Makanan-makanan yang baru habis dipanasnya tadi ditutup lagi dengan tudung saji. Jam dinding dipandang beberapa saat sebelum dia melangkah ke arah pintu utama rumah sewa kecilnya itu.
'Mana pula Romy ni? Dah pukul 10 setengah malam dah ni.' Getus batin Hellen.
Perasaan risau mula timbul di hati. Biasanya Romy akan sampai ke rumah dalam pukul 6 petang. Tetapi ini dah melebihi waktu biasa. Mana pula Romy ni pergi?
Trut... trut...
Trut... trut...
Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke luar rumah, tiba-tiba sahaja telefonnya berbunyi menandakan ada seseorang sedang menelefonnya. Pantas tangannya mencapai telefon bimbit yang dia letak di atas meja makan tadi.
Dahi mulus Hellen dikerut sedikit. Nombor telefon ofis yang tak dikenali. Tak menunggu lama, butang hijau ditekan lalu dilekap ke telinga.
"Hello?"
"Hello? Selamat malam. Ini dari CMH Specialist Hospital. Puan ni isteri kepada Encik Romeo Zouch ya?" Soal lelaki di hujung talian itu.
"Ya. Saya isteri dia. Kenapa ya? Ada apa-apa yang berlakukah?" Nada suara Hellen sudah mula risau. Jantungnya berdegup sedikit laju dari biasa. Siapa yang tak risau? Tiba-tiba dapat panggilan dari pihak hospital di tengah-tengah malam macam ni.
"Ya, puan. Suami puan kemalangan jalan raya. Dan dia sekarang masuk ke bilik ICU."
"Apa? Ke... kemalangan?" Suaranya tergagap-gagap. Terketar-ketar tangannya mendengar berita yang baru sahaja dia dengar tadi. Oh Tuhan!
"Sa... saya ke sana sekarang!"
※※※
"Suami puan masih belum sedar, puan. Dia kekurangan banyak darah dan perlu menjalankan operasi di bahagian kaki. Tulang kaki bahagian paha suami puan patah dan perlu dipasang dengan besi."
Hampir gugur jantung Hellen setelah mendengar kata-kata dari mulut Doktor Fendy itu. Air mata mula berguguran di pipi. Oh Tuhan! Dugaan apakah ini? Kenapa perlu dia hadap dugaan besar seperti ini?
"Dok... doktor... suami saya... akan selamat... kan?" Tersekat-sekat suara Hellen bertutur. Dia tidak kuat menghadapi semua ini.
"Jangan risau, Puan Hellen. Suami puan akan selamat. Tetapi kaki suami puan perlu menjalankan operasi secepatnya. Kalau puan setuju, kami akan menyediakan surat persetujuan untuk puan." Ujar Doktor Fendy lagi.
"Ta... tapi doktor... berapa kos operasi kaki suami saya, doktor?"
"Dalam anggaran 20 ribu kalau tak silap saya, puan. Nanti jururawat akan menerangkan lebih lanjut."
Hellen terkeluh lidah. 20 ribu? Mana dia nak cari 20 ribu? Dia mana ada duit sebanyak itu.
"Ka... kalau saya bayar ansur dapatkah, doktor?"
"Er... puan ada 'Medical Card' tak? Kalau puan nak bayar ansur, boleh tapi... bayaran pertama dia 5 ribu ke atas, puan." Ujar Doktor Fendy. Jelas kelihatan wajahnya menunjukkan riak serba-salah. Mungkin dia juga tahu kesusahan yang dihadapi Hellen ketika itu.
Hellen terdiam seketika. Mana mungkin dia ingin membiarkan suaminya dalam keadaan sakit seperti itu. Dia pun tahu risiko suaminya kalau dia tidak membenarkan kaki Romy dioperasi.
"Erm... saya bagi ruang untuk puan berfikir dulu, ya?" Doktor Fendy bersuara sebelum mengangkat kaki meninggalkan Hellen bersendirian di ruangan menunggu bilik ICU itu.
Perlahan-lahan Hellen terduduk lemah di atas kerusi. Dia benar-benar buntu. Mana dia nak dapat duit banyak macam tu? 20 ribu bukannya sikit. Hellen menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangan. Terhenjut-henjut bahunya menangis seorang diri di situ. Apa yang perlu dia buat?
Ibu Romy! Ya! Ibu Romy! Hanya itu sahaja satu-satunya harapan yang dia ada kali ini. Dia yakin ibu Romy akan menolongnya demi Romy.
×××××
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...