Bab 8

3.9K 52 2
                                    

Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan untuk menenangkan hatinya yang sudah mula berdebar. Hari ini, dia akan pergi temuduga di bangunan besar tinggi di hadapannya itu.

'Sakowin Trading Company'

'Relax, Hellen. Buat yang terbaik demi mak dan Ryan. You can do it!' Ujar batin Hellen.

Kakinya mula melangkah masuk ke dalam bangunan megah itu sambil membawa sebuah fail biru tua di tangan kirinya. Kaunter pertanyaan yang berada tepat di depan pintu utama dituju.

"Selamat pagi, cik. Apa yang boleh saya bantu?" Soal gadis di dalam kaunter itu.

"Selamat pagi, cik. Saya dipanggil untuk temuduga di sini. Boleh saya tahu mana bilik temuduga tu?" Soal Hellen penuh sopan.

"Oh! Bilik temuduga berada di tingkat 5. Cik boleh guna lif di bahagian kanan hujung sana." Balas gadis yang bernama Sarah itu seraya menghadiahkan sebuah senyuman manis. Tangan kirinya ditadah untuk menunjukkan arah kepada Hellen.

"Oh! Terima kasih, cik." Ucap Hellen sebelum membalas senyuman manis itu kembali. Terserlah kedua-dua lesung pipit di pipinya.

Tanpa membuang masa, Hellen melangkah ke arah ruangan lif sebelum menekan butang lif itu. Bangunan ini sungguh mewah sekali! Untung kalau dia yang diterima bekerja di tempat ini.

Ting!

Hellen tersentap apabila bunyi lif itu berbunyi. Itulah kau, Hellen. Tenung lagi puas-puas tempat ni. Kan dah terkejut. Segera Hellen melangkah masuk ke dalam perut lif sebelum menekan butang nombor '5'.

Sesampainya di tingkat 5, hampir terlopong mulut Hellen apabila melihat beberapa puluh calon temuduga di ruangan itu. Entah samada sudah ditemuduga atau pun belum.

Hellen mula melepaskan sebuah keluhan pasrah. Terasa seperti peluangnya untuk bekerja sebagai setiausaha di sini semakin tipis. Dalam banyak-banyak calon di sini, hanya seorang sahaja yang akan dipilih menjadi setiausaha. Mana mungkin dia boleh terpilih kalau dah calon dia banyak macam ni.

"Awak ke sini untuk ditemuduga?" Soal seorang gadis yang sudah berdiri di sebelahnya.

"Ya, cik." Jawab Hellen seraya mengangguk sekali.

"Baik. Awak duduk di kerusi paling belakang. Temuduga dilakukan mengikut masa kedatangan calon." Ujar gadis itu penuh profesional.

"Maaf. Saya nak tanya. Adakah saya calon terakhir yang datang?" Soal Hellen penuh naif.

"Rasanya tidak, cik. Temuduga kali ni, kami memanggil banyak calon untuk datang temuduga sebab jawatan tu adalah untuk menjadi setiausaha CEO. Jadi, CEO minta tukang temuduga memilih dengan penuh teliti. Dia tak nak jenis setiausaha yang sering melakukan kesilapan dalam kerja." Terang gadis itu panjang lebar.

Hellen hanya terangguk-angguk tanda faham. Memang seratus peratus dia tidak akan terpilih untuk menjawat jawatan tu. Nampaknya CEO syarikat ini mencari setiausaha yang profesional dan sempurna. Sudah pastinya dia tidak akan tersenarai.

"Cik duduklah dulu, ya? Semoga berjaya." Ujar gadis itu sebelum melangkah meninggalkan Hellen di situ.

Tanpa menunggu lama, Hellen segera melangkah menuju ke arah kerusi kosong yang berada di bahagian belakang sebelum melabuhkan punggungnya di situ. Hellen mula memerhati sekeliling. Setiap calon temuduga di situ sibuk dalam persediaan temuduga. Ada yang menyusun fail, ada yang membaca skrip temuduga di atas kertas, ada juga yang menghias muka di situ. Dia pula hanya duduk terdiam di kerusi sambil berdoa di dalam hati. Nak baca skrip temuduga, dia mana ada menyediakan barang macam tu. Datang-datangnya dia ke sana cuma membawa fail biru tua yang berisikan beberapa sijil pengalaman sebagai setiausaha dan resume sekeping miliknya.

"Hellen Hovey?"

Hellen tersentap. Sepertinya dia terdengar namanya disebut oleh wanita yang baru membuka pintu ruangan temuduga itu. Kah dia salah dengar? Tapi kenapa wanita itu memandang tepat ke arahnya?

