"Tahniah, puan. Puan mengandung. Dah masuk 5 minggu."
Hellen terlopong. Betulkah apa yang dia baru dengar? Mengandung? Dia mengandung?
"Hah? Be... betulkah, doktor? Saya mengandung?" Hellen menginginkan kepastian.
Doktor Hamza mengangguk-anggukkan kepala seraya tersenyum manis. Dia faham perasaan Hellen ketika itu. Mengandung anak pertama sudah semestinya sungguh menggembirakan hati setiap wanita yang bakal bergelar ibu.
Hellen menekup mulutnya yang masih terlopong. Kalau boleh, nak saja dia menangis di situ. Setelah sekian lama dia menanti khabar gembira ini, akhirnya tiba juga saatnya. Tak menyangka dia akan memegang gelaran 'ibu' suatu hari nanti.
"Puan banyakkan berehat, okey? Jangan buat kerja berat. Jaga badan untuk kesihatan kandungan puan. Pemakanan pun perlu dijaga, tahu? Paling penting, kurangkan makan makanan bergula tinggi sebab kadang-kadang, dari mengandung inilah boleh dapat kencing manis." Nasihat Doktor Hamza lembut.
"Ba... baik, doktor. Terima kasih banyak-banyak, doktor." Hellen menggenggam kemas tangan mulus Doktor Hamza seketika sebagai tanda 'terima kasih' nya yang ikhlas dari hati. Doktor Hamza pula hanya membiarkan saja sambil tersenyum manis. Sudah pasti dia turut menumpang gembira dengan berita itu.
※※※
Hellen melangkah keluar dari hospital besar kerajaan itu bersama sebuah senyuman bahagia. Tidak sabar rasanya untuk menyampaikan khabar gembira itu kepada suami tercinta.
Hellen berfikir sejenak. Kebetulan hari jadi Romy hanya tinggal 2 hari lagi. Lebih baik dia menunggu hari jadi suaminya tiba dan berita gembira itulah akan menjadi hadiah hari jadi Romy nanti. Lagi pun, Romy masih belum dapat balik dari tempat kerjanya di kilang sabun sana.
Telefon dikeluarkan dari beg sandang kecilnya lalu mencari nama 'Husband' di senarai nombor yang disimpan sebelum butang hijau ditekan. Kebetulan sekarang dah pukul satu petang. Memang waktu rehat suaminya di tempat kerja. Terasa rindu berbaur teruja pula rasa hatinya ingin bercakap dengan si suami.
Tut... tut...
Tut... tut...
Tut...
"Hello, sayang?" Terdengar suara sapaan lembut di hujung talian.
"Hai, sayang!" Balas Hellen penuh teruja.
"Eh! Macam happy sangat ja sayang ni. Haha!" Romy tertawa lembut. Terasa lucu pula Hellen menyambut salamnya dengan sungguh teruja. Mesti ada sesuatu yang membuatkan hati wanita itu senang hati.
"Mestilah happy. Sebab Hellen dah rindu sangat dengan Romy. Romy dah makankah?" Soal Hellen yang masih dengan nada terujanya tadi.
"Saya pun rindu sayang juga. Tak apa. Dua hari lagi bolehlah jumpa. Time tu sayang peluk lama-lama pun tak apa. Haha! Pasal makan tu, belum lagi. Nanti baru makan. Belum lapar lagi." Balas Romy sedikit panjang.
"Nanti makan tahu, okey? Tak sabar rasanya tunggu Romy balik."
"Saya pun tak sabar nak jumpa dengan wife tercinta saya ni. Tunggu sekejap lagi ya, sayang? Dua hari lagi saya dah boleh balik rumah jumpa sayang. Nanti saya bawa sayang jalan-jalan. Lepas tu, bawa sayang pergi makan banyak-banyak. Sekali sambut hari jadi saya kat luarlah." Sekali lagi Romy tertawa lembut di hujung talian.
Macam tu lah mereka setiap kali berhubung di dalam telefon. Mesra sungguh. Belum lagi kalau berjumpa depan-depan. Lagi mesra dari ini. Semut pun boleh pengsan melihat mereka berdua.
"Apalah Romy ni. Tak payahlah kita makan kat luar. Biar Hellen masak kat rumah. Jimat sikit duit kita." Halang Hellen.
"Tak apalah. Dah lama tak makan sedap-sedap. Apa salahnya sekali-sekala makan kat luar. Kan, sayang? Lagi pun, bukan selalu bawa sayang keluar makan. Apa salahnya?"
"Tak apa. Biar Hellen masak kat rumah, okey? Lagi pun, kan hari jadi Romy." Hellen masih tetap berkeras dengan keputusannya. Dia mana mahu rancangannya ingin memberi kejutan kepada Romy gagal.
"Hm... okeylah, sayang. Boleh juga! Tiga hari tak balik rumah ni, rindu pula masakan kesayangan saya ni." Romy tertawa kecil lagi.
"Eh! Sayang. Dah habis masa rehat ni. Sayang? Saya sambung kerja balik ni, ya? Nanti saya call sayang lagi, okey? I love you, honey!"
"Okey. I love you too, Romy sayang." Balas Hellen sebelum talian dimatikan.
Hellen tersenyum manis sehingga terserlah lesung pipit di kedua-dua pipinya. Sungguh dia tak sabar ingin bersemuka dengan si suami.
'Romy sayang. Cepat-cepat balik ya. Hellen dah tak sabar nak bagitahu yang awak bakal jadi ayah.'
xxxxxxxxxx
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...