Pintu kereta Audi R8 4S dibuka dengan penuh hormat untuk Willias dan Sofea. Dua orang anak buah Willias mengekor langkah mereka dari belakang.
Kereta Audi R8 4S
"Kenapa diorang ikut kita sekali?" soal Sofea sambil memandang belakang dua anak buah Willias.
"For our safety sayang. Dah jom masuk"
Sofea melangkah masuk ke dalam mall yang paling besar setakat ini dia pernah lihat. Dia mendongak melihat bangunan yang bertingkat-tingkat itu. Pakaiannya hanya sekadar tudung berwarna putih. Wide leg pants berwarna putih beserta dengan knit jacket berwarna coklat. Beg kecil berwarna coklat disarung pada lehernya.
Mata-mata di dalam mall itu memerhati ke arah mereka berdua. Sofea sudah gentar untuk meneruskan langkahnya di sisi Willias. Kedua-dua tangannya sudah mengenggam erat tali beg itu.
Kepalanya menoleh ke arah isterinya untuk menilik wajah riang Sofea apabila berduaan dengannya. Malah dia berkerut dahi sebaik melihat Sofea tidak selesa dengan orang ramai. Lengan isterinya ditarik lembut lalu memimpinnya. Sofea tersentak dengan sentuhan Willias lalu menoleh ke arahnya.
"It's okay. I'm always with you, remember." kata Willias sambil memimpin dengan lebih erat tangannya. Sofea hanya mengangguk kecil sambil tersenyum ke arah Willias. Mereka mengatur langkah masuk ke dalam lif. Butang tujuh di tekan.
"Awak, kita nak pergi mana ni?" soal Sofea yang hanya mengekor langkah Willias.
"Secret" jawab Willias dengan mendatar.
"Secret? Sejak bila awak dah pandai berahsia dengan saya ni?"
"Sejak kau kahwin dengan aku"
"Malas lah cakap dengan awak ni. Dia selalu jawab macam tu. Orang tanya series, dia boleh pulak jawab selamba" omel Sofea sambil memeluk tubuh.
"Hahaha. Tunggu je lah. Nanti kalau aku jawab. Banyak pulak cekadak kau." Selama dua minit mereka menunggu, lif itu diberhenti pada tingkat lima.
Willias memindai ke arah seorang gadis yang sudah dirangkul pinggang oleh seorang lelaki. Pasangan itu mengatur langkah masuk ke dalam lif. Sofea menganjak sedikit ke belakang untuk memberi ruang kepada pasangan itu.
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
Roman d'amourStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...