Pak! Pak! Pak! Pak!
Bunyi tumit kasut yang berlaga dengan lantai kedengaran sedikit bergema di dalam ruangan itu seperti sengaja ingin Hellen terdengar. Hellen yang sedang sibuk menumpukan perhatiannya ke atas kertas kerja segera mengangkat muka sebelum berdiri untuk menyambut kedatangan tetamu.
"Wow... wow... wow... Hellen Hovey..."
Jantung Hellen berdegup sedikit kencang. Setelah sebulan lebih dia bekerja di sini, baru hari ini dia bersemuka semula dengan Rowenna. Bekas ibu mertuanya.
"Hellen... Hovey..." Sebut Rowenna sekali lagi bersama senyuman sinisnya. Akhirnya, dapat juga dia berjumpa dengan perempuan yang paling dia benci di dalam hidupnya. Hellen Hovey!
"S... selamat pagi, Puan Rowenna." Ucap Hellen yang cuba mengawal kegugupannya di hadapan wanita itu.
"Belum mampus lagi kau ni rupanya." Rowenna sudah berdiri tegak di hadapannya sambil memeluk tubuh seraya memandang Hellen dari atas ke bawah dengan penuh kebencian.
Hellen hanya terdiam sambil menundukkan kepala. Betapa bencinya Rowenna kepadanya sampai sanggup melemparkan kata-kata seperti itu.
"So, macam mana usaha kau nak datang mendekat dengan anak aku balik? Gagalkah?" Soal Rowenna sinis.
"Apa maksud puan?" Sengaja Hellen menyoal walaupun dia tahu maksud wanita itu.
"Takkan kau tak faham lagi? Aku tahu kau sengaja nak munculkan diri depan anak aku sebab nak rampas anak aku balik. Kau ingat aku bodohkah?" Rowenna mengangkat kening kirinya sambil mencebik.
"Saya tak bermaksud nak dapatkan Romy..."
"Oh! Please... jangan nak tunjuk baik depan aku. Macam mana pun kau nak tunjuk baik, kau takkan dapat Romy balik sebab anak aku pun dah nak kahwin tak lama lagi. Perempuan cantik yang jauh lebih baik dan selevel dengan kami. Tak macam kau yang miskin tahap tapak kaki aku ni." Hina Rowenna sepuas hati. Sungguh menusuk ke lubuk hati Hellen tetapi dia hanya mampu terdiam. Nak menjawab lebih-lebih pun, nanti dia pula yang dipersalahkan.
"Mana anak haram kau tu? Oh! Lupa. Kau dah gugurkan dia, kan? Memang patut pun anak haram tu takda. Kalau tak, mesti kau pakai budak tu untuk tarik Romy balik. Nasiblah dah awal-awal aku suruh kau bunuh budak tu." Sengaja Rowenna menjegilkan mata di hadapan Hellen sebagai tanda dia menyampah dengannya.
Hellen mengetap gigi. Sakit hingga ke hulu hati kerana melibatkan anak lelaki tersayangnya. Anak haram? Wanita itu langsung tak menjaga mulut. Kalau setakat nak hina dia, dia masih boleh terima lagi. Tetapi kalau melibatkan Ryan, memang dia naik akan naik panas.
"Mama?" Muncul Romy tiba-tiba dari pintu ofis. Mungkin dia ternampak ibunya datang dari tingkap luar.
"Eh! Romy." Tegur Rowenna seraya tersenyum manis. Jauh bezanya dengan riak wajah yang dia paparkan di hadapan Hellen tadi.
"Apa mama buat kat sini?" Soal Romy sambil memandang Hellen dan Rowenna silih berganti.
Tertanya-tanya pula apa yang Rowenna borak dengan Hellen tadi. Tetapi, dia tahu pasti Rowenna mengeluarkan kata-kata kesat kepada Hellen. Melihat dari segi riak wajah Hellen pun dia sudah tahu pasti mamanya mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati wanita itu.
