Ting!
Bunyi pintu lif kedengaran terbuka sebelum bunyi tapak kasut berlaga dengan lantai memenuhi ruangan itu. Pantas Hellen berdiri sambil menundukkan kepala. Tidak ingin bersemuka dengan muka Romy.
"Selamat pagi, bos." Ucap Hellen yang masih enggan memandang Romy.
"Aku ingat kau berani tak nak datang kerja. But, good job! Kau dengar juga cakap aku. Sebab kau takut, kan?" Perli Romy yang tersenyum sinis.
Hellen hanya mendiamkan diri. Biarlah lelaki itu nak perli hina dia. Mungkin mendiamkan diri adalah cara yang terbaik untuk tidak menaikkan amarah Romy. Lagi pun, tak guna juga kalau dia nak melawan. Nanti tak pasal-pasal Romy nak sakitkan dia lagi.
Baru sahaja Romy nak masuk ke ruangan ofisnya, matanya tiba-tiba tertumpu pada leher Hellen. Walaupun Hellen cuba menutupi bekas merah hitam yang dia gigit semalam dengan make-up, tetapi masih terlihat sedikit kemerahan kalau dilihat dengan jarak yang dekat. Melihat baju berlengan panjang yang dikenakan Hellen pada hari ini pun dia dah tahu yang Hellen cuba menutup bekas lebam pada pergelangan tangannya. Mesti kuat sangat dia menggenggam tangan kecil itu. Mesti Hellen sakit semalam. Haih! Serba-salah pula jadinya.
Bukan ofis yang dia tuju, tetapi ke pantry. Terpinga-pinga pula Hellen melihat dia tiba-tiba melencong ke tempat lain. Aik? Jarang-jarang Romy masuk pantry pagi-pagi. Apa mimpi dia ni?
Tak sampai 2 minit, Romy datang bersama sebuah tuala berisikan ais batu di tangan. Hellen hanya memerhati Romy sehingga Romy berdiri di hadapannya.
"Bagi tangan kau." Ujar Romy seraya menarik tangan Hellen lalu menarik lengan baju Hellen hingga ke siku.
"Bos nak buat apa ni?" Terkejut Hellen dibuatnya. Tiba-tiba pula nak tarik lengan baju orang.
"Kau diam, boleh tak?" Marahnya seraya terduduk berlutut dengan satu kaki. Tuala berisi ais tadi diletak lalu diurut-urut perlahan di pergelangan tangan Hellen yang mempunyai bekas lebam itu.
Tersentap Hellen dibuatnya. Tak sangka Romy sanggup berlutut di lantai hanya semata-mata ingin mengurus tangannya. Nak ja dia menolak tetapi entah mengapa hatinya selesa bila Romy melakukan semua itu.
"Sakit?" Tanya Romy yang masih sibuk mengurut.
"Tak." Balas Hellen sepatah.
Hampir 5 minit juga Romy mengurut tuala ais itu di kedua-dua tangan Hellen sehingga dia sendiri tersedar dengan perbuatannya.
'Eh? Lama sangat kau layan baik dengan Hellen.'
"Ek'hem!" Romy berdehem sebelum berdiri tegak semula. Tuala ais tadi dihentak kasar di atas meja sehingga menyentapkan hati Hellen.
"Jangan nak perasan aku nak buat baik dengan kau. Aku buat semua ni sebab aku masih ingat kau ada mak lagi. Nanti tak pasal-pasal mak kau salahkan aku bila dia nampak tangan kau membiru macam ni." Ujarnya panjang lebar tanpa memandang wajah Hellen yang terpinga-pinga.
Hish! Tahu pula takut dipersalahkan. Dah terang-terang memang salah dia. Tak nak mengakuh pula.
"Apa khabar mak kau?" Soal Romy tiba-tiba. Aik? Apa mood mamat ni nak tanya khabar mak dia?
"Baik. Sihat ja." Balas Hellen pendek.
"Baguslah." Pendek sahaja Romy membalas sebelum kakinya ingin melangkah masuk ke dalam ofis.
"Bos?"
Romy menghentikan langkahnya sebelum berpaling ke arah Hellen yang masih memandangnya sambil menunggu kata-kata yang ingin Hellen sampaikan.
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
Lãng mạnWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...