Foundation yang sentiasa dia bawa di dalam beg dikeluarkan lalu dipicit sedikit ke atas tangan sebelum menyapu ke arah lehernya yang bertompok kemerah-merahan. Semua ni gara-gara Romy yang tiba-tiba datang penyakit gila tu!
Air mata yang sudah lama ditahan terpecah juga akhirnya. Nasib tandas awam ni kosong. Kalau tak, memang terdengarlah tangisannya yang bergema di dalam tandas ni oleh orang lain.
Jahat sungguh Romy. Sudahlah menghina dia habis-habisan, diperlakukan pula seperti dirinya tak ada nilai. Sejujurnya, dia benar-benar takut dengan Romeo Zouch yang sekarang. Sungguh berbeza dengan Romeo Zouch yang dulu. Mana perginya Romy yang dulu? Kenapa Romy berubah terlalu jauh seperti ini? Sungguh dia kecewa dengan sikap Romy yang kasar dan suka memandang rendah kepadanya.
Tisu dicabut dari plastik lalu ditekap di kedua-dua matanya. Apa dia nak buat sekarang ni? Takkan nak balik ke ofis? Dengan mata yang sedikit bengkak kemerahan macam ni. Tahulah pekerja sana nanti yang dia menangis. Tapi, takkan nak balik ke rumah? Nanti mak tanya macam-macam pula. Tapi, kalau Romy potong gaji dia macam mana? Aduh...
Setelah beberapa minit berdiam diri, akhirnya Hellen mengambil keputusan untuk pergi ke pantai untuk menenangkan diri. Kalau diikutkan hati, nak saja dia mengajak sekali mak dan juga Ryan ke pantai. Kasihan mereka. Asyik di rumah saja. Mesti mereka bosan. Tetapi, biarlah kali ini dia saja yang pergi dahulu. Lain kali, pasti dia akan bawa keluarga kecilnya ke pantai. Lagi pun, dia risau jika ada orang lain ternampak Ryan bersama dengannya terutamanya 'orang-orang' Rowenna. Pasti wanita itu tidak akan berdiam diri. Lebih baik dia berhati-hati dahulu.
Baru sahaja dia melangkah keluar dari tandas awam, tiba-tiba sahaja telefonnya berbunyi menandakan ada seseorang sedang menelefonnya. Pantas telefon dikeluarkan dari poket seluar.
'0115-1134***'
Hellen mengerut dahi. Nombor telefon siapa pula ni? Tak ada dalam penyimpanan contact number pun. Tapi apa-apa pun, Hellen tetap mengangkat panggilan telefon itu. Risau pula yang menelefon dia itu adalah client Romy. Kerja tetap kerja. Dia perlu menjadi seorang yang profesional dalam pekerjaannya.
"Hello?"
"Oi! Kau balik sekarang! Pandai-pandai kau nak meng 'ular' ya!"
********
Romy menghempaskan tubuhnya di badan kerusi roda itu bersama sebuah keluhan. Bodohlah kau ni, Romy! Apahal kau buat dia macam tu tadi?
Buk!
Meja ofisnya pula yang menjadi mangsa tumbukkan. Terasa serabut kepala otaknya sekarang. Dia memang tahu Hellen layak dapat layanan macam tu. Tapi dalam masa yang sama, dia menjadi serba-salah pula dengan bekas isterinya.
Jarinya diketuk-ketuk perlahan di atas meja. Memikirkan cara bagaimana nak panggil Hellen balik ke sini. Dah lah takda apa-apa yang dia boleh menahan Hellen. Sudah berkali-kali dia memeriksa meja kerja Hellen tadi. Beg sandang dan telefon sudah pun Hellen bawa pergi. Pasti Hellen serik nak tinggalkan barangnya lagi macam kali lepas.
Hish! Nak telefon, nombor telefon Hellen takda. Memang dari mula dia sengaja menahan diri untuk tidak menyimpan nombor telefon Hellen kerana dia tak nak ada apa-apa benda yang berkaitan dengan Hellen di dalam telefonnya.
"Macam mana ni?" Soal Romy seorang diri.
Beberapa minit memikirkan cara, tiba-tiba dia teringat pasal resume Hellen yang tersimpan di laci meja kerjanya. Sudah semestinya Hellen akan meletakkan nombor telefonnya di dalam kertas itu.
Pantas Romy membuka dan mengambil fail resume Hellen itu sebelum dikeluarkan dari sampul. Yes! Ada! Tanpa membuang masa, sebiji sebiji nombor telefon itu diketik lalu butang hijau ditekan. Ingat senang-senang Hellen nak lari? Jangan harap!
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...