Dari jauh, dia dapat melihat sesosok tubuh kecil sedang menuju ke arah perhentian bas di hadapan bangunan megah miliknya itu. Jam yang terpapar di kaca layar keretanya ditenung seketika. Dah masuk jam 10 malam. Pasti wanita itu baru habis membuat kerjanya yang sengaja dia berikan banyak-banyak pagi tadi. Pasti Hellen letih.
Perlahan-lahan kakinya melangkah keluar dari kereta Merchedes hitamnya lalu melangkah mendekati Hellen yang duduk di perhentian bas itu. Wanita itulah satu-satunya manusia yang berada di kawasan ini dan hampir setiap hari dia membuli wanita itu untuk bekerja lebih masa. Kejam sungguh dirinya.
Terdengar sahaja bunyi tapak kasut yang berlaga dengan lantai di sebelahnya, Hellen terus berpaling melihat Romy sebelum perlahan-lahan punggungnya berdiri dari kerusi perhentian bas itu. Riak wajahnya yang naif membuatkan hati Romy bertambah sedih. Selama ini, wanita kuat inilah yang selalu dia sakiti tanpa tahu pahit hidup yang dihadapi wanita itu sepanjang perpisahan mereka.
"Bo... bos..." tegur Hellen tergagap-gagap dalam kehairanan dengan kemunculan Romy yang beriak kecewa itu.
"Kenapa kau tipu aku?" Soal Romy tiba-tiba.
"Tipu? Tipu apa, bos?" Hellen mengerut dahinya sedikit. Langsung tidak memahami maksud Romy.
"Kenapa kau tipu aku?" Romy mengulangi soalan itu sambil memandang mata hazel Hellen.
"Saya tak faham..."
Tanpa diduga, kedua-dua bahu kecil Hellen direntap dan ditarik tepat ke hadapan wajahnya. Terkejut Hellen dibuatnya. Takda angin, takda ribut, tiba-tiba nak tarik dia.
"Kenapa kau tak bagitahu pasal Ryan kat aku? Kenapa?!"
Biji mata Hellen sedikit membesar. Romy dah tahu? Tak mungkin.
"Apa mak... maksud..."
"Jangan nak tipu aku lagi, Hellen! Aku dah tahu semuanya! Kenapa kau tak bagitahu aku? Kenapa kau lari dari aku dan sanggup tinggalkan aku?! Kenapa?!" Marah Romy. Suaranya yang kuat terasa dapat menggegarkan bumi ini.
"Le... lepaskan saya..." Hellen cuba menolak tubuh tegap itu tetapi Romy sekali lagi menyentap tubuh Hellen agar wanita itu tetap bertahan di situ.
"Jawab aku, Hellen! Kenapa?!"
"Romy... lepaskan saya.." arah Hellen yang mula terketar-ketar. Macam mana Romy boleh tahu?
"Jawab aku!" Tengking Romy garang.
"Sebab mak awak!" Jawab Hellen terlanjur.
"Mak aku?" Dahi Romy dikerutkan sedikit.
"Ya! Mak awak, Romy. Awak nak tahu sangat, kan? Sebab mak awak yang paksa saya cerai dengan awak." Balas Hellen perlahan bersama air mata yang ingin mengalir. Kalau sudah terlanjur kata, tak boleh diundur lagi.
"Hanya sebab saya nak awak selamat dari kemalangan tu, saya jumpa mak awak untuk minta pertolongan. Tapi mak awak minta saya ceraikan awak kalau nak awak selamat." Nada suara Hellen terketar-ketar namun tetap lancar menjelaskan semuanya.
Romy terkaku seketika. Banyak sungguh hal yang mengejutkan dia hari ni. Sukar sangat dia nak percaya.
"Tak mungkin... tak mungkin!" Tengking Romy lagi. Bahu Hellen masih lagi digenggam erat.
"Saya tak paksa awak percayakan saya, Romy." Ujar Hellen perlahan. Air matanya tidak mampu untuk dibendung lagi.
"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kita dah ada anak?! Kenapa kau sanggup dera aku macam ni?! Kalau alasan kau sebab mak aku, aku tak percaya! Sepatutnya kau datang balik bawa anak kita jumpa aku dan keluarga aku!"
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...