🌺Bab 54

101 4 1
                                    

Sudah masuk dua bulan, Sofea tinggal di rumah Zafran. Hubungan mereka pula semakin rapat.

Pada mulanya, janggal lah juga Zafran mahu mulakan pembicaraan walaupun adiknya sendiri. Sofea adalah wanita yang susah sangat nak dekat lelaki. Dia sentiasa jaga jaraknya dengan lelaki ajnabi.

Terima kasih juga kepada Lynn. Zafran menceritakan segala padanya. Lynn hanya setuju tanpa menyoal. Perasaan benci pada lelaki itu semakin membuak-buak. Dah lama dia tak restu hubungan dia orang. Sofea desserve a better guy. Not him!

"Awal kau bangun? Nak pergi mana?" Tanya Zafran sebelum dia menutup mulutnya dari menguap. Kang tak pasal-psal breakfast lalat pagi ni.

"Lah... Adik dah cakap kan. Adik kerja dekat starbuck sebelah company besar tu. Orang suruh teman adik hari tu, dia kata malas lah. Penat lah. Macam-macam alasan dia." Bebel Sofea sambil tangan menggoncang kuali itu supaya nasi terbalik-balik seperti seorang chef.

"Aku bukannya malas. Aku tahu kau boleh buat seorang diri. Lagipun Lynn ikut kau sekali kan?" Tanya Zafran sambil menghirup nescafe yang sudah siap dihidang atas meja tu.

Dah lah dengan tak mandinya, mulut pun bau airliur basi. Boleh pula dia hirup tanpa gosok gigi.

"Haah. Kebetulan pula ada kawan Lynn bos kepada tempat tu. Alhamdulilah adik dapat kerja dekat situ free. Tak payah nak...."

Matanya membulat besar sebaik menoleh ke belakang. Bertuahnya alahai!

"Ishhh! Abang!" Marah Sofea sambil mencengkak pinggang.

"Dah lah bau bangkai! Gigi pun dah berkarat. Pergi mandi!" Sambungnya lagi.

"Relax lah. Abang start kerja pukul 9. Lambat lagi." Jawab Zafran selamba sambung menghirup nescafe itu lagi.

"Eww.... Pergi mandi lah abang! Bau busuk lah nanti cawan tu." Sofea sudah keluar dengan perangai budak-budaknya. Hentak-hentak kaki.

"Alah... Bising lah kau ni. Kan ada sabun tu. Nanti aku basuh lah."

Bibir Sofea sudah tertarik ke kiri. Seperti orang korea marah. Ni bukan orang Malaysia, dah lama keluar perkataan 'Shibal daeri saekiya!"

"Oh... Bising eh? Okey, Fine. Masak sendiri lepas ni. Hidang pun sendiri." Kata Sofea. Tangannya ke belakang membuka ikatan apron lalu menghempas kasar di atas meja makan itu. Terus dia angkat kaki dari dapur.

"Nak pergi mana tu?" Soal Zafran sambil tersenyum ketawa melihat adiknya. Walaupun sudah hilang ingatan, perangai masih sama.

"Sibuk!" Jerit Sofea yang sudah menuju ke biliknya.

"Good morning, sir." Itu lah wish pagi-pagi pekerja pada Willias. Tapi lelaki itu hanya mengangguk sedikit sahaja. Nak sedekah senyuman pun kedekut.

Hanya gadis itu bibir Willias auto senyum. Siapa lagi kalau bukam seiras isterinya, Naura.

Gadis itu terpegun kaku sampai demam seminggu bila dapat tahu Willias adalah segala bos di company itu. Sejak kejadian dua bulan lepas, pada malam itu. Macam-macam mereka dengar khabar palsu.

Katanya Naura ex-girlfriend bos lah. Naura adalah gadis pilihan hati Willias lah. Naura boleh jadi penyembuh hati bos lah. Naura adalah wanita paling sesuai dari isteri Willias yang dulu lah. Macam-macam.

Qayyad, Rian dan Jay pula menyampah dengan khabar palsu itu. Langsung mereka menghentikan dengan menggugut pekerja yang kata-kata bullshit tentang perempuan itu dan Willias.

Qayyad diam berisi siasat segala tentang Naura. Dengan pertolongan isteri Harry, Lethicia.

Katanya Naura adalah seorang anak yatim piatu dan membesar dalam keluarga tiri. Soalnya, bagaimana dia dapat terima dalam company ini. Itulah apa yang Qayyad nak sangat tahu.

CEO MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now