🕊️Chapter extra2

94 8 0
                                    

Bergema bunyi loceng satu sekolah, dia berlari-lari mahu melepasi pagar. Kalau tidak, kena lah hadap bebelan cikgu displin setiap pagi. Suruh buat tu lah, kutip ni lah. Macam-macam.

First regulation sekolah Sri USCI Springhill adalah kena datang 20 minit lebih awal. Cikgu kaunseling akan round setiap kelas semata-mata mahu melihat murid study awal pagi. Dah nama pun private school kan.. Kau ada? Takda an. Sebab aku pun tak ada.

Malang tidak berbau, again and again Sofea kena denda. It's Abang Zafran fault! Kalau dia tak tolong lembu lintas jalan tadi! Dengan bangga buat kali pertama dia datang awal dalam lima tahun.

"Nur Sofea Adlena! You late again! How many times do I have to tell you?" Amarah cikgu displin itu sambil mencengkak pinggang memegang pembaris besi.

"I'm sorry, madam." Maaf Sofea yang sudah menunduk bawah dengan kedua-dua tangannya dinaik ke atas. Memang benar itu salahnya. Tak boleh nak always salahkan cikgu sebab denda murid yang sama muka. Dah rumah jauh 15 km, nak buat macam mana.

Lynn yang melihat Sofea kena denda dari tingkat atas berasa kasihan pula. Dia tahu Sofea bukannya seorang yang suka buat alasan dengan sengaja. Kalau rumahnya dekat Sofea, boleh lah dia tolong tumpang kan. But ni series jauh dengan sekolah.

"You're in fifth grade. This year you will take the SPM exam. And your merits are worse than other students. Don't you have any shame?" Bebel cikgu displin itu lagi.

Sofea berbisu sambil menunduk ke bawah. Malu giler kena bukak aib depan orang ramai. Cikgu itu memang strict person. Pantang apabila murid tidak mendengar arahannya. First time dia kena marah dengan cikgu itu rasa gerun. Then, lama-kelamaan benda itu menjadi daily life padanya.

"I don't know if you already have awareness. But I think your parents must be sorry to have a daughter like you," bahas cikgu displin itu dengan selamba.

Pelajar-pelajar yang lain turut kena denda menoleh ke kiri, ke arah Sofea menitis air mata satu persatu. Kedua-dua tangan yang diangkat ke atas mengenggam kuat.

"What? Do you want to vent your anger on me? Go ahead. Try me."

Dia berdoa kepada Illahi agar menguatkan kesabarannya. Berulang-ulang kali dia mengucap istighfar di dalam hati.

"QUICK!"

"Um... tak perlu kut nak tengking sampai macam tu sekali." Celah seorang lelaki bersuara lembut. Mahu mencair hati para gadis apabila mendengarnya.

Sofea masih menunduk ke bawah. Dia bersyukur sangat ada orang menolongnya. Hampir sahaja mulutnya mahu melawan kata cikgu displin itu. Bukan sekali dua cikgu itu mengkritiknya, kalau boleh nak katakan setiap kali dia lambat. Cikgu itu akan memandang rendah. Kang cakap bodoh, marah pulak.

Meriah dengan sorakan bunyi perempuan menjerit seperti orang gila. Rasa-rasa kalau terkeluar halkum masing-masing, dia orang jerit pakai apa eh? Dia sendiri tidak tahu apa yang nak dijeritkan sangat. Sebab lelaki ni lawan cikgu diplin? Entahlah. Janji dia patut cakap terima kasih pada lelaki ini walaupun mukanya masih tidak kelihatan.

"But..."

"I give permission for impose a late fine. Instead of embarrassing students," seorang lagi bersuara dingin. Siapa dia orang? Kenapa dia orang berani sangat bersuara? Betul ke para gadis menjerit tergila-gila disebabkan dia orang berani?

