"Ryan... kiss mummy, please?" Rayu Hellen sambil memuncungkan bibirnya dan menadah pipi kirinya ke depan tanda ingin dicium.
Cup!
Sebuah ciuman hinggap di pipi mulus Hellen. Memang begitulah perangai manja anak dan ibu itu sebelum si ibu berangkat ke tempat kerja.
"Kalau saya, boleh tak?"
Suara itu mengejutkan Hellen dan Ryan sebelum mereka sama-sama berpaling ke arah empunya suara.
"Carl?"
"Uncle Tal!" Tegur Ryan penuh teruja. Pasti dia rindukan lelaki itu setelah sekian lama tidak berjumpa.
"Ryan!" Balas Carl seraya memeluk si kecil itu. Sungguh dia merindukan Ryan.
"Ryan? Nah! Ini untuk Ryan." Carl menyerahkan sebuah beg kertas berwarna coklat di tangannya.
"Hm?" Riak Ryan penuh hairan. Mungkin tertanya-tanya apa isi di dalam beg kertas itu.
"Ini hadiah untuk Ryan. Dari Uncle Carl." Ujar Carl seraya tertawa kecil melihat reaksi comel dari Ryan.
"Wah!" Pantas Ryan memeluk beg kertas itu bersama sengihan manisnya.
"Eh! Awak beli hadiah untuk Ryan?" Soal Hellen penuh segan. Tambah-tambah pula orang itu ialah Carl.
"Ya. Beli untuk Ryan. Mesti dia dah bosan dengan mainan lama dia." Balas Carl seraya tersenyum manis.
"Terima kasih. Tapi tak payahlah beli untuk dia lagi. Nanti terbiasa dia minta belikan hadiah." Tegur Hellen lembut berbaur segan di hati.
"Apa salahnya? Saya beli untuk anak saya." Ujar Carl lembut sambil memandang tepat ke arah anak mata Hellen.
Hellen terdiam seketika sebelum memalingkan pandangannya ke arah Ryan. Tidak berani memandang wajah Carl yang tidak jauh kacaknya juga. Tetapi macam mana baik dan kacak pun Carl, hatinya tetap tidak dapat menerima lelaki itu. Entah kenapa keras sungguh hatinya ingin menerima orang baru lagi.
"Carl cutikah?" Hellen cuba menukar topik.
"Ya. Saya ambil cuti sebab nak jenguk korang semua. Rindu sangat." Balas Carl lembut sambil memandang Ryan yang sibuk membuka hadiahnya dari Carl tadi.
"Wah! Eta!" Seru Ryan sambil mengangkat mainan kereta berwarna biru itu. Tidak kurang besarnya juga untuk Ryan yang masih berbadan kecil.
"Cantik tak? Ryan suka?"
"Uka! Engkiu!" Ucap Ryan bersama suaranya yang penuh teruja.
"Sama-sama, Ryan." Carl tertawa kecil melihat gelagat Ryan yang comel. Geram hatinya melihat kedua-dua lesung pipit di pipi Ryan itu. Sama seperti ibunya yang juga mempunyai lesung pipit di kedua-dua pipi.
"Awak dah makan?" Soal Carl penuh prihatin.
"Belum. Tapi mak ada bekalkan untuk saya pagi ni. Nanti kat tempat kerja baru saya makan."
"Kalau macam tu, biar saya bawa awak pergi makan dulu sebelum hantar awak pergi kerja..."
"Tak perlu!" Potong Hellen pantas.
"Kenapa?" Soal Carl yang tersentap apabila Hellen memintas kata-katanya tadi.
"Er... sebab saya dah nak masuk kerja. Masih ada setengah jam lagi ni nak masuk kerja." Balas Hellen perlahan.
Bukan dia tak nak bersarapan pagi dengan Carl. Cuma dia risau jika dia terlambat masuk ke ofis. Sedangkan hanya lewat beberapa saat pun Romy dah membising. Dia tak nak mencari masalah dengan ' si singa' itu.
"Oh... kalau macam tu, saya hantar awak ke tempat kerja. Okey?" Pelawa Carl ikhlas.
"Mm... Okey! Yang tu boleh. Terima kasih, Carl." Ucap Hellen ikhlas. Sudah banyak budi baik yang Carl bagi kepada dia dan keluarga kecilnya. Sudah tentunya dia perlu berasa segan dengan doktor muda itu.
"Okey, Jom!"
*****
"Berapa hari awak cuti, Carl?" Soal Hellen yang cuba mengelak dari suasana sunyi di dalam kereta.
"Sehari ja. Tak cukup rasanya cuti sehari. Tak cukup nak lepaskan rindu kat Ryan, awak, dan mak awak." Balas Carl sambil memandang Hellen sekilas sebelum kembali fokus ke depan.
"Oh... memang tak dapat ambil cuti lama sikitkah?"
"Tak. Sebab esok ada patient yang nak saya uruskan. Tu yang tak dapat cuti lama tu. Kenapa? Rindu sangat kat sayakah sampai nak saya cuti lama-lama?" Balas Carl yang sengaja ingin menyakat Hellen. Dalam masa yang sama, dia juga ingin mendengar jawapan dari mulut Hellen.
"Bukan macam tu maksud saya. Cuma, letihlah awak ulang-alik. Bukannya dekat tu." Balas Hellen polos.
Carl hanya tersenyum nipis apabila mendengar balasan Hellen. Nampaknya Hellen masih tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya. Susah benar ingin mendapatkan hati Hellen yang keras seperti batu itu. Adakah sebab Hellen masih belum dapat melepaskan bekas suaminya dulu? Entahlah.
"Betulkah Hellen tak nak sarapan dulu? Sekurang-kurangnya bertenaga sikit Hellen buat kerja nanti." Carl menginginkan kepastian.
"Ya. Saya tak boleh lewat, Carl. Bos saya tu tegas sikit. Tak boleh lepas dari jam kerja." Balas Hellen pula.
"Okey. Tapi tengahari nanti biar kita makan lunch sama-sama, okey? Kita makan sebelum saya balik semula ke sana." Pelawa Carl. Mana mungkin dia nak merugikan masanya untuk bersama dengan wanita yang dia cintai.
"Erm... okey. Boleh juga. Nanti saya rehat pukul 12 tengahari. Awak jemput sayakah?" Setuju Hellen. Tak terfikir yang Romy kadang-kadang suka menahannya keluar rehat.
"Mestilah saya yang jemput awak. Okey. Nanti pukul 11 setengah saya tunggu awak, okey?"
Hellen menganggukkan kepala seraya tersenyum. Sanggup betul Carl nak menunggu awal dari jam rehatnya. Adakalanya serba-salah hatinya kerana sentiasa menolak untuk menerima perasaan Carl. Tetapi, apa boleh buat. Hatinya sendiri yang tidak dapat menerima doktor itu. Soal perasaan tidak dapat dipaksa.
********
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...