🌺 Bab 46

84 8 0
                                    

"Abang." panggil Qistina ringkas sambil menoleh ke arah lelaki itu.

"Hm? Qis nak pie lagi?" soal Rylan dengan lembut sambil mengelap mulut adiknya dengan ibu jari.

"Bukan. Itu.... kak beauty kan?"

"Mana?" Kepalanya meninggi-ninggi mencari apa yang ditunjuk oleh Qistina.

"Tu ha"

"Mana? Tunjuk lah betul-betul."

"Ish. Mata abang dekat celah bontot ke. Tuuu. Dekat pintu."

"Mana? Oh. Biar jerlah. Dia tak kacau Qis pun." kata Rylan sambung menyudu makanan itu.

"KAKAKK BEAUTYYY!!!" lantang kuat Qistina memanggil Sofea dari jauh. Semua orang di sekelilingnya terus menoleh ke arah mereka.

"Eh eh pandai nya Qis. Semua orang pandang lah"

"Takpa. Qis kan diva." balas Qistina selamba sambil melambai ke arah gadis itu.

Sofea yang tersentak dengan suara nyaring budak kecil itu turut mengatur langkah ke arah meja mereka.

"Qistina?"

"Hye kakk." sahutnya dengan tersenyum gembira dapat melihat kakak idola.

"Qis buat apa dekat US?" soal Sofea.

"Ayah Qis ada urusan dekat sini. Tapi dah seminggu ayah Qis tak balik-balik. Tak tahu kenapa?" terang Qistina sambil menatap mata biru Sofea.

"Oh...."

Kepalanya mengangguk faham dengan bibir melebarkan senyuman manis kepada budak kecil itu. Comel seperti biasa.

"Ehem!"

"Sorry.... saya tak nampak awak." terkejut dibuatnya apabila Rylan berdeham kuat.

Macam mana lah mata dia boleh tertumpu dekat Qistina jer. Padahal Rylan besar gedabak tu, buta lah namanya kalau tidak nampak.

"Um... Qis dengan.... tambajong sihat?" soal Sofea merinding  melihat wajah lelaki itu. Seperti mahu menumbuk mukanya tanpa sebab.

"Sihat! Qis sentiasa sihat. Sebab Qis makan buah banyak-banyak."  jawab Qistina dengan membuat pergerakan sekali.

"Hahaha. Pandai Qis. Tambajong pulak? Awak.... sihat?"

"Hm macam biasa. Sakit buasir." jawab Rylan dengan selamba.

"Abang ni. Kak beauty tanya elok-elok kan." Qistina sudah mencengkak pinggang.

Tak senang perangai dengan perangai yang ditunjukkan abangnya. Selamba sahaja menjawab sambil lewa.

"Kak beauty, duduk lah sini dengan Qis. Abang order banyak untuk Qis. Makan lah."

"Takpa lah Qis. Lagipun kakak datang sini sebab nak jumpa someone. Tapi tak nampak pulak dia." Pantas dia menolak pelawaan itu.

Lagi-lagi apabila kehadiran Rylan itu tidak menyenangkannya.

"Duduk."

"Hah?"

"Aku kata duduk. Kau pekak ke? adik aku suruh kau duduk, duduk jer lah. Tak payah nak hipokrit sangat." Rylan sengaja menegaskan suaranya melihat reaksi gadis itu.

"Abang ni kan...." Qistina yang meluat dengan perangai abang kandungnya sudah menampar pipi lelaki itu dengan sudu.

"Aargh! Kenapa Qis pukul abang."

"Arwah ibu tak ajar pun abang cakap kasar-kasar dengan perempuan."

"Tak habis-habis nak ceramah aku." Roman ceria Qistina dijeling sekilas apabila budak kecil itu kembali senyum riang.

CEO MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now