Sebaik Sofea mahu mengangkat muka melihat kedua-dua jejaka itu, mereka sudah berlalu pergi. Membutang matanya melihat cikgu displin itu memberi tunduk hormat kepada mereka dua seperti... VVIP? Like seriesly? Cikgu displin yang suka malukannya depan orang ramai tadi, tiba-tiba jer insaf. Tertelan ayat kursi ke apa.

Matanya mengalih pula di luar pagar itu. Hmm.... patutlah. Anak orang kaya, semua benda boleh buat. Satu kereta panjang limousin kelihatan.



"Fea! Kau okay?" Seperti biasa kawannya Lynn akan bertanya benda yang sama walaupun dia sudah tahu Sofea akan dikena denda berlari enam round dipandang.

Telinganya sudah menangkap beribu-ribu patah perkataan. Berbisik pasal dia kena denda? Atau... dua lelaki tadi? 'Aku rasakan dia sengaja do, datang lewat.' ' Yaaa, aku pun rasa macam tu.' 'Lepasni, aku nak datang pukul 1 lah' 'Hahahahah. Kau datang lah sorang-sorang. Kita orang semua dah balik.'

Lynn yang mendengar bisikan dari girls gedik itu menjeling tajam sekilas. Masing-masing terdiam dengan jelingan mautnya.

"Aku okay jer. Kalau tak disebabkan dua anak kaya tu, rasanya kaki aku dah kena gaut jemur tengah panas," bidas Sofea sambil meletakkan rucksack. Tangannya mengeluarkan sepasang seluar track dan baju t-shirt lengan panjang warna putih.

"Dah lah. Aku pergi dulu," kakinya berhenti langkah sebaik Lynn menyoalnya.

"Nak aku temankan kau tak?"

"Halah kau ni. Bukannya aku pergi jumpa menteri ke apa. Aku lari dekat pandang jer." Balas Sofea selamba.

"Kalau kau pengsan macam mana?" Nekat Lynn yang masih berat hati mahu membiarkan gadis itu pergi keseorangan.

Dia still bengang dengan regulation dalam sekolah ni. Memang Sofea jer ke yang kena lari dekat pandang. Yang lain lewat? Denda apa?

"Aku pengsan? Hello.. Stamina aku strong, kay." Bongkak Sofea sebelum dia meninggalkan dari kelas itu.

Selepas salinan baju di dalam tandas, Sofea terus mengorak langkah. Satu persatu kaki menurun tangga dari tingkat tiga. Dia mengeluh berat sepanjang menuju ke padang yang sebesar-besar alam itu. Dah lah crushnya betul-betul bangunan di hadapan padang.

Macam biasa sebelum lari kena buat apa?

Sofea: Warming up!

Author: EXCELLENT!

Itu pun tak tahu.

Permulaan, dia berlari setempat. Lama-kelamaan, kedua-dua kakinya meningkat kelajuan. Hariz Naufal, crushnya dari form 2. Kalau pertama kali kena denda depan orang ramai, boleh lah dia lari sambil tutup muka dengan beg kertas. Tapi kalau ni dah setiap hari, rasanya satu kebanggaan kut.

Sempat lagi Sofea menjeling sedikit mahu melihat Hariz. Bertepuk sebelah tangan, lelaki itu masih tekun memandang depan. Fokus apa yang diajar oleh guru subjek pertama. Terasa patah arang pun ada. She's know it's all just chestnuts.

Kali ini, sudah masuk round ke empat dia lari. Nafas tidak berhenti tercunggap-cunggap. Kalau nak ikutkan kira nadi, dah boleh sampai 300 lebih. Run without non-stop. Tambah pula without breakfast. Memang hilang lah kudratnya.

Sofea hendak menghabiskan round ke empat tapi keletihan sudah menguasainya. Kepalanya terasa berat tiba-tiba. Dia cuba untuk kuat tapi tidak boleh. Sedar tak sedar, terperosok pengsan atas rumput padang itu.

Mahu terkatup kelopak matanya, dia mendengar orang memanggilnya berulang-ulang kali. Dia tertanya-tanya siapa jerit namanya sampai macam tu sekali. Yang pasti suara itu adalah seorang lelaki.



CEO MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now