"Fea!" Lynn terus dapatkan Sofea apabila melihat sebuah kereta Rolls Royce berwarna hitam dan dua buah kereta mercedes benz berwarna kelabu.
"Mana kau pergi semalaman?! Orang telefon tak angkat, chat tak reply" dekap Lynn dengan erat tubuh kecil gadis itu.
"Sorry Lynn, phone aku kena culik..." terang Sofea apabila pelukan Lynn dileraikan.
"Ouh... Jom masuk dulu. Patu kau explain dekat aku A to Z ok? Dah jom masuk" lengan Sofea ditarik oleh Lynn.
"Beb aku...."
"Kenapa ni?" soal Lynn apabila melihat wajah Sofea sudah pucat. Letih agaknya.
"Aku nak kahwin hari ini dekat Spain." Fea sudah cuak dengan reaksi Lynn.
"What?! Kahwin? Dengan siapa? Asal tiba- tiba balik nak kahwin ni? Fea jangan yang kau dah terlanjur dengan mana-mana lelaki tak?" teka Lynn dengan penuh terkesiap. Mereka dah berkawan dari sekolah rendah lagi. Mustahil setiap inci kawannya dia tidak kenal.
"Mana ada! Kau pun kenal aku kan. Aku pandai jaga diri aku. Aku kahwin dengan dia pun terpaksa" terang Fea yang sudah menggeletar takut.
"Dia? Siapa dia?".
"Tu." kata Sofea sambil menoleh ke arah Willias yang sedang bersandar di pintu kereta sambil tangannya sudah berada dalam kocek seluar.
"Itukan....." bisik Lynn apabila mamandang wajah Willias.
Willias yang hanya menunggu disitu menoleh ke arah mereka berdua. Dia cukup kenal dengan kawan baik gadis itu. Lynn Afrina. Kakinya mengatur langkah ke arah mereka.
"Cepatlah kemas barang kau. Aku tunggu dekat luar." kata Willias dengan cukup lembut.
"Tt...tapi" rasa bersalah pula untuk meninggalkan Lynn di situ.
"It's ok. Bagi aku settlekan. Kau pergi kemas barang kau."
"Okay..." kata Sofea sepatah lalu mengatur langkah masuk ke dalam rumah.
Sebaik sahaja kelibat Sofea hilang dari pandangan mereka berdua. Lynn memulakan perbicaraan.
"Apa lagenda kau? Aku tak izinkan kau kahwin dengan dia. Cukup-cukuplah dia derita sebab kau." kata Lynn dengan bersuara dingin.
"Heh. Kau mak bapak dia ke nak halang aku?" sinis Willias.
"Mak bapak? Hah! Kau yang bunuh parents dia. Sekarang kau nak guna dia. Eh, manusia macam kau ni tak patut wujud lah dekat bumi. Menyusahkan orang jer!. Jantan macam kau ni patut mati jer!" balas Lynn dengan suara dingin.
"Apa masalah kau kalau aku bunuh parents dia pun. Lagipun aku kahwin dengan dia sebab terpaksa lah. Kau ingat aku hamak sangat ke nak kahwin dengan dia."
"Terpaksa? Apa maksud kau terpaksa?"
"Kau tak perlu tahu. Ini hal aku dengan dia. Takyah sibuk hal orang."
"Aku ni kawan dia lah giler! Ini hal aku jugak. Masalah aku jugak!" suara Lynn sudah melunak tinggi pada Willias.
"Kau lupa ke apa yang kau dah buat dekat dia? Dia koma 2 tahun!. Kau sikit pun tak jenguk dia!. Sekarang kau nak kahwin dengan dia. Manusia jenis apa kau ni. Disebabkan kau dia hilang ingatan. Dia hilang hidup dia. Kau tahu tak?!" kali ini suara Lynn sudah membara.
"Ayah aku nak buru dia." kata Willias dengan mendatar.
"What?"
"Ayah aku dapat tahu dia hidup lagi. Kali ini, ayah aku akan dapat dia hidup-hidup. Kalau dia kahwin dengan aku, korang semua akan selamat termasuk dia." ujar Willias membuatkan dahi gadis itu berkerut seribu. Apa maksud lelaki ini..
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
RomanceStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...