🕊️Chapter extra14

44 4 1
                                    

Panggilan sayang menyelubungi aku dalam mimpi yang indah. Lelaki itu asyik tersenyum manis aje merenung mata biru aku. Jatung yang berdegup normal sudah berlari marathon

Perlahan-lahan bibir merah lelaki itu melekat pada dahi aku. Aku memejam mata saat dahi aku dicium lama. Lalu aku membuka semula. Mataku tertegun sejenak tatkala air mata lelaki itu tiba-tiba berjurai.

"I love you until the end."

"Abang!" Aku menjerit sebaik bangun dari mimpi itu. Nafasku tercungap-cungap seakan diri aku tengah lemas dalam laut.

Seluruh badan diselimutkan dengan peluh. Aku melihat kedua-dua tapak tangan. Menggigil seolah-olah aku ada anxiety.

Aku meraup kasar mukaku sambil istighfar berkali-kali. Kenapa akhir-akhir ni aku mimpi pelik-pelik.

"Kenapa-kenapa?!"  Buat kali kedua aku terkejut. Manusia ni memang tak reti nak ketuk pintu ke apa. Rasanya kalau dia buat perangai macam ni dekat hospital. Dah nazak pesakit sebelah.

"Kenapa apa?" Soal aku bengang. Pagi-pagi buta dah dapat darah tinggi.

"Aku tanya kau. Kau tanya aku balik. Yang kau panggil 'abang'  macam dah kena culik tu dah kenapa?" Marah Zafran.

'Abang?' Kening aku bertaut rapat.

Sejak bila aku panggil.... oh. Mungkin abang yang aku memanggil itu dituju pada lelaki dalam mimpi tadi.

Kalau nak ingatkan semula. Mimpi tu macam betul-betul jadi pun ada.

"Oh tu.. Adik mimpi abang jadi shrek. Sebab makan buah epal. Sepatutnya princess snow white," tipu aku sambil memejam mata senyum lebar seluas alam memandang Zafran. 

"Benda setan apa yang kau mimpi ni. Tulah, orang dah kata,  sebelum tidur ambik air wudu'. Dah alang-alang kau bangun ni pergi mandi. Patu solat subuh berjemaah dengan aku," arah Zafran.

"Hm." Balas aku acuh tak acuh.

"Cepat sikit. Mama dah tunggu tu."

"Ish, bising lah!"


Bunyi pintu kuat menutup kereta Audi A6 Zafran. Kecik besar-kecik besar aje dia memandang aku. But ada aku kesah.

"Woi! Kau balik pukul berapa hari ni?" jerit Zafran melalui tingkap kereta.

Terkinjat aku dengan jeritan Zafran. Aku perasan aje mata-mata tengah memandang. Langkah aku yang sudah jauh dari kereta Zafran terus patah balik semula.

"Abang tak malu eh? Takpayah lah nak jerit-jerit dekat sekolah orang. Suara tu aurat," bongkah aku.

Benda yang aku karut pun tak tahu.

"Aku tumbuk kau kang. Cepatlah, kau balik pukul berapa?" Tanya Zafran lagi sekali.

"Hmm hari ni hari apa? Khamis kan. So hari ni adik balik dengan abang lah." Ujar aku.

"Okay. Dah pergi masuk. Rosak cermin tingkap aku kalau bertendek macam tu."

Selamba badak dia je pergi naikkan tingkap. Dengan muka-muka aku sekali naik. Aku baling kasut baru tau.

Haih... sabar-sabar. Pergi sekolah dengan keayunan. Bukan dengan kemarahan. Alright, let's go!

"Wow... Nur Sofea Adlena,"  kaki aku terus berhenti melangkah sebaik nampak aje cikgu displin. Yep, cikgu yang merosakkan hari aku setiap kali aku lambat.

"You come earlier today. Good start to the day. I want you to maintain like this until SPM. Do you get it?"

Aku hanya menganguk. Lalu terus kan langkah.

CEO MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now