"Uncle Tal!" Teruja sungguh Ryan pergi ke pintu depan mereka sambil melompat-lompat apabila melihat Carl datang ke rumah mereka.
"Ryan!" Balas Carl yang juga terikut teruja.
Hellen yang melihat perangai Carl dan Ryan hanya tertawa geli hati sambil menggelengkan kepala. Ada-ada saja mereka berdua ni.
"Ryan apa khabar? Sihat?" Soal Carl yang sudah menggendong Ryan.
"Tihat!" Balas Ryan penuh riang.
"Hellen macam mana? Sihat?" Giliran Hellen pula dipandang.
"Sihat ja, Carl." Jawab Hellen seraya tersenyum manis.
"Aku pun sihat juga!"
Tiba-tiba satu suara menjawab di belakang. Mereka bertiga berpaling ke arah suara itu. Suara yang cukup dikenali oleh Hellen. Siapa lagi kalau bukan... Romeo Zouch.
"Apa kau buat kat sini?" Nada Carl seperti tidak puas hati.
"Aku datang nak jumpa Hellen dan anak akulah. Kan, Ryan?" Balas Romy seraya memandang Ryan dengan senyuman manis.
"Sini, Ryan. Datang kat daddy." Romy menadahkan tangannya ke hadapan Ryan untuk mengambil alih Carl. Sakit pula hatinya melihat ada orang lain lagi cuba nak mengambil hati anak lelaki tersayangnya, terutamanya Carl.
Ryan tersenyum menayangkan gigi sambil cepat-cepat masuk ke dalam dakapan Romy. Sejujurnya, dia lebih selesa bersama Romy berbanding Carl walaupun dia lebih lama mengenali Carl.
"Hai Uncle Daddy!" Tegur Ryan walaupun panggilannya salah.
"Bukan 'Uncle Daddy', sayang. Daddy ja." Romy memperbetulkan panggilan anaknya.
"Daddy?" Soal Ryan sambil mengerut dahinya.
"Ya, sayang. Daddy." Balas Romy lembut sambil tertawa kecil. Tersentuh hati Hellen apabila Romy masih berusaha untuk mendapatkan hati anak lelaki mereka.
"Huh! Dia panggil kau 'daddy' pun tak gunalah, Romy. Sebab kau baru muncul dalam hidup dia. Dia takkan selesa dengan kau berbanding aku yang dari dia lahir sudah bersama dengan dia." Ujar Carl sakit hati. Sesuka hati nak merampas gelaran bapa dari dia. Dia lagi susah nak dapatkan gelaran itu, senang-senang pula Romy nak rampas.
"Aku percaya Ryan lagi suka aku berbanding kau. Sebab ni memang anak aku." Balas Romy tak nak mengalah.
"Ryan? Ryan lagi suka siapa? Uncle Carl atau orang ni?" Carl mula menyoal Ryan dengan hati yang yakin bahawa Ryan akan memilih dia.
"Mm... da... daddy?" Balas Ryan dengan wajah naif dan kelirunya. Sememangnya dia lagi selesa bila bersama dengan Romy.
Carl mendengus tak puas hati. Sepatutnya dia yang Ryan pilih. Dia yang layak bersama dengan Ryan dan Hellen.
"Sudahlah korang berdua. Kenapa nak gaduh-gaduh kat sini?" Nada Hellen kedengaran sedikit marah.
"Awak buat apa kat sini?" Soal Hellen kepada bekas suaminya.
"Saya nak jumpa Hellen dan Ryan lah. Rindu sangat." Balas Romy tanpa segan-silu di hadapan Carl yang sudah memandangnya dengan sebuah pandangan tak puas hati.
"Bukan saya dah kata, jangan cari kami lagikah?"
"Itu awak yang kata. Saya yang nak jumpa Ryan dan awak. So, saya jumpalah." Romy membalas bersama senyuman.
Dia tak kesah kalau dia dimarah dan ditengking oleh Hellen sebab atas kedegilannya. Tetapi, dia tetap akan mencari mereka. Lari ke mana pun mereka, dia akan tetap mencari walau apa pun halangan. Sebab dia sudah nekad untuk mendapatkan hati Ryan dan bekas isterinya itu.
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...