Kot hitam yang tersarung di tubuh tegapnya dibuka lalu dibaling ke atas meja ruang tamu sebelum menghempaskan tubuhnya yang terasa penat itu di atas sofa empuk untuk melepaskan lelah. Dari pagi hingga ke malam dia sibuk mengurus projek vila barunya di Jaywel berhampiran dengan mall tengah bandar tadi. Terasa sengal sedikit pinggang dibuatnya berjalan ke sana sini.
Matanya dipejam seketika. Seharian dia tidak berjumpa dengan Hellen dek kerana sibuk dengan kerjanya yang tak pernah habis. Apa Hellen buat sekarang? Dah makankah dia? Dah sampai rumahkah dia?
Hais! Kenapalah dengan dia sekarang ni? Kenapa dia perlu ingat pasal perempuan itu? Kadang-kadang dia sendiri pun tak faham dengan hati dan fikirannya sendiri. Kadang-kadang benci. Kadang-kadang geram. Dan kadang-kadang pandai teringat pasal Hellen. Rindu diakah? Argh!
Tubuhnya pantas dibangunkan dari badan sofa. Kedua-dua tangannya diletakkan di kepala dengan harapan agar dia boleh melupakan Hellen dan memikirkan hal lain. Tetapi, setiap kali matanya dipejam, wajah cantik Hellen juga yang terngiang-ngiang di matanya.
"Kenapa dengan aku ni?!" Marah Romy seorang diri. Geram sungguh dia dengan dirinya sendiri. Tak habis-habis nak ingat pasal perempuan tu.
"Haih! Ingat Romy! Dia bukan perempuan yang baik. Dia perempuan murahan, penggoda, dan penipu. Jangan senang sangat nak jatuh balik hanya gara-gara muka dia yang pura-pura naif tu. Jangan bodoh sangat, Romy!" Cakap Romy pada dirinya sendiri. Dia tahu dia perlu sedarkan dirinya untuk tidak jatuh pada Hellen lagi. Tetapi, kenapa dia sungguh sukar untuk mengakui yang dia tidak membenci wanita itu? Memang dia akui Hellen yang sekarang semakin cantik dan menawan.
Dia kembali membaringkan tubuhnya ke badan sofa. Baru dia perasan yang dia belum lagi mengisi perutnya dari tengahari tadi. Tulah kau! Sibuk kerja sampai makan pun lupa.
Matanya memandang sekeliling ruangan tamu vila mewahnya yang sunyi itu. Sememangnya hanya dia seorang sahaja yang tinggal di dalam rumah ini. Hanya gara-gara tidak mahu tinggal sebumbung dengan ibunya yang sering membuka topik pasal Keith, sanggup dia membeli rumah vila mewah besar ini demi kesenangan hatinya sendiri.
"Tsk! Nak makan apa ni?"
Romy mengetap bibir sambil memegang perutnya yang terasa lapar. Nak masak, malas pula rasanya. Nak pesan makanan dari aplikasi telefon? Jumpakah runner tu vila ni nanti? Maklumlah, vilanya jenis persendirian. Nak masuk ke sini perlu melalui gate di luar sana. Kasihan pula pakcik dua orang yang jaga di pagar sana nanti. Susah-susah pula nak jalan kaki masuk ke sini.
Nak makan luar? Tapi takda teman. Aduh! Banyak sangat masalah kau ni Romy! Hal kecil pun jadi hal besar dibuatnya.
'Hellen!' Tiba-tiba sahaja nama itu disebut di dalam hati.
Pantas telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar lalu menaip nama 'Hellen'. Memang sengaja dia menyimpan nombor telefon Hellen selepas sahaja insiden tempoh hari agar senang dia nak mencari wanita itu. Butang hijau ditekan lalu ditekap ke telinga.
Tut... tut...
Tut... tut...
Tut... tu...
"Hello?"
****************
"Mummy!" Kejut Ryan dari belakang. Terhenjut sedikit bahu Hellen sebelum berpaling ke belakang.
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...