Penamatan

5.7K 67 2
                                    

Dua tahun kemudian...

"Hello?" Carl menyambut talian itu. Pelik pula bila ada nombor yang tidak dikenali menelefon dia.

"Hai! Erm... it's me... again." Balas penelefon itu.

"Oh! Keith?" Teka Carl.

"Yes! Thank god you masih ingat I. Ingatkan dah lupa dengan girlfriend sendiri." Nada Keith seperti merajuk.

"Mana ada lupa. Tadi I sibuk. Ada pesakit tadi." Balas Carl seraya tertawa kecil. Merajuklah pula.

"Okey. Nanti I datang."

"Hah? Maksud you? You balik sinikah?" Soal Carl.

"Ya. I dah kat airport ni. I minta driver I datang jemput I and hantar ke tempat you. Tunggu I, tahu!" Balas Keith seraya menamatkan talian.

Carl memandang telefonnya seraya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Sanggup pula Keith datang jauh-jauh dari London, lepas tu datang pula ke sini. Bukan dekat tu.

Tiba-tiba terimbas kembali kenangan mereka bagaimana mereka boleh menjadi pasangan kekasih. Sanggup Keith menghantar seseorang untuk mendapatkan nombor telefonnya.

Pada mulanya, dia enggan melayan Keith yang asyik mengejar dia. Dalam masa yang sama, hatinya masih belum terubat dengan perasaan cintanya pada Hellen setelah Hellen memilih Romy darinya. Tetapi, Keith tetap berusaha untuk mendapatkan perhatian dia walaupun mereka dalam jarak yang jauh. Siap sanggup meminta mak ayahnya berjumpa dengan dia untuk mendapatkan hatinya. Demi anak tunggal perempuan mereka, mereka sanggup buat apa saja demi Keith. Pening pula kepalanya dengan perangai Keith yang sedikit manja itu. Dah namanya anak tunggal, kan? Memanglah dimanja habis-habisan.

Tetapi bila difikirkan balik, ada baiknya dia memberi peluang pada gadis itu. Dan sekarang, dia pun sudah terjatuh cinta dengan Keith. Mak ayah dia pun sudah awal-awal menyukainya. Apa salahnya dia pun mencari kebahagiaan dia sendiri bersama Keith, kan?

"Doktor Carl. Ada pasient nak berjumpa dengan doktor. Nak cek kandungan." Ujar Sarah yang muncul dari bilik sebelah.

"Baik. Minta dia masuk sekarang." Arah Carl seraya melihat buku hospital dari tangan jururawat muda itu.

Eh? Sekejap! Hellen Hovey?

"Selamat petang, Carl." Ucap Hellen seraya melangkah masuk ke dalam ruangan itu diikuti oleh Romy dan Ryan.

"Uncle Carl!" Tegur Ryan penuh teruja sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas.

"Eh! Hellen! Ryan! Romy!" Terkejut Carl dengan kedatangan keluarga kecil itu. Setelah dua tahun mereka tak berjumpa.

"Apa khabar, Carl?" Tegur Romy seraya menadahkan tangan kanannya pada Carl.

"Baik. Kau apa khabar?" Balas Carl seraya menyambut tangan Romy.

"Baik ja." Balas Romy seraya tersenyum manis.

"Wah! Besar dah Ryan. Dua tahun tak jumpa Ryan." Ujar Carl seraya mengendong Ryan. Rindu sangat dia dengan budak itu.

"Hellen pun dah bakal dapat anak kedua. Mesti perempuan, kan?" Soal Carl seraya tertawa kecil.

"Ya. Perempuan. Baru ja saya tahu masa bulan lepas." Balas Hellen seraya tersenyum manis. Semakin berseri wajah wanita itu. Pasti bahagia hidup mereka sekeluarga.

"Tahniah, Hellen." Ucap Carl ikhlas kepada wanita yang pernah dia cintai dulu.

"Terima kasih, Carl." Ucap Hellen pula.

Hampir 20 minit melakukan pemeriksaan kandungan, akhirnya mereka melangkah keluar dari hospital lalu menuju ke kereta Merchedes hitam milik Romy itu. Syukur kandungan Hellen yang sudah mencecah 7 bulan itu sihat dan cergas di dalam perut.

"Sayang nak makan apa?" Soal Romy yang baru sahaja memasang tali pinggang keledar untuk Ryan di tempat duduk belakang.

"Erm... nak makan aiskrim?"

"Aiskrim? Bukan tadi dah makan aiskrim kah?" Romy menggaru kepalanya yang terasa gatal.

"Tapi, sekarang macam rasa nak makan lagilah." Hellen memuncungkan sedikit bibirnya tanda ingin merajuk.

"Mummy kata kalau dia nak makan, bukan mummy yang nak, tapi adik Ryan yang nak." Tiba-tiba Ryan menyampuk dari kerusi belakang. Sudah petah Ryan bercakap memandangkan umurnya sudah masuk 5 tahun.

"Okeylah. Jom! Kita bawa mummy dan Ryan pergi makan aiskrim lagi. Tapi, nanti mesti minum air banyak-banyak, tahu? Sayang pun sama. Okey?" Ujar Romy pasrah. Terpaksalah dia pun ikut makan aiskrim nanti.

"Okey!" Serentak Hellen dan Ryan menjawab sebelum mereka bertiga tertawa.

Bahagia sungguh rasa hati Hellen. Akhirnya, hidupnya sudah kembali seperti dulu. Malah, lebih bahagia dari sebelumnya. Semuanya kembali berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

Rowenna? Rowenna telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan wanita itu masih tidak mahu mengakuh kesalahannya. Terlalu keras hati Rowenna sehingga dia masih mempunyai hasrat untuk membalaskan dendamnya. Tetapi, Hellen tetap berharap wanita itu akan insaf suatu hari nanti.

Romy memandu keretanya keluar dari kawasan hospital. Tangan Hellen dipegang kemas dengan penuh rasa cinta di hati.

'Hellen Hovey. Saya cinta awak untuk selama-lamanya.'

- TAMAT -

#################################

"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️Where stories live. Discover now