Sebaik telinganya mendengar pintu bilik diketuk, lantas dia menyimpan sekeping gambar di dalam begnya. Air mata yang sudah berair dikesat laju.
"Masuklah. Pintu tak kunci." Kata Sofea sambil menoleh ke arah pintu itu.
"Adik... jom makan," seru Datin Zahrina.
"Ermm.... Mama makan lah dulu dengan abang. Nanti adik makan," jawab Sofea dengan senyuman kelat memandang mamanya. Dia tak nak lah Datin Zahrina melihat matanya berjurai dengan air mata.
Secara jujurnya, sejak kematian Tengku Azhar semakin janggal dia rasa. Seakan hubungannya dengan Datin Zahrina semakin renggang. Time breakfast, luch or dinner, semua diam. Tak cakap apa. Kebiasaannya Tengku Azhar lah yang mulakan dulu topik. Baru lah yang lain membuat huraian sendiri.
Datin Zahrina menatap sahaja roman anak gadisnya. Setiap ibu mesti tahu dengan perangai anak masing-masing. Datin Zahrina memandang simpati pada Sofea lalu dia melangkah ke arahnya.
"Adik..." Seru Datin Zahrina lembut sambil melabuhkan duduk di sebelah anak gadisnya.
Sofea perlahan-lahan menundukkan kepalanya ke bawah. Kalau suara lembut macam tu, ada lah cara mama nak comfort anak perempuannya.
"Adik salahkan Mama ke, atas kematian papa?"
Tercengang dia mendengar pertanyaan tu. Lantas dia menoleh ke arah Datin Zahrina.
"No! Kenapa Mama tanya macam tu.... Adik tak pernah salahkan siapa-siapa atas kematian Papa. Abang sendiri kata kematian ni satu-satunya qada' dan qadar Allah yang kita kena terima." Ujar Sofea.
"Habistu kenapa adik macam jauhkan diri dari mama. Adik duduk kurung diri adik. Makan tak, itu tak," tanya Datin Zahrina. Sedar dengan perbuatan Sofea sejak-menjak ni.
"Adik.... nak biasakan hidup tanpa seorang ayah." Perlahan-lahan air matanya bermutiara semula. Segala kenangan manis dan pahit dengan ayahnya terimbas kembali. Seolah-olah baru semalam aje jadi. Kenapa masa cepat sangat. Dia tak ready lagi. SPM pun ada lagi beberapa bulan je. Azam nak tunjuk dekat Mama dan Papanya. But.... semua jadi sebaliknya.
"Mama faham.... Mama hidup dengan Papa dah berpuluh-puluh tahun. Adik baru 17 tahun. Itupun adik dah sedih macam hilang satu keluarga. Macam mana dengan perasaan mama? Adik ada tanya tak?"
Sofea terdiam sejenak. Seperti dia yang bidas orang, dia yang kena. Hatinya rasa bersalah sangat. Terlalu memikirkan perasaan sendiri sehingga abaikan prasaan mamanya sendiri. Don't be so selfish Sofea Adlena.... Kata-kata yang selalu Tengku Azhar mengingatkannya.
"Sorry, ma.... Adik sepatutnya faham perasaan Mama. Bukannya lepaskan kesalahan...." Ikhlas Sofea meminta maaf sambil merangkul lengan Datin Zahrina. Kepalanya pula disandarkan pada bahu Datin Zahrina.
"It's okay... Mama faham. Dah turun makan. Gastrict nanti perut tu." Balas Datin Zahrina sambil mengusap lembut ubun anak perempuannya. Mahu menenangkan tangisan yang dari tadi berjurai.
"Eee... crybaby. Sikit-sikit nangis."
Celah satu suara yang paling menyampah sekali di pintu biliknya. Kalau boleh dia mintak-mintak lah suara tu tak wujud dalam dunia. Sekali dengar je, rasa nak tumbuk, sepak semua ada.
"Diam lah. Macam tak pernah nangis." Balas Sofea acuh tak acuh sambil melepaskan lengan Datin Zahrina yang dirangkul dengan perlahan. Menjawab tanpa memandang Zafran. Air matanya dikesat pula dengan belakang tangan.
"Aku memang tak pernah nangis. Tak tahu ke? Oh ye lah.... kau mana tahu. Yang kau tahu fikir diri kau je." Bidas Zafran yang sudah menyandarkan badannya di pintu sambil tangan kanannnya berada dalam kocek seluar.
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
RomanceStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...