"Ryan? Bagi bunga tu kat nenek." Arah Hellen penuh lembut sebelum dibalas dengan anggukkan Ryan.
Perlahan-lahan Ryan meletakkan Bunga Lili yang dia pegang dari kedai bunga tadi ke atas tanah perkuburan Linda sebelum kembali berdiri di sebelah Hellen semula.
"Mak? Hellen dan Ryan datang ni, mak." Sapa Hellen seolah-olah ibunya masih hidup.
"Syukur... semuanya dah kembali seperti biasa. Hidup Hellen dan Ryan dah aman sekarang. Takda siapa-siapa yang boleh mengganggu kami lagi. Cuma..." ujar Hellen sebelum menghentikan kata-katanya seketika. Sebak di dada tidak mampu dibendung lagi. Air mata hangat mula mengalir ke pipi mulusnya bersama hati yang pilu dan sedih.
"... cuma... cuma mak ja yang takda bersama kami. Kalaulah mak masih bersama dengan kami, mesti kita... huhuhu... mesti kita dah bahagia sekarang. Mesti kita bertiga boleh tanam sayur semula kat luar rumah. Mesti kita boleh berbual, jalan-jalan makan angin, mesti kita boleh buat banyak aktiviti yang pernah kita nak buat bersama-sama." Sambungnya lagi seraya mengesatkan air matanya yang semakin deras mengalir.
"Maafkan Hellen, mak. Semua ni salah Hellen. Sepatutnya Hellen awal-awal dah bawa mak dan Ryan lari dari sana. Maafkan Hellen, mak. Maafkan Hellen." Hellen menangis tersedu-sedu di sebelah tanah perkuburan ibunya.
Sudah tiga minggu berlalu, tetapi Hellen masih sukar untuk melupakan hal ngeri yang berlaku di hadapan matanya pada hari itu. Semua ni salah dia. Memang salah dia.
Sepanjang tiga minggu itu, hatinya terasa kosong bila dia sudah kehilangan ibunya yang tercinta. Rowenna? Dia sudah ditangkap bersama semua orang-orang bawahannya dan dimasukkan ke dalam penjara. Kes masih di dalam perbicaraan dan Hellen pun harus ikut masuk ke dalam mahkamah.
Kesemua barang-barang bukti sudah pun dijumpai dan disahkan oleh pihak-pihak berkuasa. Memang kesemuanya dapat membuktikan bahawa Rowenna bersalah atas pembunuhan Linda dan percubaan pembunuhan terhadap Hellen dan Ryan. Ditambah pula dengan kesaksian dari Keith. Tetapi, Rowenna masih tetap tidak mahu mengakuh kesalahannya.
Hellen menghela nafas panjang seraya mengesat air matanya lagi. Semuanya sudah berubah dalam sekelip mata. Tidak pernah dia menyangka semua ini akan berlaku.
"Mak? Hellen dan Ryan dah nak pergi dah ni. Mak baik-baik kat sini, ya? Hellen dan Ryan akan selalu jenguk mak. Kami sayang mak sangat-sangat." Ujar Hellen sambil memegang tubuh kecil Ryan di sebelahnya sebelum berpusing ke belakang. Tetapi, tak sangka rupanya Romy sudah berada di belakang mereka.
"Hai Hellen." Sapa Romy yang juga memegang Bunga Lili di tangannya. Romy kelihatan sungguh kemas dan segak dengan baju kot dan seluar hitamnya.
"Hai Ryan." Ryan turut ditegur bersama sebuah senyuman manis.
"Hai Uncle Belon." Balas Ryan yang sememangnya peramah dengan semua orang.
"Bukan 'Uncle Belon'. Panggil 'daddy', sayang." Romy memperbetulkan panggilan anaknya itu.
"Apa awak buat kat sini?" Soal Hellen pantas. Cuba mengubah topik Romy itu. Lain pula rasa hatinya melihat Romy yang beria-ria nakkan Ryan.
"Saya datang nak jenguk mak." Balas Romy yang masih setia berdiri di situ. Nadanya sudah tidak sama seperti masa Hellen masih bekerja dengannya dahulu. Sungguh lembut dan penuh ikhlas.
Hellen hanya mengangguk-anggukkan kepala. Tak ada salahnya Romy ingin menjenguk ibunya. Mak tak pernah ajar dia untuk kurang sopan dengan tetamu.
