🌺BAB 1

488 33 3
                                    

Kelopak matanya mencelik perlahan-lahan sebelum dia mengincar luas. Dia sudah melihat jejaka itu mencangkung dihadapannya dengan tangan mengusap lembut di pahanya.Tudung yang dipakai pula entah ke mana. Memang hidup dia kena culik jer ke. Tak ada benda lain yang menarik ke. Bagi lah makan KFC ke. Ni tidak, culik  lepastu sorok dekat tempat tak ada orang. Bosan tahu tak! Muka pun hodoh. Bagi lah yang hensem-hensem sikit.

"Apa ni main raba-raba badan orang?! Awak kecik-kecik tak sekolah ke setan?! Tuih!" Itulah antara teknik Sofea yang mahu melepaskan diri. Sumpah orang tu macam-macam dan berkahir lah dengan ludahnya. Dia mahir dalam berlawan dengan menggunakan mempertahankan diri. Tetapi sejak kemalangan 5 tahun lepas, dia semakin takut untuk berlawan, sebab yang kena padah adalah keluarganya dan bukan dia.

Sejam yang lepas,

Jam tepat pada pukul dua petang, Sofea menyenggol perutnya yang acapkali bergema sahaja dari tadi. Tanda menyuruhnya untuk pergi mencari makan. "Laparnya... Aku ni dahlah kuat makan but still kurus cekeding lagi...haih. Kalau aku tahu lapar macam ni, aku boleh jer makan banyak time breakfast tadi," omelnya seorang diri. Tiba-tiba keluar lagu kegemarannya Taylor Swift, enchanted. Iphone 12 menyeluk keluar dari kocek seluar. Matanya melihat pesanan What's app yang tiada dalam kenalannya. Dahi gadis itu berkerut seribu sebalik sahaja melihat pesanan yang tidak kenali.

*Unknown*

Jalan 1/2 , taman xx .
Lorong sebelah kanan .

Kebetulan hari ni dia perlu berjumpa dengan kawannya yang hampir dua tahun tidak berjumpa. Otaknya ligat berfikir, mungkn pesanan itu dari kawan rapatnya. Logik akal lah kan, mana lah tahu, kawannya dapat telefon baru ke. Lalu, tangan mencapai kunci kereta yang berada di atas meja dan menuju ke kereta alza di luar pagar itu. Pintu kereta yang bercorak kelabu idibuka dan punggungnya dilabuh di atas seat. Dia melulu menuju ke destinasi.

Keretanya berhenti di pagar yang besar itu. Matanya meneliti pemandangan banglo yamg berwarna putih. Cukuplah besar.

"Ini kalau aku jadi menteri pun tak dapat beli rumah ni. Biar betul Lynn duduk sini. Ke aku salah alamat ni." Bisik dirinya. Pagar yang besar itu terbuka dengan sendiri membuatkan bahu Sofea terhincut sedikit. Hatinya mula tidak sedap hati. Perancangannya hendak bertemu kawan lama tapi lain pula jadinya. Kereta mula melepasi pagar itu dan menuju ke arah banglo yang tak jauh dari situ. Sofea meletakkan keretanya di hadapan pintu utama rumah banglo itu. Kakinya melangkah satu persatu sehingga berada di hadapan pintu lalu mengetuknya.

"Assalamualaikum" Satu minit....dua minit... Salamnya tidak disahut.

"Assalamualaikum..." Salam diberi kali kedua juga tidak menyahut.

Tombol pintu utama itu dipulas dengan perlahan-lahan. Tidak berkunci. Kepalanya menjelguk masuk dan memandang kiri dan kanan jika ada orang disitu. Pemandangan dalam banglo cukuplah luas untuk dijadikan padang bola sepak dan stadium. 

"Mana orangya. Hantar message yang bukan-bukan dekat aku. Ini tak, batang hidung pun aku tak nampak. Baik takyah datang." Bengang Sofea.

"Awak cari saya ke?" Seru satu suara garau dari belakangya. Baru sahaja Sofea hendak menoleh ke belakang. Kepalanya telah dipukul dengan batang besi. Membuatkannya tersungkur jatuh pengsan disitu. Dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas kerana otaknya seperti berdesing dalam kepala.

"Weh! Asal kau pergi pukul dia gila?!" Seorang lagi bersuara.

"Lah, nanti dia nampak kita macam mana?" Soal lelaki itu.

"Eh, bodohnya lah kau." 

Sampai situ sahaja lah dia dapat mendengar suara sepi-sepi itu dan terus matanya terkatup. Sofea mencelik matanya perlahan-lahan apabila mendengar suara orang berbual.

CEO MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now