Bab 2

5.4K 65 0
                                    

"Apa?! Romy excident?! Apa yang kau dah buat kat anak aku? Hah?!" Tengking Rowenna penuh rasa marah sambil menuding jari telunjuknya ke muka Hellen.

"Mama... saya merayu kat mama..."

"Puan Rowenna!" Rowenna memperbetulkan panggilannya.

Hellen terdiam sejenak. Betapa pilunya hati apabila dilayan seperti ini oleh ibu mertua yang sememangnya sangat membencii dia.

"Huh! Aku memang tahu, kau ni memang pembawa sial kat anak aku. Dari mula kau muncul dalam hidup anak aku, tak habis-habis bala datang! Kau ni memang perempuan murahan pembawa sial!" Hina Rowenna seraya memeluk tubuh. Riak wajahnya menjelaskan bahawa dia tidak senang hati dengan kehadiran Hellen ke rumahnya.

"Oh... lagi satu, kenapa kau datang sini nak minta tolong aku? Kan aku dah kata... aku dah buang Romy dari keluarga ni sebab dia pilih kau dari keluarga dia sendiri. Tak malu pula kau datang sini nak minta duit aku? Hah?" Rowenna mencebik seraya memberi sebuah pandangan sinis.

"Mam... hm... Puan Rowenna... saya tahu puan masih marahkan saya. Tapi tolong puan... tolong bantu saya dan Romy. Saya janji kami akan bayar puan balik." Rayu Hellen penuh berharap. Tidak sangka ibu mentuanya akan mengungkit semula kisah lama mereka. Duit yang dia ingin pinjam itu bukanlah untuk dia, tetapi untuk Romy. Anak tunggal wanita itu sendiri.

Rowenna terdiam beberapa detik. Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu. Hellen pula hanya berdiri di luar pintu rumah agam mewah itu sambil menahan kesejukkan disebabkan angin dan hujan yang sedikit lebat pada malam itu. Terkilan dengan sikap Rowenna yang langsung tidak membenarkan dia masuk ke dalam rumah mewah itu untuk berteduh seketika.

"Okey! Aku boleh tolong." Akhirnya Rowenna bersuara.

Betapa gembiranya hati Hellen apabila ibu mertuanya ingin menolong mereka. Dia tahu Rowenna tidak akan membiarkan anaknya terkapai-kapai di hospital. Sudah pastinya wanita itu akan menolong mereka demi Romy. Apa-apa pun, Romy tetap anaknya dan mustahil Rowenna akan mengabaikan anak sendiri.

"Terima kasih, mam... erm... puan... terima kasih banyak-ban..."

"Tapi..."

Terbantut ayat-ayat Hellen. Tapi? Ada 'tapi' lagi? Terkerut dahi mulus Hellen seketika.

"Kau mesti cerai dengan anak aku."

Tersentap! Langsung tidak menyangka Rowenna sanggup memintanya berpisah dengan Romy. Betapa bencinya Rowenna terhadap dirinya sehingga sanggup meragut kebahagiaan rumah tangga mereka.

"Apa yang... puan cakap ni?"

"Kau tak fahamkah? Bodohkan kau ni? Kalau kau nak aku tolong Romy, aku nak kau cerai dengan Romy. Senang ja. Kau tandatangan surat cerai tu, lepas tu kau berambus jauh-jauh dari anak aku!" Rowenna sudah mula mengukirkan senyuman kemenangan.

"Kenapa puan sanggup buat kami macam ni? Kenapa puan nak pisahkan kami?" Air mata kembali membasahi pipi. Dugaan apa lagi kali ini?

"Kenapa tak boleh? Semua ni untuk kebahagiaan anak aku! Sejak kau muncul dalam hidup Romy, hidup dia dah jadi sial macam kau! Perempuan miskin murahan macam kau memang tak layak untuk anak aku!" Hina Rowenna sepuas-puas hati. Tak pernah terlintas di fikirannya untuk menerima dan menyukai perempuan miskin seperti Hellen. Memang hatinya benci melihat muka Hellen.

"Tolong, puan. Tolong jangan buat saya macam ni." Rayu Hellen bersungguh-sungguh bersama tangisannya.

"Oh! Kalau kau tak nak, jangan harap Romy sembuh. Kau nak sangat Romy lumpuh, kan?" Rowenna mula menggunakan taktik ugut agar Hellen takut.

"Tolonglah, puan. Saya merayu. Saya mengandung, puan. Kasihanlah kat kami..."

"Apa? Kau... mengandung?" Potong Rowenna pantas. Terbuntang sedikit matanya memandang wajah polos Hellen.

"Ya, puan. Saya mengandung, puan." Ulang Hellen perlahan.

"Apa?" Soal Rowenna yang masih kurang percaya dengan kata-kata Hellen.

"Saya... saya mengandung, puan. Dah masuk 5 minggu. Jadi saya merayu kat puan. Tolong jangan pisahkan saya dengan Romy. Kasihanlah kat kami, puan." Hellen masih dengan rayuannya itu.

"Romy tahu tak hal ni?" Soal Rowenna yang sudah mematikan senyumannya tadi.

"Belum, puan. Tapi saya nak buat kejutan ulang tahun..."

"Gugurkan budak tu." Pantas Rowenna memintas ayat Hellen.

Hellen terkedu. Gugurkan anak ini? Langsung tak ada perasaan kasihankah wanita itu kepada dia dan anak yang dia kandung ini?

"Apa yang... puan cakap..."

"Kalau kau nak Romy selamat, aku nak kau bercerai dengan Romy dan gugurkan budak dalam perut tu. Lepas tu, kau berambus dari sini. Jauhkan diri kau dari keluarga aku sebab aku tak nak kena tempias sial kau tu. Faham?"

Terkilan. Dia benar-benar terkilan. Sebenci itukah Rowenna terhadapnya? Hanya kerana dia dibenci, dengan anaknya yang tidak berdosa ini juga ingin Rowenna buang? Mana perginya sikap perikemanusiaan dalam diri wanita itu? Anak di dalam perutnya ini adalah sedarah dagingnya, kenapa wanita itu sanggup meminta dia membuang bakal cucunya sendiri?

"Baik, puan. Aku akan menurut semua permintaan puan." Balas Hellen setelah beberapa saat mendiamkan diri. Berat sungguh hatinya ingin menunaikan permintaan itu. Tetapi, dia tidak mempunyai pilihan lagi.

"Haha! Itulah kau. Kau ingat aku senang-senang nak bagi kau hidup bahagia macam ni? Jangan mimpi! Pergi dari sini! Aku dah tak nak tengok muka kau!" Rowenna tersenyum penuh sinis sebelum masuk dan menghempas pintunya dengan kuat.

'Maafkan saya, Romy. Saya cintakan awak!'

×××××

"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️Where stories live. Discover now