Sudah genap sebulan dia bekerja di syarikat Romy, hampir setiap hari hidupnya tak tenang. Sering dimarah, ditengking, dan disuap pula dengan kertas kerja yang berlambak. Sungguh hatinya kusut. Nak jadi gila pun tak sempat sebab dah terlalu sibuk nak menyiapkan kerja.
"Apahal dengan fail yang ni? Kau ni buat kerjakah, atau buat tahi untuk aku? Bukan macam ni yang aku nak!" Tengking Romy seraya membaling fail hijau di tangannya ke atas lantas.
Hellen hanya menahan rasa hatinya yang penuh kecewa dengan sikap Romy. Langsung tidak menghargai kerjanya yang dia siapkan dari pagi hingga malam itu. Bukan senang dia nak membaca kertas-kertas kerja yang penuh dengan tulisan dan lakaran. Bukan sehelai dua, tetapi berhelai-helai!
Dia pun tahu semua itu bukanlah tugas dia. Tetapi, Romy sengaja mengambil kerja-kerja orang lain untuk diberikan kepada dia agar dia sentiasa dipenuhi dengan kerja.
"Aku nak kau buat semula! Mesti siapkan hari ni juga!" Arah Romy dengan nada marahnya.
Hah? Buat semula? Gilakah? Sedangkan kerja yang Romy bagi pagi tadi pun masih menggunung di atas meja. Inikan pula nak buat semula? Romy ni memang sengaja tak suruh dia balik rumahkah apa?
"Kau tunggu apa lagi kat situ? Buatlah kerja!"
"Kenapa awak buat saya macam ni, Romy?" Hellen mula memberanikan diri untuk membuka mulut. Tidak ada lagi panggilan 'bos' dari mulut munggil Hellen.
"Apa?"
"Saya kata, kenapa awak buat saya macam ni?" Ulang Hellen dan kali ini dia memandang muka Romy. Dia sudah tidak tahan dengan sikap ego dan pemarah Romy yang sudah melampaui batas itu.
"Kenapa? Ada salahkah kalau aku layan kau macam tu?" Romy memandangnya penuh sinis.
"Ya. Memang salah." Lawan Hellen tetapi masih dalam nada lembutnya.
"Oh! Dah berani nak melawan aku?" Romy mula berdiri dan berjalan perlahan-lahan mendekati Hellen.
"Awak tak boleh layan saya macam ni. Saya bukannya robot yang awak nak saya buat kerja sampai saya tak cukup rehat." Entah dari mana datangnya keberanian Hellen melawan bekas suaminya itu.
"Siapa cakap aku tak boleh layan kau macam ni? Kau memang patut kena layan buruk dari aku! Kau dah lupakah apa yang kau dah buat kat aku 4 tahun yang lepas? Hah?!" Tengking Romy seraya mula mengungkit kisah lama. Nasib baik tingkat itu cuma khas untuk ofis dia dan lelaki itu. Kalau tak, memang semuanya habis didengar oleh pekerja-pekerja lain.
"Jadi, awak nak balas dendam kat saya? Hal kerja dengan kenangan lepas tak ada kaitan pun." Balas Hellen dengan perasaan pilu.
"Ya! Memang aku nak balas dendam pun! Memang ada kaitan! Haha! Masih tak sedarkah? Memang itu pun tujuan kau kena bawa ke sini! Biar kau rasa hidup tertekan macam ni! Lagi satu, perempuan murahan macam kau ni layakkah dapat layanan bagus? Langsung tak ada harga diri!" Hina Romy sepuas-puas hati.
"Apa? Awak cakap saya perempuan murahan?" Tersekat-sekat suara Hellen menutur. Tersentap hatinya bila tahu Romy menganggapnya sebagai seorang perempuan murahan. Sampai hati Romy!
"Ya! Perempuan murahan! Kenapa? Salahkah? Tak murahkah tu kalau dah sanggup tinggalkan suami tak berduit demi nak ikut lelaki kaya? Kau ni langsung takda maruah diri!" Sekali lagi Romy menghina dia.
Hati Hellen terasa seperti disiat-siat dengan pisau tajam. Sampai begitu sekali Romy menghina dia. Romy langsung tak tahu betapa banyak pengorbanan dia untuk lelaki itu dan juga... Ryan. Anak lelaki mereka yang masih belum Romy tahu akan kewujudannya.
"Cukup. Saya tak nak dengar apa-apa lagi." Balas Hellen lemah seraya memalingkan muka. Matanya sudah mula berona merah bersama cecair hangat yang bila-bila masa sahaja akan jatuh membasahi pipi.
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...