Trut... trut...
Hellen berpaling ke arah telefon bimbitnya. Sebuah nama yang amat dia cintai tertera di atas skrin telefon itu. Tanpa menunggu lama, Hellen menekan butang hijau lalu melekapkan ke telinga.
"Mummy!" Sorak Ryan di hujung talian. Ingatkan ibunya yang menelefon tadi.
"Hai, sayang!" Ucap Hellen penuh dengan keterujaan.
"Ryan dah makan?" Soal Hellen prihatin pada anaknya. Pen hitam yang dipegangnya tadi diletakkan ke atas meja.
"Tudah, mummy. Iyan... Iyan tudah mamam." Ryan membalas sebiji-sebiji. Masih belum fasih bercakap dengan umurnya baru 3 tahun lebih itu. Masih ada 2 bulan lagi untuk Ryan masuk ke umur 4 tahun.
"Makan banyak tak tadi? Rindu sangat kat Ryan." Balas Hellen sambil tersenyum-senyum. Walaupun hari-hari berjumpa anak kecilnya itu di rumah, hatinya tetap akan rindu ketika dia tak bersama Ryan.
"Anyak! Iyan pun lindu... lindu... mummy..." Ryan berusaha menjawab untuk Hellen di hujung talian. Comel sungguh suara Ryan. Kalau boleh, ingin saja dia memeluk budak kecil itu kalau dia ada di depan mata.
"Mummy..." panggil Ryan lagi.
"Hm, sayang?" Soal Hellen.
"Iyan tutup ulu. Nenek anggil Iyan..."
Hellen tertawa kecil. Pasti Ryan curi-curi menelefon dia guna telefon bimbit Linda. Haih... budak ni...
"Okey, sayang. Mum..." belum sempat habis ayatnya, telefon sudah pun ditutup oleh anak kecil lelakinya. Pasti dia takut dimarah Linda kerana mengganggu dia masa waktu bekerja macam ni, ditambah pula dengan rasa takut jika Romy tahu tentang Ryan.
"Bestnya menggatal dengan lelaki!"
Hellen mengangkat mukanya pantas. Hish! Lelaki seorang ni dah macam 'chipmore' dah. Di mana-mana pun boleh hilang dan muncul. Geram!
"Er... bos..." tergagap-gagap suara Hellen. Risau jika Romy dapat tahu tentang Ryan.
"Sayang? Ryan? Huh! Kali ni lelaki mana pula yang jadi mangsa kau ni?"
Mulalah lagi nak cari pasal dengan dia. Entah apa masalah Romy ni. Tak habis-habis! Tapi bagus juga. Sekurang-kurangnya Romy menganggap 'Ryan' adalah orang lain.
"Itu bukan hal bos." Balas Hellen yang cuba tenang.
"Haha! Bukan hal aku? Eh! Kalau dah murah tu, murah juga! Semua lelaki kau nak kutip. Tak sangka semurah itu diri kau, Hellen." Hina Romy yang juga sebenarnya sakit hati.
Siapa tak sakit hati? Melihat Hellen yang tersenyum-senyum di telefon membuatkan hatinya benar-benar sakit. Sayang? Ryan? Dasar perempuan murah!
"Kenapa bos nak sibuk hal peribadi saya?" Hellen mula menyoal dengan nada sedikit marah. Selalu ja nak sibuk hal dia.
"Kenapa tak boleh? Aku sibuk sebab aku benci tengok kau bahagia tersenyum-senyum kat telefon masa kerja! Ingat tempat ni apa? Rumah kaukah?" Tengking Romy yang enggan mengalah.
"Heh..." keluh Hellen lemah. Hanya setakat mengangkat telefon pun boleh kena marah macam ni.
"Ryan? Hahaha! Kasihan aku kat lelaki bernama Ryan tu. Dah jatuh terjerat perangkap perempuan murah macam kau. Agak-agaknya berapa kaya laki tu, hah?" Sekali lagi Romy menyerang Hellen dengan kata-kata hina.
"Kenapa dengan awak ni? Boleh tak jangan cakap saya macam tu? Saya rasa saya langsung takda masalah dengan awak, Romy." Lawan Hellen pula. Hilang panggilan 'bos' dari mulutnya. Ini dah keterlaluan!
