Gelap sahaja pemandangannya, tak nampak apa. Boleh dikatakan dah seperti buta. Lynn semakin takut dengan bunyi sekelilingnya. Bunyi orang main besi, bunyi orang asah pisau dan bunyi perempuan jerit pun ada. Dia mula bernafas dengan kuat. Mana tak cemas kalau tangan dah kena ikat, mulut pula disumbat dengan kain. Kepalanya terpusing kiri-kanan apabila terdengar bunyi tapak kaki semakin kuat. Seakan-akan makin dekat dengannya.
"Boleh slow kan sikit tak movie tu? Macam kau jer terpaling ada laptop," kata seorang lelaki dengan nada garau.
Segala bunyi yang menakutkan itu, makin perlahan. Baru lega sedikit hatinya. Oh, jadi bunyi tadi itu dalam cerita tu rupanya.
Apabila lelaki itu buka penutup mata, Lynn mengecilkan matanya kerana sakit dengan sinaran lampu yang tiba-tiba sahaja menembus. Matanya cuba menumpu muka lelaki itu bagi jelas semula. Lelaki yang lebih kurang tinggi 170cm ke atas, mukanya pula jenis baby face.
"Hye, good morning sunshine!" Sapa lelaki itu sambil tersenyum manis pada Lynn.
Lynn mula bernafas dengan laju, gelisah. Dia cuba keluarkan suaranya sekuat hati tetapi mulutnya pula disumbat dengan kain putih. Tangan pula diikat ketat dibelakang kerusi. Melihat seorang lelaki sedang berpeluk tubuh berdiri di hadapannya. Seorang lagi lelaki sedang duduk di kerusi, jaga pintu sesiapa yang hendak masuk sambik-sambil dia tengok cerita Terrifier.
Bilik yang dindingnya berwarna kelabu dengan langsung tiada tingkap, hanya tinggal jamban untuk membuang sahaja. Rupa seperti penjara pun ada. Lelaki itu menunduk sedikit sebelum kepala Lynn diusap lembut. Kain yang disumbat itu dikeluarkan.
"Jangan sentuh aku lah jijik!" Bengang Lynn pada lelaki itu.
"Hahaha... don't you remember us?" Soal lelaki pada gadis itu.
Lynn hanya berkerut dahi, lagi dia nak marah. Sesudah pasti lelaki ada penyakit mental. Buat apa nak ingat? Orang penting ke nak kena ingat. Kerja nak menculik ajer. Hati dah sehitam-hitam masa depan, masih nak tambah dosa?
"Eh, kau ingat muka kau ni hensem sangat ke sampai aku nak kena ingat muka kau. Dah lah hodoh. Nak kata cermin diri, tak ada cermin pulak bilik ni. Memang patut aku panggil kau hodoh lah." Fuh! Lega rasa, macam tengah lepas dendam pula.
Terus muka gadis itu dilempang dengan kuat sehingga dia terjatuh rebah atas lantai. Selepas itu, perut pula menjadi mangsa ditendang bertalu-talu tanpa henti. Lelaki yang menonton filem seram itu lantas tersentak. Laju sahaja dia bangun dan mendapatkan kawannya.
"Edric, kau gila ke?! Dah apasal nak sepak dia tiba-tiba ni," ujar lelaki itu sebelum dia menarik kawannya ke belakang.
"Dia menguji kesabaran aku, macam mana aku tak naik angin," jawab lelaki itu sambil memandang bengis pada gadis itu. Pipi Lynn pula nampak sangat merah kerana warna kulitnya yang putih. Kepalanya berpusing sangat, macam nak pitam.
"Kita ni bawah arahan Roy Artha tau. Kita jadikan dia sebagai umpan jer. Takyah lah nak beria sangat pukul dia," kata Felan sebelum dia tolak lelaki itu ke belakang. "Dah, kau keluar. Lebih baik kau pergi ambil angin, pergi-pergi." Halau Felan.
Edric masih tak pandang puas hati melihat muka gadis itu. Lynn tergelak kecil sebelum dia menahan perit sakit. Lelaki itu mengatur langkah keluar lalu pintu dihempas kuat membuatkan budak-budak yang lain takut dengan baran Edric. Felan mengangkat perlahan-lahan gadis itu. Dia mengibar-ngibar seluar Lynn supaya kotorannya hilang.
"Aku minta maaf bagi pihak dia. Dia pantang diuji sikit," kata Felan dengan mendatar. Gadis itu masih terasa sakit pada perutnya, macam ada kesan lebam.
"Tapi aku tengok lu macam tak kenal kami? Kamu ada amnesia ke?" Sambung Felan lagi."Eh, siapa kau orang ni nak suruh aku ingat. Daripada kau paksa aku ingat, apa kau bagitahu jer. Otak aku ni ingat Tuhan je," kata Lynn dengan nada marah. Menyampah dengar soalan yang sama.
