Selesai solat zuhur, sejadah yang dibentang itu dilipat semula diatas katil. Semalaman, tidur tanpa suaminya lagi sekali. Fikiran rasional nya sudah bermain perasaan hatinya. Lantas kepalanya digeleng berkali-kali lalu kedua-dua tangannya menampar pipi gebu itu.
Sebagai seorang isteri, dia perlu memahani suaminya. Kakinya mengatur langkah menurun tangga lalu menuju ke arah dapur. Peti sejuk itu dibuka untuk mencari bahan masakan. Bibir merah jambu itu terukir senyuman. Suaminya pasti gembira melihat macam-macam makanan diatas meja. Ini kali pertama, dia memasak untuk suaminya.
Hidangan yang pertama, tepung-tepung yang sudah ditapis itu disalutkan dengan daging samcan. Sebaik minyak dalam kuali itu sudah panas, daging-daging itu dimasukkan ke dalam kuali.
Hidangan yang kedua, kentang yang dihiris nipis dilapisi dengan campuran krim, mentega dan bawang putih. Diatasnya ditaburi dengan thyme dan morazella lalu membakarnya di dalam ketuhar selama 45 minit.
Hidangannya yang terkakhir ialah spagetti carbonara. Air coklat yang telah dihias dengan oreo dan biskut di keluarkan dari peti sejuk. Setelah itu, dia menghidangkan semua makanan yang sudah dimasak olehnya di atas meja.
Hidangan pertama => Samcan goreng Hakka Style
Hidangan kedua => Parmesa potato gratin
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
RomanceStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...