Bab 18

4.6K 59 1
                                    

Romy menggenggam erat stereng keretanya sambil mengetap gigi dengan penuh geram. Hatinya tertanya-tanya siapakah lelaki yang menghantar Hellen ke tempat kerja itu tadi. Tiba-tiba pula ada sebuah kereta jenama Honda Civic berwarna hitam memarkir keretanya di tempat parking khas miliknya sebelum keluar membuka pintu untuk penumpang yang duduk di sebelah. Tengok-tengok, penumpang si pemilik kereta itu adalah Hellen!

Sesekali Romy menumbuk stereng keretanya untuk melepaskan geram. Panas hatinya melihat adegan manis antara lelaki itu bersama bekas isterinya. Siap nak buka-buka pintu untuk Hellen. Ditambah pula dengan senyuman manis Hellen kepada lelaki itu... Hish! Hellen tak pernah pun tersenyum macam tu kat dia sepanjang Hellen bekerja sebagai setiausahanya.

Kurang ajar! Suka-suka hati diorang ja buat hal depan dia. Memang dia aim kereta lelaki itu. Nasib dia masih ingat plat nombor kereta itu. BQW 65*1. Memang aku ingat sampai bila-bila! Berani-beraninya nak buat dia sakit hati pagi-pagi ni.

********

Bunyi tapak kasut yang bergema di ruangan tingkat 5 itu membuatkan Hellen mengalihkan tumpuannya ke arah si pemilik kasut. Dan seperti biasa juga, Hellen akan berdiri dari kerusi dan memberi salam seperti biasa.

"Selamat pagi, bos." Tegur Hellen lembut seraya menundukkan kepalanya sedikit.

"Fail projek apartment di Taman Damai dah siap?" Soal Romy dengan wajah muramnya tanpa membalas salam Hellen tadi.

"Sudah, bos. Saya dah letakkan fail tu kat atas mej..."

"Jadual meeting aku minggu ni?" Pintas Romy tanpa mendengar habis kata-kata Hellen.

"Sudah, bos. Saya dah uruskan sampai minggu depan sebab Tuan Felix dan Tuan Daniel tak dapat meeting dalam minggu yang sama. Tuan Felix kata dia nak ke..."

"Minuman aku dah siap?" Sekali lagi Romy memotong kata-kata Hellen. Perasaan sakit hati masih lagi tersarang di hati pasal Hellen dan lelaki tadi.

"Er... be... belum..."

"Kenapa belum? Kau tak tahukah rutin harian aku macam mana? Hah?!" Tengking Romy tanpa memandang riak wajah Hellen yang sedikit ketakutan itu.

"Tapi... bukan bos minta saya bancuh selepas bos dah sampai ofiskah?" Soal Hellen penuh hairan. Dah lah main potong cakap dia, sekarang ni nak cari kesalahan dia pula untuk dibawa marah.

"Jadi, sekarang ni kau nak cakap aku yang salah?" Romy cuma memutar belit maksud Hellen tadi. Biarlah wanita itu sakit hati dengannya. Siapa suruh mulakan dulu? Nak sangat sakitkan hati dia.

"Tak." Balas Hellen sepatah. Malas nak melawan Romy. Tak pasal-pasal dia kena tahan untuk makan tengahari lagi walaupun dah hampir hari-hari dia tak dapat keluar waktu tengahari.

"Huh! Tahu pula mengakuh salah!" Sindir Romy dengan pandangan tajamnya.

"Saya tolong bancuhkan sekarang." Ujar Hellen seraya berlalu pergi dari situ. Nanti kena tengking lagi telinganya. Kalau lama-lama macam ni, memang naik tuli telinga dibuatnya.

Siap membancuh kopi Romy, Hellen segera menghantarkan kopi itu kepada ofis 'pak singa' di dalam bilik ofis. Harap-haraplah Romy tak memarahinya lagi.

"Siap, bos." Hellen meletakkan cawan berisi kopi itu di atas meja.

"Tengahari ni kau keluar?" Soal Romy tiba-tiba tanpa memandang Hellen. Matanya pura-pura fokus kepada kertas kerja yang sedikit berselerak di atas meja kerjanya itu.

"Ya."

Romy memandang Hellen sekilas sebelum kembali memandang kertas kerjanya. Rasa-rasanya dia dapat mengagak sesuatu. Pasti Hellen nak keluar dengan lelaki yang menumpangi Hellen tadi. Kurang ajar!

"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️Where stories live. Discover now