Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, kakinya terus membuka langkah naik tangga. Lynn tanya macam mana majlis tadi pun, diam tidak bersuara. Satu persatu langkah dia menuju ke biliknya lalu terus merebah badannya ke atas katil. Siling kipas itu ditenung lama. Fikiran rasionalnya mula berputar belit jawapan lelaki tadi. Semakin berkerut dahinya.
"Dah kenapa encik nak ceraikan dia? Encik ingat cerai tu boleh bahagiakan dia ke? Encik, sila fikir dengan waras ya. Encik dah buat dia sengsara dengan keliling pinggang encik ada banyak musuh. Encik nak tambah dia punya sengsara dengan cerai. Eh, encik ni betul ke tak?" Bebel Sofea tanpa sedar dia tengah cakap dengan siapa sekarang ni. Berbeza betul dari personaliti Naura. Tanpa sedar dia terkeluar character dia pula.
"Hahaha... you're really sounds like her. Aku nak lepaskan dia daripada musuh aku asyik target dia as weakness. If semua dah settle. Aku akan rujuk dia semula." Semakin geram hatinya dengar jawapan lelaki ini. Boleh naik angin otak ni.
"Encik Willias!"
Tersentak apabila gadis itu meninggikan suara.
"Encik ingat isteri encik tu barang? Nak main rujuk-rujuk. Memang cerai je ke jalan solve dia. Come on encik. We are now live in 21 century. Cerai is not the only way you can make her happy. If encik kenal dia, sayang dia, encik as suami dia yang sah. Encik mesti tahu apa yang dia nak. If saya jadi encik lah kan. Saya akan bina satu rumah yang normal. Hidup normal macam orang lain. Family normal macam orang lain without ada orang ganggu. Gelak time tengah makan sama-sama without think anything. Encik, ada kuasa untuk buat dia happy. Encik ada beberapa kawan yang hebat dalam lawan. So peluang encik nak bahagiakan dia sangat besar. But now, isteri encik dah tak ada. Peluang encik bukan sekadar kecil tapi dah tak ada langsung. Dia pun dah bahagia dekat alam lain." Nasihat Sofea dengan panjang lebarnya. Ha, kan dah kena berleter. Best jugak jadi orang lain ni. Boleh lepas bila-bila ja.
"Ya, bagi kau peluang aku dah habis. Tapi bagi aku peluang tu bersepah."
"Apa yang buat encik yakin sangat dengan ayat encik?"
"Heh, sebab aku pernah nampak roh dia berkeliaran dekat mana-mana ja aku pergi. So, aku anggap dia masih sayangkan aku lagi." Kata Willias sambil tersenyum manis pada Sofea.
"Ish, takkan lah dia dah tahu aku still hidup. Impossible, sebab Qayyad, Rian and Jay dia orang dah plan nak tolong dapatkan Willias semula. Takkan lah... Maybe dia kata macam tu sebab yelah kan. Naura dengan aku dah macam kembar. Boleh jadi dekat luar sana ada juga muka macam aku. Yeah, make sense," ujar Sofea seorang diri yang masih memandang siling kipas.
"Sofea... are you okay? Kau buat aku risaulah beb. Aku ada buat salah ke?" Risau Lynn sebelum mengetuk pintu bilik kawannya. Balik-balki rumah ja, muka macam tengah bingung. Orang tanya berkali-kali pun palau.
Sofea bangun dan mengorak langkah ke arah pintu. Lalu tombol pintu itu dipulas.
"Fea... kau okay? Pening kepala ke? Ada apa-apa jadi ke dekat kapal tadi?" Bertubi-tubi Lynn tanya pada Sofea yang masih kelihatan bingung itu. Gadis itu masih tetap merenung muka Lynn. Seram pun ada.
Tanpa menjawab segala soalan Lynn, Sofea terus memeluk best friendnya. Semakin bertambah risau Lynn padanya. Tiba-tiba aje ni kenapa.
"Lynn..."
"Ya Fea, ada something wrong ke?"
"Aku... nak dia balik... aku nak pandai lawan, aku nak pandai menembak macam Qayyad and the geng. Aku dah tak tahan. Aku tak kuat Lynn bila aku jadi assistant dia. Rupanya dia asyik cakap pasal aku kat mana-mana ja dia pergi. Mungkin dengan Naura pun sama. Aku ingat dia dah tak sayangkan aku...", luah Sofea. Tubuh Lynn semakin erat dipeluk. Lynn termenung seketika dan terus bersuara.
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
RomanceStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...