Aku merebahkan badanku atas katil sebaik masuk ke dalam rumah. Beg pun sudah dicampak atas lantai. Malas kan? Memang pun. Tak pasal-pasal kena naik grab. Pagi tadi abang siap jerit-jerit lagi pakai speaker. Mana entah dia pergi pun tak tahu.
Aku bangun dan mencapai tuala yang sudah disangkut dalam almari. Lalu kaki terus mengatur masuk ke dalam bilik mandi. Sesudah itu, kakiku menurun tangga. Dari atas aku sudah mendengar ke tang ke ting di dapur. Yang lain yang tak bukan, sudah semestinya mamaku.
Aku menjengket satu persatu ke arah mama. Kalau boleh, jangan bagi langsung bunyi derapan tapak kakiku berjalan. Satu... dua.... ti..
"Adik.... mama cubit nanti," kata Datin Zahrina dengan sibuk mengaul pasta dalam kuali. Wow, dah macam master chef aku tengok.
"Eish, how do you know? Mama ada mata dua je," bibirku mencebik sambil memandang mamaku.
"Adik bernafas kuat sangat. Macam mana mama tak dengar," balas Darin Zahrina sambil menyedok semua pasta ke dalam mangkuk kaca.
Aku dengan spontan menghembuskan nafas ke tapak tanganku. Busuk! Bau bangkai adalah! Padahal dah kali kelima aku gosok gigi dan pakai deodoran. Eh deodoran dekat ketiak. Ajaran sesat mana yang aku ikut ni pulak.
Tapikan masa aku cakap dengan mamat tu dekat sekolah, tak ada pulak dia kata busuk. Entah-entah dia tahan bau nafas aku. Awww manisnya dia....
"Adik!"
Aku terperanjat melompat dan terus menoleh ke arah mamaku.
"Ya-ya! Kenapa?" Aku menyoal selamba seperti tiada apa-apa berlaku. Bayangan jejaka mafia tadi hilang sekelip mata.
"Jodoh mana yang adik berangan sangat tu. Meh, bawak jumpa Mama. Kalau handsome Mama accept," bidas Datin Zahrina sambil memcengkak pinggang memandangku.
"Hish, Mama ni. Ada ke main fitnah-fitnah jodoh." Aku mencebik bibir sambil mataku menjeling tajam ke arah mama.
"Dahtu? Tiba-tiba aje kerang busuk ni dah kenapa. Tak malu eh? Ha? Tak malu?" bidas Datin Zahrina dengan jari mencucuk- cucuk pinggang aku.
Tangan aku menjadi pelindung dari kesakitan di pinggang. Kalau tidak, seperti beribu-ribu duri landak menyerang pinggang aku ini.
"Bila masa adik kerang busuk. Adik just teringat benda kelakar aje," tipuku sambil mengelus lembut pinggang aku.
"Dah-dah. Tolong Mama ambik phone mama dekat atas sekejap. Tadi Mama ada kemas dalam bilik abang. Rasanya atas meja kut Mama letak," arah Darin Zahrina sambil tangan sibuk meletakkan pinggan-pinggan yang hendak dihidang di atas meja.
"Adik akan ambik kalau Mama bagi RM 10," aku beromong dihadapan Mamaku.
"Amboi, amboi, amboi.... Well, if you don't want to. It's okay. Tapi.. jangan sesekali makan pasta mama."
"Hahaha, okay-okay. Adik pergi ambik lah ni."
Aku ketawa sakat dengan gelagat Mamaku. Ini barulah namanya Ibu borek, anak rintik. Kalau aku kerja dekat syarikat dengan arwah Papa. Sudah semestinya mereka kenal aku, walaupun tak pernah nampakku. Perangai mama dengan aku hampir seiras. Bukan setakat seiras sahaja, dah sebijik!
Aku mendaki tangga lalu menuju ke bilik abangku, Zafran. Bukan lah jauh manapun, Hanya bersebelahan dengan bilik aku. Aku dengan selamba menendang jerkah pintu biliknya. Macam apa yang dia selalu buat padaku setiap pagi. Do I care.
Mata aku melirik mencari telefon mamaku dan tertangkap di atas meja warna putih itu. Mungkin itu adalah tempat abangku main game Valorant. Kalau boleh aku mahu mengusik barangnya lagi, tapi disebabkan mama sudah terjerit-jerit dari bawah. Terpaksalah aku turun.
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
RomanceStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...