🌺BAB 57

155 5 2
                                    

Company besar dan kaya. Bonus pula dengan famous. Tak hairan lah kalau semua pekerja sibuk mati-matian setiap hari. Telephone atas meja masing-masing tak berhenti-henti berdering. Tanya tentang barang yang ditempah lah... Stock lah... Price lah...

Padahal, nak berbuih mulut cakap benda yang sama. Customer kan. Kenalah layan elok-elok kalau tak, rezeki tak berkat.

"Assalamualaikum, bos."

Seorang perkerja perempuam memberi salam. Seorang lagi pula cuma tunduk hormat sambil tersenyum manis. Mereka menegur sebaik lelaki itu mengatur langkah masuk dalam company.

Turut dengan yang lain menegur Willias dengan sopan.

Kakinya mengatur langkah ke Lif VIP. Terserempak pula dengan Rian sedang menunggu gilirannya untuk naik Lif. Jay dengan Rian ni tak sah kalau gaduh setiap pagi pasal Lif.

Kata Jay, dia rasa ajalnya dah sampai kalau dia naik dengan Rian. Sebab berat sangat.

"Yo." Tegur Rian. Sempoi aje. Kedua-dua tangan sudah berada dalam poket seluar.

"Hm. Mana Qay?" Tanya Willias. Mata masih tertumpu pada nombor lif itu. Jam di lengan tangan kanan dilihat sebelum dia memandang semula lif itu. Satu persatu tingkat lif itu turun.

"Qay kata dia nak jumpa someone pagi ni. But kejap je lah. Nanti dia masuk kerja." Terangnya.

"Someone? Siapa?" Soal Willias lagi. Kepala terus menoleh ke arah Rian.

Rian hanya mengangkat bahunya sambil bibir seperti mengajuk tersenyum. Dia tahu ke mana Qayyad pergi dan siapa dia berjumpa. Memang tak lah dia nak inform dekat Willias. Boleh arwah tak silap hari bulan dengan Qayyad nanti.

Bunyi lif memberhentikan perbualan mereka. Rian terus melangkah kaki masuk ke dalam lif itu. Jari menekan button open. Wajah Willias dipandang.

"Kau tak nak masuk sekali ke?" Tanya Rian.

Tanpa bermangu, Willias turut melangkah masuk. Mata Rian memerhati sahaja lelaki itu masuk. Diam-diam, dia tersenyum seorang diri melihat Willias.

Kot baju berwarna hitam disangkut pada kepala kerusi kerjanya. Beg yang dijinjing dari tadi diletakkan di lantai bercarpet. Kemudian, punggung terus melabuhkan duduk menghadap Macbook.

Tidak sampai 10 minit, pintu diketuk dua kali.

"Masuk." Kata Willias dengan mendatar.

Pintu dibuka perlahan. Willias masih focus dengan kerjanya tanpa menoleh pada siapa yang masuk itu.

"Ini air encik." Gadis itu meletakkan Starbucks coffee di atas meja. Bersebelahan Macbook.

Dia tercengang. Jari jemari yang dari tadi bermain di keyboard itu berhenti serta merta. Langsung, dia mengangkat mukanya. Pandang gadis itu.

"Laura?" Soalnya Hairan.

Gadis itu hanya diam sambil tangan kanan letak di atas tangan kiri. Sopan dan hormat. Kepala pula menunduk ke bawah.

"You said yesterday that you wanted to ask for a day off. Why did you come today?" Tanya Willias.

"Ha? Bila pula saya..." Cakapannya terhenti. Sebaik kata-kata Qayyad terlintas kilat dalam fikiran.

"Ingat! Kalau dia ada tanya benda yang buat kau blur. Just ya kan aje. Jangan melawan kata dia."

Sofea tertelan air liur dan kemudian bibirnya tersenyum kekek.

"Tak jadi pula. Sebab saya...."

Think Sofea! Think! Jawapan apa aku nak bagi ni alahai... Kang kalau aku jawab, lagi suspicious karang. Ish! Apa pulak betina tu cakap dekat dia semalam...

CEO MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now