"Takda masalah? Kau sentiasa menjadi sebuah masalah kat aku! Kau tahu tak betapa bencinya aku tengok muka kau!"
"Kalau benci, kenapa tak buang ja saya? Sekurang-kurangnya awak takkan nampak muka saya lagi."
"Kenapa aku nak buang? Aku lagi suka tengok kau macam orang bodoh! Ikut semua apa yang aku cakap! Aku suka tengok muka kau bila kau kena hina! Kena layan macam orang bodoh!"
Hellen terdiam. Tak ada gunanya dia nak melawan lelaki di hadapannya itu. Semakin hari semakin teruk dia dilayan Romy yang bersikap kejam itu. Sikit-sikit nak salahkan dia. Ada ja tak kena di mata lelaki itu.
"Suka-suka hati nak curi tulang kat tempat kerja! Kau ingat baik-baik! Aku paling benci pekerja yang pemalas macam kau! Tambah-tambah pula muka kau ni sangat memuakkan aku!" Tengking Romy sekali lagi sebelum dia kembali masuk ke ruangan ofisnya. Pintu sengaja dihempas kuat untuk menambah ketakutan di hati Hellen.
Mata Hellen dipejam. Kerja sebagai setiausaha Romy ni benar-benar memerlukan mental yang kuat. Dahlah tak habis-habis kena hina, dituduh pula sebagai 'pekerja pemalas'. Siapa tak sedih? Kalau dibandingkan dengan pekerjanya yang lain, dia rasa dialah pekerja yang paling rajin di sini. Kebanyakkan harinya dia dipaksa untuk mengambil overtime hanya gara-gara ingin menyelesaikan kerjanya yang sentiasa berlambak.
Kadang-kadang kasihan dia dengan Ryan dan ibunya di rumah. Dia hampir tak ada masa untuk meluang bersama dengan keluarga kecilnya. Ingatkan dia kerja di sini, dia boleh ada banyak masa bersama keluarga kecilnya. Tetapi, sangkaannya meleset seratus peratus. Malah janjinya bersama Ryan untuk makan ice cream pun belum lagi dia tunaikan. Hampir setiap hari Ryan menagih hutang janjinya sehingga perasaan serba-salahnya sudah menebal di hati.
"Oi!"
Hellen berpaling ke arah pintu ofis Romy yang sedikit terbuka. Nak panggil orang pun janganlah nak terjerit-jerit dari dalam. Apa gunanya bel elektronik di atas meja ni kalau dah panggil dia dari dalam ofis? Bagus buang ja ke dalam sungai bagi buaya makan. Haih! Geram hatinya.
"Bagus kau sambung balik kerja kau tu! Jangan cuma pandai kerja jadi 'ayam' ja! Kau jadi pelacur lain cerita! Sekarang kau kat ofis! Buat kerja kau baik-baik dan jangan ada yang salah! Aku tahan kau balik kerja nanti baru kau tahu!" Jerit Romy dari ofisnya.
Hellen mengetap bibirnya dengan penuh rasa marah. Ayam? Dia kata 'ayam'? Sampai hati Romy cakap dia macam tu. Penghinaan Romy langsung tidak mempunyai tapisan. Boleh-boleh Romy kata dia bekerja sebagai pelacur kat luar sana. Tapi, kalau betul pun ada kaitan ke dengan dia? Penyibuk betul!
Pen di atas kertas kerja itu diambil semula dengan perasaan hati yang penuh sebal. Nak saja dia menangis di situ kerana tidak tahan dengan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Romy tadi. Tetapi, air matanya cuba ditahan. Kerjanya harus diselesaikan segera. Kalau tak, memang balik lewatlah jawabnya nanti. Sudahlah Romy tu suka-suka hati nak tahan dia balik kerja. Suka-suka hati nak dia ambil overtime walaupun dia tak nak. Kalau ikutkan hatinya yang tengah marah sekarang, nak ja dia repot kat Jabatan Buruh. Apa boleh buat dia masih boleh bertahan lagi. Geram sungguh dia dengan perangai Romy ni!
×××××
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...