Bab 4

4.4K 48 0
                                    

Hellen melabuhkan punggungnya di atas katil dengan penuh perasaan sebak di hati. Mengingati peristiwa malam semalam membuatkan dirinya penuh dengan rasa kecewa dan serba-salah. Kecewa bila Rowenna sanggup memintanya bercerai dengan Romy dan serba-salah ingin meninggalkan suaminya. Dia sangat mencintai Romy. Mana mungkin dia rela ingin berpisah dengan suami tercinta.

Hellen menghela nafas lemah. Sungguh benci ibu bapa mertuanya terhadap diri ini hanya kerana dia bukan dari keluarga 'berada'. Kenapa perlu mereka menilai dia dari segi latar belakangnya? Sudah banyak usaha yang dia lakukan hanya untuk mengambil hati ibu bapa mertuanya tetapi semua itu hanya sia-sia. Langsung dirinya tak dipandang oleh mereka.

"Romy... Hellen rindukan Romy." Getus Hellen perlahan. Terasa sunyi rasa hatinya tanpa ada Romy di sisi.

"Kalau kau nak aku tolong Romy, aku nak kau cerai dengan Romy. Senang ja. Kau tandatangan surat cerai tu, lepas tu kau berambus!"

Hellen memejamkan mata apabila teringat kembali kata-kata yang dilemparkan oleh ibu mertuanya malam semalam. Mana mungkin dia nak tinggalkan Romy. Romy dah banyak berkorban untuk dia dan dia cintakan Romy sangat-sangat.

Bam! Bam! Bam!

Terhenjut bahu Hellen dibuatnya. Siapa pula datang ke rumahnya tengah-tengah malam macam ni? Ketuk pintu pun macam nak robohkan pintu rumah dia.

Bam! Bam!

"Oi! Buka pintu ni!" Tengking sebuah suara garau dari luar pintu itu.

Jantung Hellen berdegup sedikit kencang. Langsung tidak mengenali suara itu. Perlahan-lahan kakinya melangkah ke luar bilik tidurnya.

Bam! Bam! Bam!

Tubuhnya mula menggigil ketakutan. Apa perlu dia buat? Tak patut dia nak buka pintu. Sepertinya orang-orang itu ingin melukainya.

"Kami tahu kau ada kat dalam lah, perempuan! Kalau kau tak nak buka pintu, kami robohkan pintu kau ni!" Tengking suara itu lagi seraya mengugut.

Bam! Bam! Bam!

Hellen menggenggam erat bajunya untuk mengurangkan rasa takut. Kenapa dia perlu diganggu mereka? Apa salah dia? Kalau nak kata 'ahlong', tak mungkin juga. Walau miskin macam mana pun hidup dia dan Romy, tak pernah sekali pun mereka meminjam wang dari kelompok pengganas seperti mereka.

Bam! Bam! Brak!!!

Pintu utama rumah yang disewanya itu terbuka luas apabila ditendang dengan kencang. Kuat sungguh! Habis tercabut tombol pintu rumahnya.

"Oh! Sengaja nak diam-diam. Kami tak bodohlah, perempuan!" Sekali lagi lelaki itu menengking Hellen. Lelaki bertubuh sasa itu melangkah mendekati Hellen yang sudah menggigil ketakutan.

Hellen menekan liur yang terasa pahit. Dia kenal dengan lelaki itu. Itu orang-orang bawahan Rowenna! Bryan. Setapak demi setapak Hellen melangkah ke belakang untuk menjauhkan dirinya dari sekelompok lelaki itu.

"Pegang dia!" Arah Bryan kepada kawan-kawannya. Kedua-dua lengan Hellen pantas ditarik sebelum dibawa ke hadapan Bryan.

"Lepaskan saya! Apa yang awak nak dari saya?" Hellen mula meronta-ronta tetapi tak mampu melepaskan genggaman mereka. Mereka terlalu kuat untuk dilawan.

"Diam! Kalau kau tak nak aku bunuh kau, ikut arahan aku!" Tengking Bryan dengan penuh ganas.

Hellen yang mula mengeluarkan air mata hanya mampu terdiam membisu. Hanya itu yang mampu dia lakukan dalam masa itu. Apalah kudratnya ingin melawan lelaki-lelaki berbadan sado seperti mereka. Dia hanya seperti seekor semut di dalam kalangan mereka semua.

"Aku nak kau tulis surat yang kau tinggalkan Romy. Lepas tu, kau tandatangan surat penceraian ni. Jangan cuba nak melawan! Kalau tak, aku bunuh kau!" Ujar Bryan dengan suara garaunya. Ugutan 'bunuh' itu membuatkan Hellen bertambah takut.

Hellen hanya mampu menangis sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda akur walaupun hatinya terasa sungguh berat untuk melakukan semua itu.

"Maafkan Hellen, Romy. Hellen terpaksa!"

×××××

"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️Where stories live. Discover now