Kedengaran bunyi riuh rendah di ruang tamu menganggunya hingga ke bilik. Tombol pintu berwarna hitam itu dipulas perlahan lalu satu persatu kakinya menurun tangga berkaca.
"Takpayah lah risau. Apa-apa jadi saya call awak okay? Dah pergi kerja. Bye bye."
Bam.
"Dah nak jadi CEO pun still risau dekat bini." Seru Wadley apabila melihat Sofea baru sahaja menutup pintu utama itu.
"Eh Wadley tak pergi kerja ke?" soal Sofea sambil memandang ke arah Wadley yang terus menuju ke dapur.
"I memang tak kerja, princess. Malas. Lagisatu, panggil jer Ley." balas Wadley yang sudah melabuhkan duduk diatas kerusi bangku berwarna hitam itu.
"Ha takpa ke? Saya ni siapa jer nak panggil nama awak macam tu" balas Sofea. Baharu sebulan dia tinggal dengan mereka. Kedudukan dia pun tidak layak untuk panggil nama panggilan mereka. Lagi-lagi lelaki yang bernama Qay. Wajahnya seakan-akan berdendam dengan semua orang di sekelilingnya.
"Why? You want to call me baby? I lagi suka kalau you panggil I macam tu" usiknya sambil bibirnya tersenyum gatal memandang Sofea.
"Erk.. Kang aku panggil beruk baru tahu." bisik Sofea seorang diri.
"Ha? You ada cakap apa-apa ke?" soalnya apabila melihat bibir Sofea sudah mencebik perlahan.
"Eh tak tak. Mana ada saya cakap apa-apa. Umm.. Ley nak makan tak? Kalau nak makan... nasi lemak ada sikit lagi tu." ujar Sofea.
"Kalau I nak makan you boleh?" usiknya lagi. Tak habis-habis dengan karenahnya untuk mengusik Sofea. Lagi-lagi abangnya dengan yang lain tiada dirumah. Mulalah dia ambil kesempatan.
"Boleh. Makan penumbuk. Nak?" balas Sofea acuh tak acuh.
"Hahaha. Bagi I cereal jer lah." balas Wadley sambil tersenyum manis. Kakinya menoleh ke belakang lalu peti ais itu dibuka. Tangannya mencapai sekotak susu dan dan sekotak cereal. Sejurus itu, dia menghidangkan kepada Wadley.
"Thanks, sweety" Sofea hanya menggeleng kepala perlahan. Patutlah suaminya cepat jelous.
Dia melabuhkan duduk di hadapan Wadley lalu menatap lelaki itu makan."Umm.. Kalau saya nak tanya sikit boleh?" soalnya.
"Tak boleh." lantas Wadley menjawab dengan ringkas.
Sofea hanya mendiamkan diri seketika apabila mendengar jawapan lelaki itu. Matanya menjelguk sedikit melihat Sofea manakala tangannya masih menyuap dalam mulutnya. Perlahan-lahan, dia tersenyum tawa.
"Hati you ni soft sangat lah. Cuba keraskan sikit. Nak Tanya, tanya jerlah. Lainlah kalau you nak jadi I ni scandal you" sakatnya lagi. Tisu disebelahnya dicapai lalu mulutnya dilap.
"Saya tahu kalau saya tanya dia. Dia tukar topik." ujar Sofea. Dia teringin sangat nak tahu tentang keluarga ini. Dia takut orang panggil dia busybody jer.
"Dia? Oh abang I. Ha kenapa?"
"Ss-sorry kalau saya tanya ni buat awak tak selesa. But abang awak tu kerja apa?" Setiap kali dia pergi mana-mana dengan Willias. Pasti setengah dari diorang pandangnya dan tunduk hormat kepada Willias. Nak kata anak menteri. Muka pun sikit tak seiras.
"Oh. My family is a billionare. No, I mean my brother is a billionare." ujarnya.
"Wow billionare... patutlah kaya semacam. Saya dengan Lynn business dari high school pun tak kaya macam korang." Bertahun-tahun dia dengan Lynn jual macam-macam. 500 ribu ringgit pun tak sampai pendapatan diorang. Tapi dia tahu setiap titik peluhnya, tuhan akan gantikan dengan lebih baik.
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
RomanceStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...