Bab 20

4.5K 45 0
                                    

"Keith? Keith datang kan majlis makan malam VIP tu?" Soal Rowenna penuh teruja.

"Entahlah, Auntie Wenna. Keith nak pergi tapi takda teman."

"Siapa cakap Keith takda teman? Bakal tunang Keith tu apa?" Pintas Rowenna.

"Romy? Masalahnya, Romy nakkah?" Keith menggigit lembut bibir bawahnya.

"Memanglah dia nak. Tak patut dia nak tolak Keith. Keith kan bakal tunang dia." Balas Rowenna lembut seraya tersenyum manis.

Keith hanya tersenyum nipis. Bakal tunang? Bakal tunang yang tidak pernah nak tunang-tunang. Dan yang si lelaki pula macam anggap dia wujud tak wujud ja.

"Em... nanti Keith tanya dialah, auntie." Balas Keith perlahan. Entah dia nak tanyakah tidak tu nanti. Sedangkan mesej WhatsApp dia pun Romy tak balas. Hanya sebuah bluetick ja yang dia dapat.

"Kenapa Keith macam takut nak tanya dia? Nak auntie tolong tanyakan?" Soal Rowenna yang teragak-agak dengan jawapan Keith itu tadi.

"Tak perlulah, auntie. Nanti Keith tanya dia sendiri." Keith tersenyum manis. Saja nak meyakinkan wanita anggun di hadapannya itu.

"Betul ni?"

"Ya, auntie. Betul. Jangan risau. Nanti Keith pergi jumpa dia. Kebetulan juga Keith dah lama tak jumpa dia. Mungkin dia terlalu sibuk. Keith tak nak ganggu dia." Balas Keith.

"Okey. Jangan pula tak tanya. Auntie tak nak tengok Romy pergi dengan orang lain, terutamanya si Hellen tu." Rowenna mencebik.

Keith mengangkat keningnya sedikit. Hellen? Pembantu peribadi Romy? Kenapa pula Rowenna macam tak suka dengan Hellen? Bagi dia, tak ada masalah jika Romy pergi bersama dengan Hellen sebab dah memang Hellen pun layak menemani Romy. Dah namanya pembantu peribadi Romy, kan?

"Hellen? Hellen yang PA Romy tu kah, auntie? Kenapa pula auntie tak nak dia pergi dengan Romy?" Soal Keith yang penuh dengan tanda tanya.

Rowenna terdiam seketika. Baru tersedar atas kelancangannya. Tak sengaja pula dia terlepas cakap dan bereaksi seolah-olah dia menyampah dan tak suka dengan Hellen.

"Er... takda apa-apalah, Keith. Cuma... yalah. Memanglah auntie tak suka sebab auntie nak Keith yang pergi dengan Romy. Nanti orang fikir Hellen tu girlfriend Romy pula." Balas Rowenna yang cuba nak cover line.

Lepas ni, dia perlu berhati-hati bila bercakap tentang Hellen. Mana mungkin dia nak Keith tahu siapa si Hellen tu sebenarnya. Nanti tak pasal-pasal Keith tak dapat terima untuk menjadi isteri Romy. Dia risau jika dia kehilangan Keith. Hilang Keith, hilanglah bakal bisnes besarnya bersama keluarga Keith nanti. Sudahlah itu ja satu-satunya harapan bisnes yang dia ada sekarang ni. Kalau tak gara-gara dia membuang duit kat makan angin di Eropah masa tu, ditambah pula membeli beg, baju, dan kasut jenama Louis Vitton dan Prada di Itali, memang taklah dia terkapai-kapai macam sekarang ni untuk membayar semula kerugian besar di syarikat.

"Oh! Takda apa-apalah, auntie. Keith okey ja." Ujar Keith tanpa mengesyaki apa-apa.

"No... no... no... tak boleh. Auntie nak Keith juga yang pergi dengan Romy. Pastikan Keith tanya Romy nanti. Kalau tak, auntie yang tolong tanyakan. Okey?"

"Ya, auntie. Nanti Keith tanya. Jangan risau. Jom kita makan sarapan kita, auntie. Nanti sejuk pula mi goreng kita ni."

********

Keith menggigit lembut kuku ibu jari kanannya yang sedikit panjang itu. Aplikasi WhatsApp dibuka lalu nama 'Romeo Z ❤️' ditekan masuk. Masih bluetick dan langsung tidak mempunyai apa-apa balasan dari lelaki itu. Macam mana nak cari Romy kalau dah Romy pun tak nak melayan mesej dia yang sebelum-sebelum ini. Memalukan diri betul!

"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️Where stories live. Discover now