Bab 12

4K 53 0
                                    

Waktu makan sudah pun tiba. Tetapi seperti biasa, Hellen akan ditinggal seorang diri di dalam bangunan besar itu sambil meneruskan kerjanya yang tak habis-habis. Kerja yang lepas belum pun siap, tetapi ditambah lagi dengan kerja baru. Letih! Itu sahaja yang mampu Hellen keluh.

Sedang Hellen tekun menulis di atas kertas, hatinya tiba-tiba merasakan ada seseorang sedang memerhati dirinya membuat kerja di situ. Tak sedap hati, Hellen pantas mengangkat wajah dan betapa terkejutnya dia apabila melihat Romy sudah berdiri di depan mejanya sambil memandang dia dengan wajah series.

"Bos." Panggil Hellen perlahan sambil meletakkan pen di tangan ke atas meja. Kenapa pula Romy ni? Entah-entah nak tambah kerja dia lagi.

"Kenapa tak makan?" Soal Romy sambil mengangkat keningnya sedikit.

"Er... kerja belum siap lagi. Kerja siap baru saya makan, bos." Balas Hellen naif.

"Pergi makan dulu. Habis waktu rehat, baru sambung." Arah Romy kaku.

"Tak apa, bos. Saya pun belum lapar lagi." Tolak Hellen. Nasib baik dia sempat makan kuih yang dia beli tak jauh dari depan rumahnya tadi. Tahan juga perutnya sampai tengahari.

Romy mula naik geram. Dah bagus orang suruh dia pergi makan, dia pula tak nak. Tidak pernah dia memanggil pekerja-pekerjanya untuk menghargai waktu rehat. Tapi bila dia nak berbuat baik, ditolak pula.

"Kenapa? Kah takda duit nak makan?" Tembak Romy geram.

Hellen terdiam. Bukan pasal tak ada duit. Tapi memang dia tak lapar pun dan ditambah lagi dengan kerjanya yang berlambak menggunung.

"Pergi makan pun tak mampukah?" Romy seperti menghina dia.

"Bukan soal mampu tak mampu, bos. Saya belum lapar lagi..."

"Jadi maksudnya, dah masuk jam kerja nanti baru kau nak makan? Kau ingat kau siapa? Suka-suka hati nak buat peraturan kat sini?" Romy mula meninggikan suaranya seokhta. Mulalah nak cari pasal dengan Hellen.

"Bukan macam tu maksud say..."

"Kalau kau fikir kau boleh buat sesuka hati kau kat tempat ni, bagus kau berhenti mimpi. Kau ni dah mula nak tunjuk belang, kan?" Marah Romy tiba-tiba. Lagaknya seperti Hellen sudah melakukan kesalahan besar padanya.

Hellen terdiam lagi. Sebenarnya, apa masalah Romy ni? Hanya gara-gara dia tak nak makan, dia kena marah sampai macam ni sekali? Nanti kalau dia tak siapkan kerja, dia pula yang kena marah. Lagi pun, dia dah janji dengan Ryan dan Linda untuk keluar makan di kedai mamak tak jauh dari kawasan rumahnya. Jadi, dia harus siapkan kerjanya sebelum waktu balik nanti.

"Kalau bos tak benarkan saya makan waktu kerja, saya takkan makan, bos. Saya cuma nak siapkan kerja saya awal-awal." Balas Hellen perlahan seraya menundukkan kepala. Dia pun sedar dia siapa di sana.

"Baguslah kalau macam tu. Aku pun bukan nak sibuk sangat kau ada makan kah tak. Aku cuma benci bila waktu kerja, kau senang-senang ja nak makan. Kalau dah waktu rehat, waktu rehat. Kalau waktu kerja, waktu kerja. Aku tak suka pekerja yang tahu goyang kaki ja macam... kau!" Tembak Romy sebelum melangkah keluar dari ruangan tingkat itu.

Sebuah keluhan lembut dilepaskan. Romy memang dah berubah habis. Mana perginya sikap lembut Romy yang dahulu?

Imbas kembali 5 tahun yang lepas

"Hai, Hellen!" Tegur lelaki kacak itu bersama sebuah senyuman manis.

"Hai, Bos Romeo." Balas Hellen lembut yang juga membalas senyuman manis itu.

"Romy. Panggil saya Romy."

"Romy? Tapi... bos kan bos saya. Mana boleh saya panggil nama Romy." Tolak Hellen seraya tertunduk segan.

"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️Where stories live. Discover now