"Hellen Hovey?" Sekali lagi wanita itu memanggil dan matanya masih memandang tepat ke arah Hellen. Seperti tahu-tahu nama itu adalah miliknya.

"Sa... saya..." sambut Hellen seraya mengangkat tangan kanannya sedikit ke atas.

"Cik Hellen boleh masuk sekarang." Panggil wanita itu seraya tersenyum manis.

Hellen mula terasa pelik. Dia baru sahaja sampai ke ruangan ini, tetapi kenapa nama dia juga yang dipanggil dahulu? Semua mata calon sudah memandang ke arahnya dengan riak tertanya-tanya. Mungkin mereka juga mempunyai pemikiran yang sama dengannya. Tetapi entahlah! Mungkin nasib dialah dipanggil dulu.

※※※

"Okey. Dari sijil yang cik bawa ni, Cik Hellen memang ada pengalaman bekerja sebagai setiausaha sebelum ni, kan?" Soal wanita yang memanggilnya tadi, Alice Lim.

"Ya, puan. Saya pernah bekerja sebagai setiausaha sebelum ni." Balas Hellen lembut.

"Okey. Saya nak tanya Cik Hellen. Cik sebagai seorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Cuba cik bagitahu saya. Apa etika utama bila berkomunikasi dengan orang lain? Selalunya sebagai setiausaha ni akan lebih banyak bergaul dengan client, kan? Cik pun tahu dari pengalaman kerja Cik Hellen. So, cuba bagitahu saya." Soalan pertama dilemparkan kepada Hellen.

"Ya, Puan Alice. Memang kerja sebagai setiausaha ni perlu berkomunikasi dengan orang luar terutamanya client. Bagi saya, etika utama yang perlu ada pada diri seorang setiausaha ni ialah menjadi seorang yang penuh profesional dari segi..."

Trut trut!

Trut trut!

Belum habis jawapan yang ingin diberi Hellen kepada Alice dan penemu-penemu duga yang lain, tiba-tiba sahaja telefon di atas meja Alice berdering minta diangkat.

"Maaf, Cik Hellen. Sebentar." Arah Alice sebelum mengangkat gagang telefon di atas meja itu lalu ditekapkan ke telinga.

"Ya, bos? Ah'ha? Tak perlu? Maksud bos, reject kah?" Alice masih di dalam taliannya. Hellen pula hanya menunggu talian itu dimatikan.

"Oh! Jadi tak perlulah ni? Oh... okey, bos." Ujar Alice sebelum meletakkan gagangan telefon itu semula. Sempat lagi Hellen melihat Alice yang sedang membisikkan sesuatu kepada kedua-dua penemuduga di sebelahnya sebelum kembali memandang Hellen dengan sebuah senyuman manis.

"Baiklah, Cik Hellen. Tahniah! Awak diterima untuk bekerja sebagai setiausaha CEO." Ujar Alice.

"Hah?" Tercengang pula Hellen jadinya.

"Awak diterima untuk bekerja di sini. Tahniah, Cik Hellen." Ucap Alice yang masih tersenyum manis.

Hellen masih terkeluh lidah. Dah macam kena 'prank' ja dia ni. Terus diterima kerja? Mustahil!

"Saya... diterima? Maksud puan, saya akan bekerja sebagai setiausaha tu kah?" Soal Hellen yang kurang percaya dengan kata-kata wanita itu tadi.

"Ya, cik. Cik Hellen diterima untuk bekerja di sini. Cik Hellen akan menjadi PA bos besar sini." Ulang Alice sekali lagi. Dia tahu pasti gadis itu tidak percaya yang dia akan terpilih. Sejujurnya, dia pun tertanya-tanya kenapa bosnya terus meminta mereka menerima Hellen sebagai PA dia. Sepatutnya dia perlu menemuduga semua calon-calon yang menunggu di luar sana dan perlu menilai seorang-seorang untuk menjadi setiausaha CEO itu.

"Er... maaf, Puan Alice. Tapi kenapa? Yang calon-calon lain tu macam mana, puan?" Risau pula Hellen jadinya. Kasihan pula calon-calon yang lain. Belum sempat ditemuduga, free-free dah kena tolak tanpa sebarang peluang.

"Tak apa. Yang tu... biar penemuduga yang lain yang uruskan. Sekarang ni, awak ikut saya ke bilik ofis saya. Saya akan bagi awak surat kontrak kerja." Ujar Alice seraya berdiri dari kerusi.

"O... okey..." balas Hellen tergagap-gagap seraya mengangkat punggung.

×××××

"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️Where stories live. Discover now