"I'm so sorry, young lady. Let me introduce myself properly." Felan bangun dan berdiri betul-betul dihadapan Lynn.
"Aku Felan," katanya mendatar sambil tangan letak di dada. "If you know, kita orang bertiga pernah culik Sofea Adlena, kawan kau dan bakar rumah Willias." Sambungnya lagi.
"I see... so kau orang lah punca dia ada anxiety disorder. Eh nak tahu something? Sampah masyarakat macam kau orang ni, boleh pergi mampus lah!" Jawab Lynn dengan meninggikan suaranya pada Felan.
"Wait, yound lady. Aku tak habis lagi cakap. Sebenarnya, kita orang berempat. Lagi dua dah matı dekat tangan Willias dan tinggal lah kita orang berdua jadi budak Roy Artha, bapak kepada Willias. Pada asalnya, kita orang berempat kerja di bawah King tapi dia kena bunuh tanpa sebab and until now we don't know who did." Jelas Felan dengan penuh teliti. Sebaik sahaja Lynn hendak buka mulut dan marah, Felan cepat-cepat sambung kata-katanya.
"Before you open your mouth and curse at me. Wait for a moment." Felan mengatur langkahnya ke belakang kerusi dan ikatan yang ketat itu diuraikan. Begitu juga ikatan di kaki gadis itu.
Lynn yang melihat tindakan Felan itu sangat menakutkan. Ada patut musuh lepaskan mangsa. Berkerut seribu dahinya. Takutnya sampaikan nak ajer dia suruh lelaki ini ikatnya semula.
"Why?" Soal Lynn ringkas.
Felan hanya senyum dengan soalan gadis itu.
"Cause I'm tired all of this and I want to stop." Jawab lelaki itu dengan seikhlas hati.
Pintu besi bilik itu dibuka dengan kinjat sehinggakan Lynn dan Felan terkejut serentak.
"Aku dah agak dah. Kau memang penakut kan?" Kata Edric sambil mengacu pistol ke arah Felan.
"Edric, kita patut stop and start our new life. Sampai bila kita berempat nak hidup sebagai pembunuh? Ya, betul kau kata duit haram halal tu letak tepi. I know Roy Artha bayar kita dengan cukup banyak. But are you sure that's our happiness?" Tanya Felan yang mengangkat kedua-dia tangannya sambil badannya melindungi Lynn.
"Kau tak payah lah nak hasut aku dengan baik kau tu. Aku kenal kau dah lama lah, Felan. Kau sama jer macam kita orang. Tapi tulah, aku tak faham macam mana kau boleh berubah seratus peratus. Kau ada tertelan salah ubat ke macam mana ni. Or... ajal kau nak sampai dah ha? Hahaha... you're funny bro." Jawab Edric pula. Sudah 10 tahun mereka berkawan. Masing-masing memilih jalan yang sama untuk teruskan hidup. Tapi disebabkan seorang lain semuanya menjadi hilang.
Tiba-tiba terdengar tembakan yang sangat kuat diluar pintu. Edric menoleh ke arah pintu itu sebelum dia menoleh semula ke arah Felan.
"I'm so sorry. I'm really want to stop this." Kata Felan.
"Kau memang celaka!" Sebaik dia melepaskan tembakan, Felan sempat lagi mengelak dan terus keluarkan pisau di belakang lalu baling tepat ke arah dahi Edric. Felan hanya melihat Edric jatuh rebah ke atas lantai. Hatinya lusuh melihat kawan yang sudah bersama 10 tahun telah dibunuh di tangan sendiri. Lynn bangun dari kerusi itu dan menepuk bahu Felan.
"Kau buat benda yang betul." Katanya.
Felan hanya senyum dengan kata-kata gadis itu. Kurang lah rasa sedih itu sedikit.
"Let's go. Aku bawak kau jumpa yang lain dan baru lah kita boleh pergi last mission." Kata Felan.
"Last mission? What do you mean?" Soal Lynn. Mission? Jadi sekarang ni di dalam misi combat ke.
"Yes, which is mission about your friend and Willias." Jawab Felan dengan tersenyum manis sebelum dia mengatur langkah keluar dari bilik itu.
Lynn masih berkerut seribu. Apa yang dimaksudkan lelaki ni pun tak tahu. Dia mengikut langkah Felan dari belakang. Mayat Edric dilangkah begitu sahaja.
YOU ARE READING
CEO MAFIA HUSBAND
RomanceStart : 19 December 2021 End : ??? Write by : @beautybattlez Status : Ongoing First Novel : CEO MAFIA HUSBAND Willias Roy hilang ingatan gara-gara ayahnya iaitu CEO Mafia. Dia langsung tidak ingat apa hubungan dia dengan Sofea Adlena. Sampailah...