Tangannya pantas mencapai tuala kering yang sengaja dia sediakan di belakang untuk aktiviti renangnya sebelum membalut tubuh kecil Hellen. Hellen hanya membiarkan sahaja sebab dia memang sudah kesejukkan. Tak sangka bekas ibu mertuanya sampai hati nak buat dia macam ni.
"Masih sejukkah?" Soal Romy.
Hellen hanya menggeleng sambil menahan gigil pada tubuhnya. Dengan dibaluti tuala, kurang sikit rasa sejuk di badan. Selesa sangat.
"Kita ke kedai 24 jam sekejap. Aku tolong belikan minuman panas." Ujar Romy kaku. Hatinya masih marah dengan apa yang telah berlaku tadi.
"Bo... bos?" Panggil Hellen.
"Apa?"
"So... sorry sebab dah ma... malukan bos. Saya tahu bos memang ma... marah sekarang ni dengan sa... saya." Hellen bersuara dengan suaranya yang masih terketar-ketar akibat kesejukkan.
Romy terdiam. Dia memang tahu ibunya yang salah dalam hal ni. Tetapi, kenapa perlu Hellen yang minta maaf? Dia memang tahu Rowenna yang memulakan semua ini dahulu. Yang sepatutnya meminta maaf adalah Rowenna, bukannya Hellen.
Tanpa membalas apa-apa, Romy terus menekan pedal minyak lalu memandu meninggalkan tempat itu. Makin lama dia di situ, makin panas rasa hatinya.
Tak sampai 15 minit, Romy sudah pun sampai di luar kedai Seven Eleven 24 jam. Dia perlu cepat sebelum Hellen semakin dalam kesejukkan. Silap-silap, naik demam pula Hellen. Tak dapatlah dia nak membuli Hellen kalau dah Hellen cuti demam.
"Tunggu kat sini." Arah Romy.
"Bos keluar dengan keadaan basah-basah macam ni?" Soal Hellen seraya memandang Romy. Nanti apa orang kata kalau nampak Romy yang basah kuyup keluar pergi ke kedai itu.
"Biarlah. Bukan mati pun kalau orang tengok aku macam ni." Balas Romy bersahaja sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Malas dia nak kesah pandangan orang sekarang ni. Biarlah orang nak cakap apa.
Hellen hanya terdiam sambil menghantar Romy ke kedai itu dengan pandangan mata. Aik? Tadi kata nak jaga nama. Sekarang ni, tak kesah pula kalau orang lain nampak keadaan dia macam tu. Pelik betul Romy ni.
Tak sampai sepuluh minit, Romy datang semula bersama dua buah cawan teh yang dia bancuh di dalam kedai 24 jam itu. Tubuhnya pun mula sejuk disebabkan angin malam yang meniupi tubuhnya yang masih basah itu.
"Nah! Minum ni. Biar kurang rasa sejuk kau." Ujar Romy seraya menyerahkan salah satu cawan itu ke depan Hellen.
"Terima kasih." Ucap Hellen penuh ikhlas. Menggigil-gigil tangan sejuknya meminum minuman itu. Terasa selesa rasa perut apabila minuman panas masuk dan mengalir ke dalam perut.
"Apa yang kau dah buat sampai kau kena tolak dalam kolam tu?" Tiba-tiba sahaja Romy menyoal setelah dia mula memandu keretanya ke jalan besar.
"Takda apa-apa." Balas Hellen dengan nada kecil.
"Takda apa-apa? Kalau takda, kenapa mama aku tolak kau dalam kolam. Mesti kau ada cakap apa-apa sampai dia sanggup tolak kau tadi. Cepat bagitahu!" Romy masih memaksa.
"Takda apa-apa. Biarkan ja lah hal tu. Saya tak nak ingat."
"Oh! Jadi maksudnya, semua ni memang salah kau lah, kan? Maksudnya, kau yang mulakan dulu." Pura-pura Romy menuduh agar Hellen membuka mulut.
"Ya. Saya yang mulakan dulu. Kalau saya tak muncul dalam hidup bos, mungkin semua ni takkan terjadi." Balas Hellen perlahan tanpa memandang wajah Romy.
Romy terdiam. Ada benarnya juga kata Hellen itu. Kalau Hellen sendiri yang tak memunculkan diri di sini, memang semua ni takkan terjadi. Tetapi apa-apa pun, mereka sudah pun dipertemukan semula. Semuanya sudah pun terjadi dan tidak ada sesiapa yang dapat memutarkan masa itu kembali.
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...