"Mak? Dah siap kemas barang?" Soal Hellen yang sedang mengangkat beg bagasinya dan beg kecil Ryan ke tepi pintu bilik.
"Baru siap ni. Hellen dah bagitahu owner rumah sewa ni kah yang kita dah keluar esok?" Soal Linda pula seraya menutup beg bagasinya.
"Sudah dah, mak. Dia pun tak nak ambil duit sewa bulan ni. Alang-alang katanya sebab baru 3 hari tinggal kat sini untuk bulan ni." Balas Hellen seraya mengambil tempat duduk di sebelah Linda. Linda hanya mengangguk-anggukkan kepala.
"Hellen?"
"Hm, mak? Kenapa?" Balas Hellen lembut. Matanya masih membengkak akibat menangis tadi.
"Romy takda buat apa-apakah lepas dia tahu pasal Ryan?" Soal Linda tiba-tiba. Sebenarnya, dari tadi dia ingin menyoal Hellen semasa Hellen menceritakan hal itu padanya tapi langsung tak berpeluang kerana melihat Hellen yang menangis teresak-esak tadi.
"Erm... tak, mak. Tak apalah. Hellen percaya dia pun dah tawar hati dengan Hellen. 4 tahun berpisah tu lama sangat, mak. Mesti dia dah takda apa-apa perasaan kat Hellen." Hellen menjawab seraya mengetap lembut bibirnya.
"Tapi, pasal Ryan tu? Dia tak pedulikah?" Suara Linda kedengaran sedikit kecewa. Mungkin dia mengharapkan Romy akan bertindak sesuatu untuk anak perempuan dia dan cucu lelakinya.
"Mak janganlah fikir yang bukan-bukan, okey? Mungkin mak kecewa sebab Romy macam tak ambil peduli pasal Ryan. Tapi, Hellen percaya dia sedar Hellen tak bersalah dalam hal ni. Dia pun baru tahu Ryan wujud dalam hidup kita. Jadi, biarkanlah Romy jalani hidup dia sendiri. Ryan pun memang dah seratus peratus tanggungjawab Hellen." Pujuk Hellen seraya menenangkan hati wanita yang dia sayangi itu.
Linda hanya tersenyum kecil seraya mengangguk. Ada betulnya kata-kata Hellen. Tak mengapa kalau Romy tak ambil peduli pasal Ryan. Tapi sekurang-kurangnya, Romy tak akan menyalahkan Hellen lagi. Hal itu pun dah cukup untuk mereka semua.
Krek!
Bunyi pagar di luar rumah menarik perhatian mereka bertiga. Dengan pantas, Ryan berlari ke tingkap dan menjenguk ke luar rumah untuk melihat siapa tetamu yang datang ke rumah malam-malam buta.
"Mummy! Mummy! Ada olang atang!" Jerit Ryan.
Bam! Bam! Bam!
"Buka pintu ni!"
Ryan yang terkejut dengan bunyi dentuman dari pintu itu terus berlari mendapatkan Hellen. Hellen dan Linda pula terus berdiri dari lantai sambil memandang ke arah pintu rumah mereka dengan pandangan pelik.
"Aku kata buka pintu ni!" Jerit lelaki dari luar pintu itu. Suara yang langsung tak dia kenali. Garau dan sungguh dalam. Sungguh ganas dan menyeramkan.
Bam! Bam! Bam! Bam! Brak!
Tombol pintu rumah hancur begitu sahaja sebelum munculnya beberapa orang lelaki di permukaan pintu bersama kayu di tangan. Bibir mereka menyelitkan sebuah senyuman sinis sambil memandang mereka bertiga silih berganti.
"Ambil mereka semua." Arah lelaki yang berdiri di bahagian paling hadapan seraya memberikan isyarat kepada teman-temannya yang lain sebelum dibalas dengan anggukkan.
"Siapa korang?! Apa yang korang nak? Hah?!" Marah Hellen dalam ketakutan. Ryan yang memeluk paha Hellen semakin mengeratkan lagi pelukannya sambil bersembunyi di belakang. Linda pula dipeluk oleh Hellen sebagai tanda melindungi mereka dari lelaki-lelaki yang tidak dikenali itu.
Tanpa mempedulikan soalan Hellen tadi, pantas tangan Ryan ditarik kasar sebelum diangkat ke atas bahu sehingga Ryan menangis dan meraung ketakutan.
"Lepaskan anak saya! Apa yang korang nak?!" Tengking Hellen seraya mengejar lelaki yang membawa Ryan pergi tetapi pantas tangannya ditarik oleh seorang lelaki lain lagi.
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
Любовные романыWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...