Bab 6

4.1K 53 0
                                    

4 tahun kemudian...

"Mak? Hellen dah balik ni." Ujar Hellen seraya menanggalkan kasutnya lalu diletak ke atas rak kasut di luar rumah.

"Macam mana kerja tadi? Okey?" Soal Linda yang sudah pun berdiri di muka pintu.

"Okey ja, mak. Macam biasa. Cuma, hari ni ada letih sikit. Stock bunga baru sampai. Kan tak lama lagi nak 'Hari Ibu'." Balas Hellen sambil mengurut lembut bahunya.

"Sini. Mak tolong urutkan badan Hellen tu. Kasihan anak mak ni." Pelawa Linda.

"Tak apalah, mak. Badan Hellen masih okey ni. Cuma rasa sengal sikit kat bahu." Tolak Hellen lembut.

"Bagi mak urut sekejap. Tak lama pun." Linda masih ingin melakukan tugasnya itu.

"Tak apa, mak. Badan Hellen masih okey ni. Lagi pun, Hellen dah nak jalan dah ni. Hari ni Hellen masuk kerja awal sebab kawan sekerja Hellen tu kata dia balik awal hari ni. Terpaksa Hellen sambung setengah shift dia sebelum sambung shift Hellen nanti." Ujar Hellen sedikit panjang.

Begitulah kerja Hellen setiap hari. Pagi pukul 9 sampai pukul 4 setengah petang, kerja kat kedai bunga. Petang pukul 7 sampai malam sambung pula kerja di sebuah minimarket sampai pukul 12 tengah malam. Kalau misalnya hari ni dia cuti di kedai bunga, dia tetap bekerja juga di kedai minimarkat untuk jadual waktu malam. Sungguh memenatkan. Tetapi semua itu demi keluarga kecilnya.

"Oh ya... Ryan mana? Masih tidurkah?"

"Ya. Masih tidur kat dalam bilik tu. Main lompat-lompat atas katil sampai tertidur." Tergeleng-geleng kepala Linda memikirkan perangai cucu lelakinya tadi.

"Haha! Biarkan dia main, mak. Kasihan dia. Mesti dia bosan takda kawan." Hellen tertawa kecil.

Pernah juga dia terfikir untuk menghantar anak lelakinya ke sebuah sekolah taska berdekatan dengan rumah mereka supaya Ryan tak bosan di rumah. Tetapi, kasihan pula kalau tinggalkan ibunya seorang diri di rumah. Pasti ibunya yang akan bosan nanti.

"Okeylah, mak. Hellen bersiap dulu. Risau pula terlambat masuk kerja nanti." Ujar Hellen pantas.

"Hm... Hellen mandilah dulu. Nanti mak bekalkan nasi dengan lauk. Makan nanti ya, Hellen? Jangan biarkan perut tu kosong. Hellen tu dah makin kurus mak tengok." Ujar wanita 60-an itu dengan riak sayu.

Kasihan rasa hati melihat anak perempuannya yang bertungkus-lumus menyara keluarga. Sudah berapa kali dia ingin keluar mencari kerja sebagai cleaner di sekolah tetapi sering dibantah oleh Hellen.

"Okey, mak. Nanti letak ja bekal tu kat atas meja. Nanti Hellen dah bersiap, Hellen ambil ja." Balas Hellen seraya masuk ke dalam bilik tidur kecil mereka untuk bersiap. Sempat lagi dia mencium dahi Ryan yang sedang nyenyak tidur di atas katil sebelum mencapai tuala mandinya yang tersidai pada paku belakang pintu itu.

※※※

"Hellen? Nanti kalau ada pekerja lori tu datang, awak bagi ja duit yang ada kat bawa kaunter tu. Saya keluar dulu." Pesan Puan Sherine, bosnya di kedai minimart itu sebelum melangkah keluar dari situ.

"Okey, bos." Akur Hellen yang tadinya sibuk mengelap meja kaunter.

"Hm... sunyi ja hari ni." Keluh Hellen sendiri. Terasa bosan pula bila tak ada pelanggan datang ke kedai kecil itu. Mungkin sebab sekarang ni tengah pertengahan bulan. Semua orang mula berjimat-cermat berbelanja untuk bulan hadapan.

Ting!

Hellen mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Nampaknya ada sebuah email masuk ke telefon. Siapa pula ni?

'Sakowin Trading Company.'

Eh? 'Sakowin Trading Company?' Ni bukannya syarikat yang dia minta kerja sebagai setiausaha tempoh hari tu kah?

Tanpa menunggu lama, jarinya pantas membuka isi email itu dengan harapan lamaran kerjanya diterima oleh syarikat itu.

'Tahniah! Sukacita dimaklumkan bahawa cik/puan diterima untuk ditemuduga di syarikat Sakowin Trading Company.'

Hellen menekup mulutnya yang sudah ternganga. Dia diterima untuk menjalani temuduga di syarikat itu! Tak sangka dia boleh terpilih. Sudah banyak orang yang ditolak untuk ditemuduga memandangkan syarikat itu merupakan sebuah syarikat terbesar di Malaysia.

'Tak apa, Hellen. Walaupun cuma ditemuduga. Sekurang-kurangnya masih ada peluang dipilih untuk bekerja di sana.' Ujar batin Hellen dengan penuh gembira.

xxxxx

"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️Where stories live. Discover now