"Saja nak jumpa Romy. Lama mama tak datang sini. Mama nak ajak Romy lunch dengan mama dan Keith nanti. Tapi tiba-tiba mati pula selera mama lepas tengok muka perempuan ni." Rowenna memandang Hellen sebelum menghadiahkan sebuah jelingan tajam. Benci betul hatinya melihat muka Hellen. Perempuan miskin tak tahu diri!
"Biarkan dia, mama." Balas Romy setelah melihat Hellen yang makin menunduk. Sudah semestinya dia terasa hati dengan kata-kata mama.
"Biarkan dia ja? Biarkan dia?! Macam mana nak biarkan perempuan pembawa sial ni kalau dah dia bekerja dengan Romy? Buat mama sakit hati ja! Entah apa yang bakal dia buat supaya Romy nakkan dia balik! Perempuan macam ni tak boleh nak percaya sangat. Muka tembok!" Marah Rowenna seraya menuding jari tepat ke arah muka Hellen yang masih menunduk.
"Tak payah nak pedulikan dia mama. Yang penting dia tak ganggu Romy dan mama." Romy masih memujuk agar Rowenna boleh bertenang. Dia tak nak tempat kerjanya menjadi kecohq hanya gara-gara mamanya mencari gaduh kat sini.
"Tapi dia mengganggu pandangan mata mama ni." Sinis sahaja bunyi Rowenna seraya memeluk tubuh. Tak lepas juga dengan sebuah jelingan tajam untuk Hellen yang masih berdiri kaku di situ.
"Mengganggu macam mana pun dia, dia tak dapat buat apa-apa pun. Dia bukan siapa-siapa pun kat sini." Ujar Romy yang kedengaran masih memujuk Rowenna tetapi sinis di pendengaran Hellen.
"Memang pun bukan siapa-siapa. Harap dia sedar diri tu sikit yang dia tu cuma kuli ja kat sini." Hina Rowenna lagi.
"Dah. Jom, mama. Kita pergi lunch." Ajak Romy untuk menghentikan suasana hangat itu. Risau pula jika Rowenna akan membuat onar di sini.
"Jom!" Balas Rowenna penuh girang. Sempat lagi dia menghadiahkan sebuah jelingan tajam kepada Hellen.
Hilang sahaja mereka dari itu, Hellen kembali duduk sambil menahan air mata. Sampai sekarang pun Rowenna masih ingin menghina dia. Tak habis-habis si ibu dan si anak itu. Pedih sungguh rasa hatinya. Kalaulah dia tidak mempunyai perasaan, kan bagus. Tak payah nak ambil hati dan kesah dengan apa yang mereka cakap tadi. Sungguh tergugat mentalnya hanya gara-gara mulut mereka yang jahat itu.
Bukan dia yang terhegeh sangat nak kerja kat sini tetapi Romy yang memenjarakan dia dengan ikatan kontrak satu tahun. Kalau nak ikutkan hati, nak saja dia melarikan diri ke kampung halamannya semula. Dia lagi sanggup bekerja di dua buah kedai seperti dulu tetapi bagaimana dengan hidupnya kelak? Sejujurnya, dia bekerja seperti itu hanya untuk mencukupi kehidupan keluarga kecilnya dan dia tetap susah untuk menabung.
Apa-apa pun yang terjadi, dia perlu berkorban untuk keluarga kecilnya. Dengan gaji yang mencukupi, dia dapat menampung kos perbelanjaan mereka dan masih mempunyai lebihan wang untuk disimpan. Hal itu adalah lebih baik dibandingkan dengan tempat kerja sebelumnya yang perlu memerah tenaga hampir 24 jam hanya untuk memenuhi keperluan hidup mereka dan itu pun kadang-kadang tidak mencukupi.
"Sabar, Hellen. Kau pasti dapat menghadapi semua ni." Pujuk Hellen seorang diri sebelum perlahan-lahan menyambung kerjanya yang terbantut tadi.
×××××
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...