Mask hitamnya diturunkan lalu air tin spite disebelahnya diteguk. Sejurus itu, sebelah tangannya mengibas-ngibaskan ke mukanya yang berpeluh. Hampir 30 minit dia menunggu diatap bumbung hotel. Dia menilik jam di tangannya untuk bersedia terima signal dari Harry. Button on V5 PTT Walkie Talkie di telinganya ditekan untuk berhubung dengan Harry.
"Lambat lagi ke?" soal Amellia.
"Sabarlah, bangunan ni dahlah bertingkat-tingkat". Kalau tidak disebabkan cctv, dah lama dia ikut naik lif.
"Nak cari tunang kau pun terhegeh-hegeh. Boleh cepat ak. Kang kepala kau jadi target aku"
"Kau boleh diam ak pompuan. Aku tengah focus ni" bengang Harry sambil mendaki tangga.
"Kalau Leth tahu perangai kau yang sebenar. Confirm dia gelak" balas Amellia sambil skop enam sniper nya memerhati Harry dari jauh.
"Sekurang-kurangnya aku ada tunang? Kau boyfriend pun tak ada lagi."
"Eh boyfriend boyfriend jangan main eh. Lagi pun aku tak minat nak bercinta buat masa ni." ujarnya.
"Sembang. Qay ada. Dulu bukan main lagi sweet dengan dia. Asal dah break." usik Harry. Dia tahu segala rahsia tentang keluarga Roy termasuk lah dengan kawannya lain. Dia sepatutnya menjadi musuh ketat kepada keluarga Roy tiga tahun yang lepas. Tapi disebabkan Willias.....
"Aku pun ada tunang macam kau. Tapi aku lepaskan dia. Kalau kau tanya aku kenapa. Jawapan aku satu jer, sebab aku sayangkan dia Aku tak kesah kalau aku mati kena bunuh. Janji diorang tak sentuh tunang aku. Take care your fiancé dude, make sure treat her like queen. She deserve it..."
Harry tersenyum apabila kata-kata Willias yang masih segar dalam ingatannya.
"Weh focus ada orang." tutur Amellia membuatkan Harry tersentak kembali semula pada dirinya dari lamunan. Pintu exit itu dibuka dengan selamba. Empat orang lelaki yang menjaga pintu besi itu lantas menoleh ke arahnya.
"Siapa kau?" soal salah seorang daripadanya. Masing-masing sudah bersedia untuk mengacu pistol ke arah Harry.
"Aku cuma orang nak cari jodoh. Korang mesti single an?. Nak tak couple dengan aku?" Harry mengangkat kedua-kedua belah tangannya untuk menenangkan empat orang lelaki itu.
"Jangan main-main!. Kalau kau taknak kitorang tembak kau! Cakap sekarang!." Pistol silver
itu sudah mengacu ke arah Harry."Ehh...relax lah bro. Aku dekat sini...nak dapat balik kepunyaan aku." ujarnya.
"Kepunyaan kau...?" soal seorang lagi dari mereka.
"Bodoh. Korang dah sedap-sedap rembat aku punya. Sekarang, nak buat tak tahu?" sinis Harry lalu kedua-dua belah tangannya diletakkan pula di belakang kepalanya.
"Apa yang 'punya'?"
"Tunang....aku" Lantas jarinya melantarkan signal 'ok'. Amellia yang menyedari signal Harry itu langsung tesenyum sinis.
"Tunang--" salah seorang dari mereka ditembak headshot membuatkan yang lain terkesiap. Mereka yang berbaki menoleh semula ke arah Harry yang masih tercegat dihadapan mereka. Tangannya sudah berada dalam kocek seluar sambil tersenyum sinis.
"What?. Jangan pandang aku. Aku mana ada pegang-pegang apa."
"Kau, jangan nak buat tak tahu!. Siapa kau, cakap?!. Sebelum kitorang tembak kau?!" jerkah mereka.
"Aku siapa?. Hmmm... Maybe The Infamost Arsonist. Haha" jawab Harry dengan nada yang tenang.
"Aku kata jan-" Ketiga-tiga daripadanya sudah terlentang diatas lantai. Masing-masing mengalir darah yang banyak di kepala.
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
RomanceStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...