Walaupun Fea tiada sesiapa dekat dunia, Fea masih ada seseorang dalam hati Fea." sarkastik perempuan itu membuatkan Sofea hairan.
"Siapa?. Setahu saya, saya dah tak ada sesiapa dekat dunia. Mak dan ayah saya pun dah takada. Saya langsung tak ingat muka diorang macam mana."
"Orang yang Fea sayang sangat. Kalau Fea happy, dia pun happy. Kalau Fea sedih, dia pun akan sedih. Tapi kalau Fea rasa sunyi....., dia akan bagi petunjuk dekat Fea." perempuan itu tutur dengan cukup sarkastik untuk menenangkan segala masalah Lena.
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
RomanceStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...