"Hellen temankanlah saya sekali." Ujar Romy.
Sekali lagi Hellen mengangguk setelah beberapa detik membatu di situ. Pantas Romy melangkah ke sebelah Hellen sebelum tangannya meletakkan Bunga Lily tadi ke atas tanah perkuburan Linda.
"Maafkan saya, Hellen. Sebab saya, semua ni berlaku." Ucap Romy tanpa memandang wajah mulus wanita itu.
"Maafkan saya sebab... gagal untuk melindungi mak awak. Saya memang seorang lelaki yang tak berguna." Sambung Romy dengan nada yang perlahan.
"Bukan salah awak. Semua ni salah saya. Saya yang gagal sebagai seorang anak." Balas Hellen yang kembali terasa sebak.
"Jangan salahkan diri awak, Hellen. Awak tak salah. Saya yang patut disalahkan. Kalau saya tahu semua ni, sepatutnya saya patut bertindak melindungi awak, Ryan, dan mak." Romy masih tetap ingin menyalahkan dirinya sendiri.
"Saya rasa serba-salah, Hellen. Orang yang ingin melukai awak dan keluarga awak adalah mak saya sendiri. Saya tak tahu macam mana lagi nak meminta maaf dari awak sedangkan saya sendiri tak dapat maafkan diri saya sendiri." Sambung Romy yang juga terasa pilu di hati. Sungguh dia rasa sedih atas kehilangan bekas ibu mertuanya dan kecewa dengan ibunya sendiri.
"Jangan salahkan diri awak. Itu mak awak, bukannya awak." Hellen tetap menolak anggapan Romy itu. Baginya, Romy tidak bersalah dengan semua ni. Memang Rowenna yang berbuat jahat dengan mereka, tetapi tidak ada kaitannya dengan Romy.
"Kami... minta diri dulu, Romy. Awak baliklah." Ujar Hellen seraya ingin berlalu dari situ.
"Tak ada peluang lagikah untuk saya?"
Hellen menghentikan langkahnya apabila terdengar soalan itu dari mulut Romy sebelum memejamkan matanya seketika. Sejujurnya, dia masih sayang dan cintakan Romy. Tetapi, dia takut untuk kembali bersama lelaki itu. Semua kejadian yang berlaku membuatkan dia sukar untuk menerima lelaki itu semula.
"Langsung tak ada rasa cintakan awak pada saya? Mustahil awak dah hilang perasaan itu. Saya percaya awak masih..."
"Sudahlah, Romy." Pintas Hellen seraya berpaling memandang Romy.
"Kita tak ada peluang untuk hidup bersama lagi. Mungkin jodoh kita sampai di sini saja." Balas Hellen walaupun hatinya sakit mengatakan semua itu. Jawapannya sungguh bertentangan dengan hati tetapi mungkin ini adalah jalan terbaik untuk mereka.
"Tapi macam mana dengan Ryan? Itu anak kita, Hellen. Awak tak kasihankah dengan Ryan?" Romy masih berusaha memujuk hati Hellen walaupun hakikatnya dia tidak berani untuk mendapatkan wanita itu semula.
"Awak tak perlu risaukan anak saya, Romy. Dari saya lahirkan Ryan sampailah sekarang, kami dah biasa hidup tanpa awak. Jadi, tolong. Jangan mengharapkan sesuatu yang lebih." Balas Hellen kaku walaupun hakikatnya dia tak sampai hati ingin mengeluarkan kata-kata itu. Siapa kata dia tak ingin kembali hidup bersama dengan orang yang dia cintai? Tetapi, dia takut ingin mendekati Romy. Trauma masih menghantui diri walaupun Rowenna sudah masuk ke dalam penjara dan mereka tidak akan diganggu lagi.
Pantas Hellen menarik lembut tangan Ryan agar anaknya mengikuti langkah kakinya untuk pergi dari situ. Pedih rasa hatinya apabila terpaksa meninggalkan Romy untuk kali kedua. Baginya, mereka memang tidak mempunyai jodoh.
Romy hanya diam terkaku di situ sambil melihat Hellen dan anak lelaki mereka pergi dari situ. Air matanya mengalir membasahi pipi. Memang layak dia tidak diberi peluang kedua oleh Hellen. Betapa terlukanya hati wanita itu setelah apa yang sudah dia lakukan.
'Maafkan saya, Hellen. Maafkan saya.'
xxxxxxxxxx
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...