"Sekarang ni, saya minta awak sign kat bahagian bawah tu kalau awak setuju nak bekerja di sini." Arah Alice lembut.
"Puan Alice. Saya nak tanya sesuatu."
"Tanyalah, Cik Hellen." Alice mempersilakan.
"Kerja kat sini mesti guna kontrakkah?" Soal Hellen ingin tahu.
"Sebenarnya pakai. Tapi sekiranya kalau tiba-tiba seseorang pekerja tu nak berhenti kerja, kena tulis surat berhenti awal 3 bulan dari tarikh berhenti kerja." Terang Alice pula.
"Oh... tapi... kenapa kat sini tertulis, 'tak dibenarnya berhenti kerja sehingga tamat tarikh kontrak'?" Hellen meletakkan kertas kontrak itu di atas meja lalu menolak sedikit ke depan untuk memudahkan penglihatan Alice ke atas kertas kontrak itu.
"Saya kurang pasti, cik. Sebenarnya, surat kontrak yang bos bagi ni baru. Mungkin dia nak buat peraturan baru sebab dah banyak kali PA bos tu tukar-tukar. Itu pun, bos yang pecat. Bukan pekerja yang minta berhenti. Mungkin kali ni, bos dah nak tetapkan PA dia." Balas wanita 30-an itu.
"Oh..." terangguk-angguk kepala Hellen.
"So, macam mana? Setuju tak? Kalau setuju, awak boleh sign di sini, ya?" Alice menunjukkan jari telunjuknya ke atas kertas di bahagian bawah.
Tanpa membuang masa, sebuah tandatangan diturunkan sebelum kertas itu diserahkan kepada Alice semula. Mustahil dia ingin mensia-siakan peluang emas ini. Jarang sekali benda ni boleh berlaku. Baginya, dia sangat beruntung kerana terus diterima untuk bekerja di syarikat ini tanpa sempat ditemuduga.
Terfikir pula dia kenapa dia yang terpilih dari kalangan calon-calon temuduga yang lain. Kalau alasannya dia dipilih atas sebab pengalaman kerja dia, mustahil juga sebab tak mungkin antara calon-calon yang lain tidak mempunyai pengalaman yang sama dengannya. Tak mustahil juga ada yang jauh lebih layak dari dia.
Alice menyambut kertas itu lalu berdiri dari tempat duduknya. Sungguh anggun dan profesional di mata Hellen.
"Ikut saya, cik. Sekarang ni saya bawa Cik Hellen jumpa dengan bos. Lepas ni, awaklah yang sentiasa di samping bos. Jom!" Ajak Alice sopan sebelum melangkah mendahului Hellen. Hellen juga berdiri dan hanya diam mengikuti langkah Alice dari belakang.
※※※
"Bos? Ini PA baru bos. Dan ini surat kontrak dia dan maklumat-maklumat dia." Alice segera meletakkan sampul surat coklat berisi kertas kontrak Hellen tadi di atas meja.
"Okey. Awak boleh pergi." Arah lelaki itu tanpa memusingkan kerusi rodanya ke hadapan. Seperti sengaja tidak mahu menunjukkan mukanya kepada Hellen.
"Baik, bos. Saya minta diri dulu." Balas Alice sebelum melangkah keluar dari ruangan ofis besar mewah itu. Sempat lagi dia menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Hellen. Wanita itu sungguh murah dengan senyuman. Memang dah menjadi kebiasaan dia agaknya.
Sekarang, hanya tinggal dia dan juga 'bos' barunya sahaja di dalam bilik itu. Tertanya-tanya pula hatinya kenapa lelaki itu tidak mahu menunjukkan wajah kepada dia.
"Welcome, my ex-wife." Ujar lelaki itu seraya memusingkan badan kerusi rodanya ke hadapan.
Terkedu! Tidak ada apa yang mampu Hellen katakan ketika itu. Siapa sangka bos yang bakal dia khidmat adalah... Romeo Zouch! Bekas suaminya sendiri!
***
"Berapa orang yang dipanggil temuduga tu?" Soal Romy sambil melangkah ke arah lif bersama salah seorang pekerja lelakinya di syarikat itu.
YOU ARE READING
"Hello, ex-wife!" (Complete) ✔️
RomanceWarning! 🔞 "Hello, ex-wife!" Setelah 4 tahun menghilangkan diri, akhirnya Tuhan mempertemukan Hellen Hovey dengan bekas suaminya, Romeo Zouch. Nak lari, tetapi dia telah terikat dengan kontrak kerja dan diugut untuk membayar wang yang sangat banyak...