Cerita ini hanya rekaan semata-mata tidak ada kena-mengena dengan yang hidup dan yang sudah mati. Cerita ini juga tidak melibatkan mana-mana agama.
~~~~ °°°•°°° ~~~~
Dibawah langit malam, Aria Clarence berdiri dihadapan sebuah tasik. Dia mengambil nafas sebelum berkata, "Wahai raja yang berkuasa mengawal air, sesungguhnya saya merayu, tolong dengar panggilan saya."
Sejurus dia mengucapkan ayat itu, aliran-aliran cahaya kebiruan berkumpul membentuk bebola cahaya. Meskipun Aria mendengar bunyi guruh yang perlahan terhasil daripadanya, dia tidak berundur dan kekal teguh berdiri disitu. Biarpun dia tahu sedikit demi sedikit tenaga magiknya disedut hanya untuk menyeru raja yang berkuasa mengawal air itu, dia cuba untuk bertahan namun akhirnya dia terduduk.
Tidak lama itu, bebola cahaya tadi bersinar dan serentak itu juga, air daripada tasik itu perlahan-lahan terangkat sendiri lalu membentuk seorang lelaki.
Rambut yang panjang berwarna biru bak langit tanpa awan, memakai persalinan 'chiton' (pakaian orang Greek dulu), bermata biru, aura yang menenangkan bersama wajah tanpa ekspresi, lelaki itu muncul dihadapan Aria.
Aria tidak terkata-kata. Apa yang dia fikirkan sekarang cumalah, 'He's handsome...'
"Kamukah yang menyeru aku?" Soal lelaki itu sambil kakinya melangkah mendekati Aria.
Aria tersentak dan segera bangkit untuk berdiri. "Oh...nama saya adalah Ari-" Tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya, pandangannya mula berpinar-pinar dan kepalanya terasa pening sebelum rebah diatas tubuh raja elemental yang kebetulan sudah berada dihadapannya.
*
*
*
*
*
Ianya kedengaran bagaikan mimpi, bukan?
Untuk melakukan perjanjian kontrak dengan salah satu Raja Elemental dan hidup bersama seperti manusia.
Aria dan Eliam, iaitu Raja Elemental Air, menjalani hidup bersama dari awal pengembaraan Aria didalam hutan sehinggalah mereka hidup berumahtangga.
Aria tidak tahu mengapa ia boleh terjadi begini namun mungkin setiap cabaran yang ditempuhi olehnya sambil dibantu oleh Elaim membuatkan perasaan cinta mekar dihati mereka berdua. Begitu juga dengan Elaim, dia tidak sedar bila waktunya dia mula terpaut dengan wanita separuh elf dan separuh manusia ini, mungkin sahaja apabila dia membuat keputusan untuk menjaga wanita itu dengan lebih baik lagi menjadikan dirinya tidak mampu melihat kesedihan serta kesengsaraan menimpa diri Aria.
Selepas itu, pada suatu hari Aria bertanya kepada Eliam.
"Eliam...saya sudah fikirkan tentang ini berkali-kali tapi...boleh tak awak kabulkan hajat saya ini?"
Eliam terlihat sedikit bingung. Apa yang mahu dipinta oleh isterinya sehingga dia kelihatan agak terdesak. Lalu dia tersenyum. "Cakap sahaja, saya mahu mendengarnya."
"Boleh tak awak berkongsi sebahagian aura awak dengan saya?"
"Berapa banyak yang awak mahu?"
"Kira-kira satu setengah persepuluh...?"
Eliam merenung sejenak wajah Aria. 'Dengan aura aku, ia meningkatkan lagi magik dalam diri dia dan membuatkan dia menjadi ahli sihir kelas 8, tapi jika ini untuk dia...' Kemudian dia menghulurkan tangannya. "Ambillah." Serentak itu muncul bebola cahaya kebiruan diatas tangannya.
YOU ARE READING
Aurelia: Daughter Of The Elemental King
FantasyPada waktu umurnya menginjak 18 tahun, segalanya berubah. Aurelia tidak menyangka bahawa dia adalah anak gadis Raja Elemental Air! Namun persoalannya, bukankah Raja-raja Elemental tidak mampu mempunyai anak? Dan, disaat Aurelia melihat ayahnya datan...