Sebaik keretanya diparkir di belakang kereta lamboghini kuning. Tangan memimpin erat gadis itu masuk ke dalam rumah. Pintu utama berwarna putih dibuka dan membiarkan isterinya mendahului.
"Qay, tolong angkat barang-barang dalam bonet kereta aku. Letak terus dalam bilik" arah Willias apabila melihat Qayyad menilik fail-fail di atas meja kecil ruang tamu.
Tanpa menyangkal, dia hanya mengakur mandat ketuanya.
"Sayang nak mandi dengan hubby atau... sayang nak mandi sorang-sorang?" soal Willias dengan lembut.
"Hmm sayang nak mandi sorang-sorang tapi solat isyak dengan hubby" balas Sofea dengan senyuman manis. Puas sangat apabila lelaki itu dapat meluahkan masa dengannya. Bukan selalu lelaki itu free time.
"Haha, okay. Naik atas dulu. Nanti hubby datang" balasnya sebelum dia mengusap lembut pipi gadis itu.
"Hubby nak pergi mana? Tak naik sekali?" tanya Sofea apabila melihat lelaki itu mengatur ke arah mereka yang lain.
"Hubby ada kerja sikit nak buat. Dah siap mandi bagitau. Nanti hubby ambik wuduk, kita solat sama-sama, okay?"
"Okay" jawabnya ringkas lalu kaki mendaki tangga tanpa menoleh ke arah suaminya.
Barang-barang di dalam bonet kereta sudah diangkat oleh Qayyad lalu turut mengekor langkah Sofea dari belakang.
Dia melabuhkan duduk di sebelah Rian sebaik Sofea hilang dari pandangannya. Tie dilonggarkan sedikit sebelum dia menyandarkan kepalanya atas bahu Rian.
"Jay, buat air untuk aku" arah Willias dengan mendatar.
"Hah?" Tercenggang apabila dia mendengar permintaan Willias. Dia tahu airnya tak sedap. Takpa ke dia buat untuk Willias. Kang tak pasal-pasal jadi mayat dekat situ.
"Buat air untuk aku. Sedap sedap. Kalau tak sedap, aku tolak gaji kau"
"Kau nak air apa?" soal Jay sambil bingkas bangun dari sofa itu.
"Dark Mocha"
"Jay, aku nak air jugak" kata Rian sebelum dia menyedut ramen. Mata masih terpaku pada tv menonton Netflix.
"Air apa?" Semakin teruja dia rasa apabila mereka percaya dengan kesedapan airnya.
"Aku nak caramel Frapuccino"
"Roger!" Terlompat-lompat riang dia menuju ke dapur. Tidak sampai dua minit, kedua-dua air itu sudah siap dihidang. Saka apa yang dia guna pun tak tahu.
"Nah" katanya dengan meletakkan kedua-dua air itu di atas meja.
"Aaron dah sampai Malaysia?" soal Willias sebelum menghirup air itu. Soalannya menjadi sunyi sepi. Tiada siapa yang jawab.
"Woi celandak. Aku tanya ni" Tangannya cepat sahaja memukul kepala Rian.
"Aduhh. Dah" balas Rian dengan ringkas sambil mengurut kepalanya. Orang kusyuk-kusyuk tengok One Piece ni. Kacau pulak dia.
"Dengan Harry semua?" soalnya lagi.
"Haah"
"Si bodoh tu?"
"Bodoh? Oh. Harry kata Aaron bawak dia sekali, balik rumah dia" terang Rian. Takda perkataan lain ke dia nak panggil kawan Fea bodoh. Panggil lah babi ke anjing ke. Ni tak, bodoh.
"Adik aku mana? Sehari aku tak nampak dia" soal Willias sambil tangannya mencapai fail itu.
"Dia takada dalam bilik" balas Qayyad yang baru sahaja turun dari tangga. Kaki mengatur langkah ke arah ruang tamu dan duduk di sebelah Jay. Fail-fail diatas meja kecil itu sambung dibelek.
"Tah. Selalunya time time camni. Dia pergi club" ujar Jay.
"Haaa... Rian call dia" arah Willias sebelum dia melepaskan keluhan berat.
"Asal aku jugakkk. Suruh lah Jay ke... Qay ke. Aku tengah sedih ni. Kenapa banyak-banyak character, ace jugak yang mati. Sedih doo. Kau tak sedih ke Will"
"Qay"
"Ha, hello. Kau kat mana? Hah?okay okay. Will, nah" pantas sahaja dia mencapai phone itu di atas meja.
"Pahal?" hairan Willias apabila phone itu dihulurkan kepadanya. Memang sah budak itu ada buat something.
"Dia nak cakap dengan kau"
"Woi sakai! kau sehari memang tak boleh duduk diam eh? Aku kata stop pergi club kan! Rosak image company aku lah!" bengisnya. Rian sudah siap menyumpat kapas ke dalam telinga.
"Kau dengar tak ni anjing?" Dia semakin geram apabila bebelannya tidak diendahkan.
"So you must be his brother?" soal lelaki itu mendatar.
"What the-- who the hell are you?"
"This fucker flirting with my girlfriend. If you want him back, come to my club" bengis lelaki itu sebelum dia menamatkan panggilan.
"Asal?" soal Rian yang sudah melihat Willias memicit kepala sebelum Iphone Rian dicampak atas meja kecil itu.
"Dia buat hal lagi. Malas lah aku. Pandai-pandai dia lepaskan diri" katanya sambil merebahkan badan ke sofa.
"Mummy nak baby jaga adik sampai ke tua. Kalau tak mummy rampas semua business baby"
"Aaargh! Qay, Jay, Rian korang pergi handle" rengusnya geram apabila kata-kata mummy tergiang-giang dalam fiikiran.
"But, Will. Club yang Ley pergi tu club Roy Artha. Konco-konco dia nak dekat 200 dekat situ. Aku rasa better kau pergi sekali" terang Qayyad. Bukannya mereka tak mampu untuk lawan mereka yang lain. Tapi takut orang takda kena mengena sibuk hendak berlawan sekali.
"Aku tak boleh lah tinggal Fea sorang-sorang" resah Willias.
"Kau bawak ah dia sekali. Mana lah tahu dia menari mak nenek tiba-tiba" kata Rian dengan selamba menyedut ramen itu. Lantas matanya mengerling tajam ke arah Rian sebelum dia melepaskan satu keluhan berat.
"Budak-budak kau kan keliling jaga tempat ni. Takyah acah-acah caring ah" olok-olok Jay
"Sial lah. Tak masalahnya. Diorang kena sepak telur pun dah down." kata Willias. Dah banyak kali budak-budaknya tak boleh harap. Nak suruh diorang trainning tapi tak boleh. Dia tahu orang tua tu akan ambik kesempatan.
"Will, aku dah mintak tolong Leth perhatikan Fea. Kalau apa-apa jadi dekat dia, Leth akan bunyi siren dekat phone kau." terang Qay sebelum dia menyeluk semua Iphone nya ke dalam seluar.
"Haaaa....."
-CONTINUE-
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
RomanceStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...