Bab 10

4.5K 62 0
                                    

Buk!

Hellen yang sedang menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kertas kerja tersentap sekali sebelum mengangkat muka memandang ke arah Romy. Langsung tidak ada secelit senyuman pun pada bibir lelaki segak kacak itu. Serius sungguh!

"A... apa ni, bos?" Soal Hellen seraya menukar pandangannya ke arah tumpukkan fail yang baru sahaja dihempas ke atas meja kerja.

"Kau boleh tanya 'apa ni' kat aku? Kau datang sini untuk bekerja. Mestilah semua ni fail kerja!" Tengking Romy bersama riak wajah seriusnya.

"Oh... maaf..." itu saja yang dibalas Hellen.

"Kenapa? Malaskah nak buat kerja? Nak hidup goyang kaki kat rumah macam dulu?" Sindir Romy dengan penuh sinis.

Hellen hanya diam membisu. Tidak ingin dia membalas kata-kata lelaki itu kerana tidak mahu masalah menjadi lebih besar.

"Aku nak kau siapkan sebelum balik kerja nanti. Semuanya ada 7 fail yang kau kena uruskan hari ni. Aku nak kau buat se... ka... rang!" Arah Romy tegas. Langsung tidak ada kelembutan dalam nada suaranya.

"Hah? 7 fail?" Terbuntang sedikit mata Hellen sebelum matanya memandang tepat ke arah jam dinding yang ingin menuju ke pukul 12 tengahari.

"Ta... tapi, bos... waktu makan dah nak sampai..."

"Jadi? Apa masalahnya dengan aku?" Potong Romy pantas. Saja ingin menyakitkan hati bekas isterinya.

"Saya risau saya tak sempat siapkan hari n..."

"So? Ada aku kesah? Aku tak peduli! Aku nak kau siapkan hari ni juga! Selagi kerja tak siap, selagi tu kau tak boleh balik!" Tegas Romy sebelum melangkah meninggalkan Hellen di situ seorang diri.

Hellen mengeluh lemah. Baru hari pertama, dah kena buli sampai macam ni. Dah lah dia masih belum terbiasa dengan tempat ini. Semua kerja hampir semuanya dia tanya dengan Alice. Nasib baik Alice boleh mengajar dia dengan baik walaupun wanita itu juga sibuk dengan kerjanya sendiri. Romy? Baru ja dia tanya bagaimana cara nak menyusun dokumen ofis, dah kena tengking macam dia tak ada perasaan. Haih... kalau dah hari pertama pun dia dilayan macam ni, apakan pula kalau hari-hari berikutnya. Boleh naik gila otaknya nanti.

Matanya kembali memandang fail-fail kerja yang berwarna-warni di atas meja. Memang lewatlah dia balik kerja hari ni. Bukan dua atau tiga fail, tapi tujuh fail yang nak dia siapkan hari ni juga!

'Tabahlah, wahai hati.' Ujar batin Hellen untuk memujuk hatinya.

Nasib baik mak ada bekalkan makanan dari rumah tadi. Tak perlulah dia nak keluar beli makanan. Lagi pun, ruangan pantry pun ada disediakan khas untuk dia dan Romy. Lebih senang untuk dia panaskan makanan dan bancuh air panas di situ. Bolehlah dia makan dan minum sambil membuat kerjanya nanti. Jimat masanya sikit. Masa itu 'emas', tahu!

※※※

Hellen merenggangkan badan kurusnya sebelum mulutnya menguap perlahan. Akhirnya, siap juga kerja yang diberikan oleh Romy tadi. Terasa letih pula satu badan akibat duduk dan fokus pada kertas kerja dalam waktu yang sangat panjang.

Jam dinding dikerling. Dah masuk pukul 7.10 malam! 2 jam lebih dia overtime hanya gara-gara ingin menyiapkan kerjanya itu. Kasihan Ryan dan mak. Mesti mereka sedang menunggu kepulangannya. Nasib dia sudah menghantarkan pesanan WhatsApp kepada Linda yang dia akan balik lewat sikit hari ni. Romy? Memang awal-awal dah lelaki itu pulang ke rumah. Senang ja hati Romy dapat membuli dia. Hish!

Cepat-cepat Hellen mengemas meja kerjanya sebelum mengangkat beg dan telefon di atas meja. Dia perlu cepat sebelum dia ketinggalan bas. Entah sempat atau tidak, tetapi dia berharap bas masih menunggu di perhentian bas itu.

"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️Where stories live. Discover now