Bab 23

4K 56 0
                                    

"Kau kat mana?!" Marah Romy.

"Saya dah ada kat sini. Mana pemandu bos? Takda pun kat sini?" Soal Hellen yang masih sibuk menjenguk ke kiri dan ke kanan. Takda pun kereta pemandu si Romy muncul-muncul dari tadi.

"Memanglah tak ada! Sebab dia bukan pakai kereta Mercedes hitam aku tu! Kali ni pakai yang Lamborghini putih!" Ujar Romy yang masih dengan suara garangnya. Pantas sengaja ditutupnya telefon untuk menimbulkan perasaan geram di hati Hellen.

Hellen memandang telefonnya sambil mengetap bibir. Geram sungguh hatinya dengan perangai Romy yang makin menjadi-jadi. Tak habis-habis nak buat dia sakit hati.

Pantas Hellen berpaling semula ke arah kereta Lamborghini berwarna putih yang sudah terparking tidak jauh dari tempatnya berdiri. Oh... patutlah dari tadi bayangan kepala pemandu dalam kerete tu asyik tengok dia ja.

Tanpa membuang masa, Hellen terus berlari perlahan menuju ke pintu kereta belakang sebelum membuka pintu itu.

"Maaf... saya tak tahu kalau encik pakai..."

"Oi! Ingat aku 'supir' kah? Duduk depanlah!"

'Aik? Garangnya. Kejap. Macam kenal ja suara.'

Pantas Hellen mengangkat wajahnya ke arah pemandu itu. Eh? Romy?

"Kau pandang apa lagi? Ke depanlah!" Tegas Romy dengan muka garangnya.

"Hah? Oh! O... okey..." Balas Hellen perlahan sebelum menutup kembali pintu belakang dan berpindah ke depan.

Kereta memecut laju meninggalkan tempat itu setelah pintu kereta ditutup Hellen. Hish! Ganas sungguh pak singa ni bawa kereta.

"Dah makan belum?" Romy membuka mulut bertanya tanpa memandang Hellen.

"Dah." Balas Hellen sepatah.

"Baguslah."

"Bos? Bukan bos kata pemandu bos yang ambil sayakah? Kenapa bos yang ambil saya?" Kening Hellen sedikit terangkat.

"Kenapa? Jadi, kau rasa kau special lah sekarang ni sebab bos yang ambil kau?"

Hish! Mulalah tu nak main sindir dengan dia. Orang tanya ja kot. Tak bolehkah terus jawab ja soalan dia tadi.

"Taklah. Saya tanya ja." Balas Hellen perlahan.

"Suka hati akulah. Aku nak ambil kau sebab takut pemandu aku pun jadi mangsa kau. Siapalah tahu kan, pemandu aku pun kau nak kikis. Gaji pemandu aku tu pun besar juga. Tak mustahil kau nak pemandu aku tu jadi mangsa kau."

Hellen hanya mengetap bibir sambil memandang ke luar tingkap. Malas nak hadap Romy yang tak habis-habis nak cari pasal dengan dia. Mulut kalahkan perempuan!

"Sekarang kita direct ke butik tu. Aku ikut kau tunggu sana." Ujar Romy setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri.

"Okey." Hanya sepatah jawapan sahaja diberikan kerana dia malas nak bercakap banyak dengan lelaki itu. Tak pasal-pasal kena tembak lagi dengan Romy.

Hampir sejam mengharungi perjalanan, akhirnya kereta Romy masuk ke perkarangan sebuah kedai butik mewah. Terbuntang sedikit biji mata Hellen melihat bangunan yang kelihatan sungguh mahal itu.

"Si... sini?"

"Ya lah. Kenapa?"

"Macam... mahal ja bos..." tergagap sedikit Hellen bersuara.

"Takpa. Potong gaji bulan depan."

"Hah?"

Ternganga sedikit mulut Hellen dibuatnya. Potong gaji pula dah. Yang bawa ke sini bukannya dia, tapi lelaki tu sendiri. Buang tabiat betul!

"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️Where stories live. Discover now